Rabu, Disember 30, 2009

Khususan ilaikum... ; )

To love someone is nothing,

To beloved by someone is something,

To be loved by person we loved is exciting,

BUT

To be loved by ALLAH is everything

For everytime you think of me,

Do remember ALLAH and His Prophet..

^_^






Usah gelisah bila dibenci manusia,

Kerana masih ada yang menyayangi di dunia

TETAPI

Gelisahlah bila dibenci ALLAH

Kerana tiada siapa yang akan menyayangi di akhirat sana




Mengenali seseorang itu kadangkala

membuat kita ketawa

Mengenali seseorang itu kadangkala

membuat kita mengalirkan air mata

Sesungguhnya,

Mengenali seseorang itu mampu

memberi kita sejuta rasa,

Marah,sedih,gembira,sayang dan rindu

TAPI,

Sedarkah kita?

Mengenali seseorang itu sebenarnya

SATU ANUGERAH

Biarpun hadir hanya seketika dan sekadar

TEMAN SEMENTARA...

Bersyukurlah dengan kehadirannya

Kerana barangkali melaluinya kita mengerti..

apa itu erti PERSAHABATAN.....

^_~ ;) ^_^




p/s: syukran jiddan ila ain hanisah..kak mahfuzah dq..and not forget..syafiqah ; p




Ahad, Disember 27, 2009

Rai Hari Natal..BOLEH atau TIDAK??

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

Assalamualaikum warahmatullah..





ALHAMDULILLAH syukur kerana ALLAH masih memberi peluang untuk terus menikmati nikmat-nikmatNya yang infiniti banyaknya..





Sepertimana yang kita maklumi, 25 Disember telah diadakan perayaan Hari Natal di seluruh Malaysia. Perayaan ini telah disambut dengan penuh meriah oleh semua rakyat Malaysia. Hampir kesemua pusat beli-belah menawarkan diskaun sempena Hari Natal dan jelasnya semua tempat dihiasi dengan hiasan sempena perayaan ini. Di sepanjang jalan raya pula dihiasi dengan lampu yang pelbagai warna, banner dibentang dengan pelbagai saiz menunjukkan kemeriahannya dan salah satu aktiviti yang mesti dilakukan jika tidak pasti rasa kekurangan dan ketidakmeriahan Hari Natal iaitu rumah terbuka. Amalan ini sangat popular di Malaysia kerana kononnya mencapai misi 1 Malaysia yang diwara-warakan oleh Perdana Menteri kita.


Namun persoalannya adakah kita sebagai muslim dibolehkan merayakan perayaan ini?Semalam selepas mendapat mesej daripada seorang sahabat yang menanyakan mengapa kita HARAM merayakan Krismas telah menggerakkan hati untuk mencari dalil yang sah untuk meyakinkan sahabat saya itu. Sebabnya sudah lama saya menyedari HARAM kita merayakannya namun tidak ada bukti dan penerangan yang cukup untuk meyakinkan sahabat-sahabat lain.


Hari ini sambil membelek-belek Harakah ayah dalam perjalanan pulang ke rumah dari Kajang tiba-tiba terbaca ' HARAM MERAYAKAN NATAL DAN TAHUN BARU'. Secara ringkasnya kita perlu tahu yang pertama, perayaan ini diadakan untuk memperingati hari kelahiran Tuhan Jesus yang dianuti oleh penganut Kristian.


Kedua, perayaan yang diadakan adalah sebahagian syiar (ibadah) agama Kristian. Ikut serta di dalamnya bermakna ikut merayakan ajaran/ibadah agama lain selain agama ISLAM. Berseronok dan bergembira dengan perayaan ini bermakna bergembira dengan ajaran yang jelas KUFUR kepada ALLAH.Nauzubillah! Moga kita tidak tergolong dalam golongan tersebut.


Mungkin ramai yang masih belum sedar bahayanya pada akidah dan iman kita. Analogi yang boleh kita sama-sama fikirkan, kita sebagai muslim menghidupkan Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha dan sebagainya dengan beribadah kepada ALLAH, mengeratkan silaturrahim dan pelbagai ibadah bertujuan taqarrub kepada ALLAH. Jadi ajaran lain juga mengamalkan konsep yang sama iaitu merayakan perayaan mereka dengan ibadah-ibadah yang mengagungkan tuhan mereka yang jelas kesesatannya. Sudah terang lagi bersuluh mengapa dikatakan HARAM meraikan perayaan agama lain kerana diumpamakan kita mengagung-agungkan tuhan mereka.Nauzubillah!! Baginda sudah mengingatkan kita bahawa "siapa yang menyerupai suatu kaum maka dia adalah sebahagian daripada mereka."




Begitu juga dengan perayaan agama lain seperti Hindu dan Buddha. Walaupun sekarang kita sibuk memperkatakan konsep 1 Malaysia, namun soal akidah perlu dititkberatkan oleh semua umat islam. Ramai berpendapat tidak salah meraikan perayaan ini untuk membuktikan perpaduan pelbagai agama dan bangsa di Malaysia namun sekali lagi ditegaskan untuk mencapai perpaduan sekalipun kita tidak boleh memandang remeh dan mengorbankan akidah yang kita imani serta menjatuhkan maruah agama ISLAM. Hal ini telah diingatkan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabda Baginda "Sesungguhnya ISLAM adalah (agama) tertinggi dan tiada (agama) yang tinggi melainkannya."

