Jumaat, Januari 22, 2010

Soal-Jawab..

ASSALAMUALAIKUM...


Sudah lama soalan2 ni diaju oleh sahabat-sahabat.Tapi, yelah diri ni sangat cetek ilmu, ibarat satu titik dari satu lautan. Alhamdulillah,time kasih ye bertanya sekurang-kurangnya menggerakkan minda ni untuk berfikir dan merenung kembali.Jadi let's share the knowledge!

Soalan yang pertama: Betulke solat isya boleh dilewatkan bertujuan untuk qiamulail terus?
herm..secara ringkasnya boleh dilewatkan.Antara dalil2 nya:

1)Dari Abu Hurairah,"kalaulah tidak memberatkan umatku tentu aku perintahkan mengundurkan waktu isya' sehingga sepertiga atau seperdua malam." HR At-Tarmidzi,Ibn Majah, Imam Ahmad.

2)Dari Anas,"Nabi S.A.W telah melewatkan isya' hingga seperdua malam barulah Baginda solat" (muttafaq alaih)

Namun terdapat beberapa dalil solat di awal waktu.

1)Ibn Mas'ud,"Aku bertanya Rasulluallah,apakah amal yang lebih disukai ALLAH?sabda Baginda, solat tepat pada waktunya"

kesimpulannya:Bagi lelaki solatnya di masjid dan surau jadi sudah tentu solat di awal waktu sebab kalau imam melewatkan pada waktu afdhal (10-11 malam) akan menyulitkan makmum.Jelas lelaki tak boleh aplikasikan melewat2kn isya' ni.

Bagi perempuan pula sebaik2 tempat solat kita adlh dkt rumah,jadi bolehlah kalau nak lewat2kan cuma syaratnya tidak menyulitkan dan membebankan kita.Dan seelok2nya solatlah di awal waktu kerana solat di awal waktu besar ganjarannya.

Nak ingatkan kalau kita rasa mengantuk dan nak tidur dulu baru bangun solat isya', nak pula kita jenis memang liat nak bangun,jadi segerakanlah solat jangan set mind nak lambatkan solat tu!takut2 kita tak terbangun dan kenalah qada' pulak.

Wallahualam..

p/s:1)sebarang salah-silap tolong2 betulkan ye.
2) lepas ni pasal isu yang tgh panas kat media k..



ISLAM ITU MUDAH!

Selasa, Januari 19, 2010

SMAPK terchenta!!!

assalamualaikum....
alhamdulillah...
Khamis yang lepas, kiteorang turun sekolah..hee~ serius seronok jumpa cikgu2 balik!!
ckgu Norlia,ckg Jamiati,ustzh Razana,ustzh Halimah,ustzh Mahimun..huwaaaa....ramai ag!!
sampai2 je ustzh Razana belanja lunch...haha..langkah kanan kiteorg..
Untuk pengetahuan korng..sekolah da berubah! agak drastik gakla..dari segi pemerintahan...hoho~
Melalui apa yang cikgu2 citer, semua cikgu kena balik pukul 4 ptg..f3 n f5 ade kelas tmbhn smpi pukul 5.
Hari jumaat plak lps solat jumaat ade kokurikulum...adoy!. Prep malam sampai 10.30 malam je...pukul 11 malam wajib tutup lampu semua pulak tu...yela kerajaan kan tarik duit..huhu
Lagi 1 y agak terkejut stail cikgu mengajar berubah 180 darjah...serius!
f5 kate Ustaz Bakru bagi kerja rumah karangan kena buat 2 dalam masa 1 minggu..
lagi majoriti cikgu bagi kerja rumah melambak2 kat dieorang
herm...tyme batch kita rase takdela teruk mcm tu kan2?..kite ade modul tp dieorg tak ade!..hehe..Ckgu Zuzi merayu2 jgnla kamu fail ADMATH!
sbb..
sesape y gagal kena prep dkt rumah bonda 1 soalan salah kena buat seratus kali...hoho~
konfemla lps tu mesti A ++!!
Dan y kesian sgt, ckgu Azma kena ajar bio semua kelas f5 dan beberapa kelas f4! dan ckgu farhanah pun ada gak ajar bio f4..herm...kesian...tapi ckgu Azma makin berseri2.. ~_^
Kedudukan form pun lain da.semua kelas form5 ada kat bwh.kelas 4 marikh ngan 4 musyie jadi kelas f3.dan kelas kita tyme f5 jadi kelas f4 taun ni...herm...terus senyap-sunyi sekolah..macam masuk kawasan yang takde orang...memang senyap betul lah!..huhu
ha, tahun ni tak terima pelajar thailand baru...lega cikgu2..takdela sibuk sangat..
dan semua adik2 thai jadi 1 kelas balik,masuk kelas Kejora...haha....cam pelik je..
Asrama pula..okla...macam biasa je..hehe~
itulah sedikit sebanyak wajah baru sekolah kita.Perubahan yang besar ni faktor utama adlh bonda la.then sbb prestasi cemerlang adik2 PMR tahun lepas, jadi cikgu2 di 'push' bekerja untuk maintainkan prestasi tu dan next SPM 2009!!
p/s: kepada esprit de corps 0509, cikgu2 kate dah rindu dah kat kita.jadi rajin2lah gerakkan kaki dan tgn utk ziarah cikgu2 kita ok..dan cikgu2 pesan turunlah ramai2 time amik rezult tu k...sebar2kan pesanan cikgu-cikgi kita ni....

Sabtu, Januari 09, 2010

cuti....cuti....cuti..

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum...


Alhamdulillah hujung minggu ni meriah sikit sebab kak lina n abg pian balik! ^_^..Jadi secara tak langsung kak yana pun turunla..hehe..barula nampak penuh sikit rumah tua ni..huhue~
Hujung minggu ni la paling penat..ceyh poyonye...ramai yang membina masjid hujung minggu ni.Jadi orang dah jemput kita WAJIB la hadir kecuali kalau ada hal-hal yang mustahak.


Semalam ayah daftar sekolah memandu..yahuuu!!...ALHAMDULILLAH.. : )
Mula-mula tu ayah suruh amik kereta je tapi last2 ayah suruh ambil kereta ngan motor sekali..keh2..seronok! At least terisi la cuti-cuti ni takdela mengumpulkan lemak je macam anis tu..oppss..haha. Sesape yang lalu secara sengaja stau tidak sengaja sila2lah doakan kesejahteraan si penulis ni.. ~_^


herm...hujung bulan ni cadang nak turun sekolah dengan rabi,rai,faiza dll..hah..sape nak ikut??..xd pun y angkat tangan tiqa..huhue~
Dekat sini juga nak cakap TERIMA KASIH kat AWAK sebab sudi mendengar pendapat yang entah apa2 tu. Tapi at least manja tu bole la kan2..hehhe..saya cakap lagi sekali saya tak ada pengalaman langsung tau..herm..

Rasa mengarut sangat post ni..ish2..hari ni dapat kata2 hikmah dari sahabat di Darul Quran..alangkah bahagianya kalau dapat bersama anti di sana..herm..


"Jalan2 menuju ke syurga bukan dihampiri dengan permaidani merah tetapi penuh dengan duri-duri yang tajam lagi menyucuk. Ingatlah janji ALLAH 'sesungguhnya ALLAH membeli dari orang2 mukmin baik diri mahupun harta mereka dengan syurga"



Alhamdulillah..terima kasih ya ukhti dan sahabat2 lain yang tak lupa mengingatkan ana.Kata-kata yang menguatkan hati ni untuk terus kuat dalam jalan dakwahNya. Memang tepat waktunya, cuti ni memang penuh dengan ujian dan dugaan. Padahal tahu syaitan memang tugasnya menyesatkan umat manusia sehingga hari akhirat. Dan golongan yang dilaknat ini memang sangat amanah dengan tugasnya itu.

Wallahualam..
^_^

Selasa, Januari 05, 2010

PLKN oh PLKN......

assalamualaikum warahmatullah...






Mungkin agak terlewat nak say goodbye kat kawan2 y berjuang kat kem masing
kat blog ni..hehe
tapi takpe, sebab da wish masa dieorang ada kat bas hari tu. Hari Sabtu hari tu ayah teringin nak tengok kak Dayah kat UIA Kuantan..yela org tggu2 die balik tak boleh la plak..herm..bdk 3rd year la katakan..
Sampai kat jengka mesej awak sebab teringat awak ada kat raub. Bila awak balas mesej cakap awak kat Jengka saya pun terfikir kalaulah ada lesen mesti seronok, masa tu juga pergi! : ))

1 malam melapaskan rindu kiteorang kat akak..haha...lawakla plak word tu
kiteorg pun balikla.Kebetulan depan hotel tu ada ramai umat dan banyaakkk bas. Owh,nak pergi PLKN rupanya.^_~ Ayah tersenyum puas betulke word tu..yela kalau tidak tak bolehla pergi tgk akak sbb kena pergi MITC menghantar anak bongsu ni...jadi kak Dayah terharu tak..hehe
Tiba-tiba ayah kata 'jomlah kita lalu Segamat.Dah lama tak lalu situ." Ayah pandang belakang dan tersenyum nakal..
Fikir punya fikir..ting! dapat dah tangkap..haha. "Ayah nanti kita lalu tangkak kan, hantar terusla kat kem tu"..kahkahakha....ayah kena balik ^_^
Sepanjang jalan tu ntah berapa belas kali jumpa bas PLKN. Setiap kali jumpa mesti tergelak. Tak taula nape. Mungkin seronok sebab dapat lepas atau menyesal tak pergi siri 1.seronok kot.
Dalam hati ni risau juga sebab tangguh.macam2 fikir.Tapi ramai sahabat y menenangkan hati ni.
Papepun tetap risau! huhue~~