Akhir kalam, kita yang mengaku umat islam WAJIB menjauhinya dan memperingatkan saudara seakidah kita agar tidak terlibat dengan perayaan ini dan semua perayaan agama lain. Firman ALLAH bahawa "Sesungguhnya agama di sisi ALLAH adalah ISLAM"


Wallahu'alam...
p/s:Hari ni 10 Muharam.. : )

Khamis, Disember 24, 2009

F.I.S.S.K dan P.M.R

Assalamualaikum warahmatullah..
Alhamdulillah syukur kepada Ilahi sehingga saat ini diberikan
masa untuk terus beribadah padaNya..
ALHAMDULILLAH!
24 DISEMBER 2009
7 MUHARAM 1431
Tarikh keramat untuk semua adik2 tingkatan 3 terutama
adik2 smapkajang..
pasti masing2 rasa takut yang amat..tidur tak lena la
takda selera makan la..
tak nak pergi sekolah la
dan macam-macam kerenah yang pelik2 keluar
herm..teringat zaman dahulukala
macam tu la jugak..
tapi..
ALHAMDULILLAH..
^_~
Tahun ni adik2 form3 mencatat sejarah yang
cemerlang, gemilang dan terbilang..hehe
kalau tak salah seramai 77 orang 9A..
Akhirnya keluar di televisyen sekolah cemerlang PMR
SEK.MEN.AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG!!!
TAHNIAH!..MABRUK..!..CONGRATS!
Nampaknya kuantiti dan kualiti PMR semakin meningkat..
ALHAMDULILLAH..
jangan lupa pada DIA yang memberikan nikmat tu k..
PAI pun 100% A kan?
hah..tak rugila wujudnya kelas tahanan untuk korang
: p
Terbayang muka cikgu2 yang tersenyum puas dengan
keputusan ni..
cg Munirah,cg Farhana, Ust bakru,Ust Mooh,ustzh Hashimah,ustzh Halimah
dan ramai lagi..huwaa..rindunyer!
tetiba terfikir..adakah SPM 2009 dapat mengecapi anjakan paradigma
untuk sekolah??
Nak harumkan nama sekola juga!
wallahualam..kepada semua batch esprit de corps 0509
teruskan berdoa dan jangan lupa pesan ustzh Jamaliah
banyakkan berdoa supaya para pemeriksa dilembutkan hati,
diberi kesihatan dan banyak melakukan kebaikan..ok kawan2?!
Kepada adik2 dorm yang happy-go-lucky
anak2 usrah y baik hati..
banyak2 tahniah dan syabas..ecece..
korang mmg hebat!!
dan
yang tak berjaya mendapat 9A..
jangan sedih2..struggle betul2 untuk upper form plak..
PMR ape la sgt..hahaha..word bese
Next target S.P.M!!..
Jangan cepat give up.Tak perlu merendah diri sangat dengan
kawan2 lain sebab
ALLAH MAHA ADIL..
keputusan kita adalah yang terbaik untuk kita
mungkin bila adik2 dapat 9A..adik2 akan RIA'
ke SOMBONG ke LUPA DIRI dan mcm2 sikap mazmumah lain
setiap orang rezekinya semua sama
Jadi jangan risau jadikan ibrah dalam hidup dan
motivasi untuk lakukan anjakan paradigma ok?! ~_~
LA TAKHAF WALA TAHZAN INNALLAH HA MA'ANA!
pada anis dan aiman..nak hadiah??hoho..tggu akak datang ye..
yang lain tak minta tak dapat..haha..kejamnyer akk dorm ni..
Setakat ini saja yang dapat dikongsikan
akak korang ne tumpang gembira sekali..hehe
yela..tengok dekat dorm tu..herm..berbaloi dengan usaha masing2
tak dapat balik rumah la kelas sampai ke malam..
kena pergi kelas tahanan..hehehe
kena buli dengan akak2 dorm la.. : p
Apa2 pun semoga terus tabah mengharungi lebih banyak
mehnah di alam upper form k?!
ilal liqa'
wallahuAlam..

Selasa, Disember 22, 2009

GRADUATE!!

assalamualaikum.....

Allahu akbar walhamdulillah!!

Graduate??herm..yup! graduate from secondary school kan..hahaha...
k..serius amat sangat terlalu RINDULA SMAPK!!!...huhu..
kali ni kurang bermotivasi..eh bkn..takde semangat betul nak cerita apa2..kat blog ne..walaupun banyak sebenarnya nak diluahkan..tapi..

sbb....

2 weeks to go!!!!!!!!!!!

KEM SRI LEDANG,TANGKAK
3 JANUARI 2010
TEMPAT BERKUMPUL: MELAKA TRADE INTERNATIONAL CENTRE
MASA BERTOLAK:9:30 PAGI

huh,tahu kan kenapa..jadi tak nak stori lebih..walaupun hakikatnya memang seronok plkn ne..

tapi..

TAKUT...berdepan realiti masyarakat..
iman lagi nipis dari kulit bawang..

kat sana..

DIPENGARUHI (nauzubillah) atau MEMPENGARUHI..(wallahualam)

bak kata SAFF(hehe)..Allah hantar ke hard zone dan bukan ke comfort zone tu sbb nak suruh tegakkan islam..herm..mmg berpndgn jauh budak ni..dan it's true sis..

kepada sahabat-sahabat yang senasib..kuatkan jati diri n our innerself ok?!
LA TAKHAF WALA TAHZAN, INNALLAHA MA'ANA!!

bILE da dicampak ke situ maka tak dapat lah nak melawat adik2 di smapk tu..saba k..t akk pegi jgk tgk adk2 dorm akk,cikgu2,juniors.

SAFF..tggu akak free akak datangla ye..kena ada red carpet tau!..haha

Dan pada doktor muda..jaga diri baik2..teruskan menjadi doktor y terbaik untuk kakak awak..


ok2...nanti sambung pasal plkn ne bila dah nak bertolak..huhu

wallahualam..