Sampai kat Tangkak, ayah dah mula tersenyum bila bas di depan kereta ialah bas PLKN. Tambah2 bila ada tulis "KEM SRI LEDANG TANGKAK"
hahhaha...bas saya rupanya. Rupa2nya kem tu pedalaman juga kena masuk ladang kelapa sawit dan dekat dengan kaki bukit Ledang...hehe..mesti best tempat tu...hee~~






Tapi bila difikirkan balik mungkin penangguhan ni ada BESAR hikmahnya. Lepas medical check up, nampak ayah dengan mak happy overboard...heh..ayat rabie..
1 petang ayah pujuk yela nampak anaknya macam nak pergi padahal tak kesah pun : p
Ayah kata "Akhirnya doa ayah termakbul.ayah risaulah tiqa pergi.Dekat situ memang banyak pengalaman tapi tak payahlah pergi. Nanti petang2 ayah ajar drive kat tmpt biase k?"
Baruku tahu apa yang ayah fikir. Rupanya memang hasrat ayah.Jadi family 1st! Utamakan kehendak keluarga dari kehendak diri sendiri..hehe..tepat sekali.
Dan ayah kalau memujuk memang nombor 1. Tahu2 je isi hati anak die. anak ayah kan.. : )






Semoga saya akan terus tangguh sampai saya tak perlu pergi.Doakan ye.
Itulah harapan tahun baru...ceyh takde kaitan..
Kepada aisyah, nina, akmal,wahida, lyana,linda,hasliza,wanie,faris,baim,syukri,muhaimin dan lain2 yang bertuah
All da bez! dan pandai2 jaga diri...mcmla dieorg bce post ni..haih






Wallahua'lam..


Jumaat, Januari 01, 2010

2010 Menjelang....




Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullah...


Tahun 2010 sudah membuka tirainya
bersamaan dengan sayyidul ayyam, hari yang mulia hari jumaat
dan hari ni sudah 15 Muharam 1431.
Alhamdulillah Allah masih bagi kesempatan menjalani kehidupan
dan menggunakan nikmat dan rahmatNya yang tak pernah putus2.



Bila dah masuk tahun baru semestinya ramai menyebut tentang
azam baru masing-masing. Ada yang ingin meneruskan
azam 2009 yang tak tertunai dan ada juga yang
semangat memperbaharui azam dan ada juga yang
tak sabar-sabar nak berjuang menjadi
wira-wirawati negara.. : p



Oklah kali ni nak kongsi satu majalah yang sangat MANTOP!
majalah ni SOLUSI namanyer.Mungkin ada yang pernah dengar
tapi tak pernah baca sebab memang diakui
agak susah nak jumpa majalah ni kat pasaran.
Tapi kalau pandai cari dan tanya insyaAllah dapat.
Solusi ni keluaran Telaga Biru. Antara kolumnis dia Ust Pahrol as ket. editor
Ust Zahazan, Ust Zaharuddin, Ummu Sakinah, Fatimah Syarha dan ramai lagi
yang hebat2 sokmo..

antara koleksi majalah Solusi

Tentang kandungannya pula bagi saya menyeluruh dan kekuatannya setiap kolumnis menghuraikan dengan cukup terperinci dan baik. Isinya mudah difahami dan amat terkesan di hati. Ayat yang digunakan mudah, ringkas dan penuh penghayatan. Sesungguhnya majalah ni meningkatkan kefahaman kita tentang pelbagai isu melalui pandangan syara'. Antaranya ialah tentang fiqah wanita, murabbi, remaja,haramain dan sebagainya. Isu yang dikupaskan berkisar tentang isu semasa yang terjadi di negara kita serta masalah yang sering umat islam pandang remeh tetapi amat penting dalam kehidupan.

Jadi,kepada sesiapa yang tersinggah di blog ni tidak rugi memilikinya! Harga 1 majalah ni hanya rm 9 sahaja. Kalau kita boleh berhabis duit untuk shopping barang2 yang tidak berapa penting tidak salah jika korbankan sedikit untuk membeli majalah ni kan? Bukan selalu sebab kalau tidak silap majalah ni dikeluarkan sebulan 1 isu.kalau salah betulkan

Jadi automatiknya antara azam tahun ni ialah MEMBACA!! Sesungguhnya membaca tu jambatan ilmu, Ilmu itu cahaya, Ilmu itu juga penyuluh kehidupan kerana Ilmu itu sumber HIDAYAH

Wallahualam