Rabu, Mac 24, 2010

untuk sahabat saya sorang ni la...

Dengan Nama Allah...

Asalamualaikum..


=)

=))

hee~ alhamdulillah atas segala nikmat Nya. kan?

khususan untuk sahabatku yang dktt di hati
selama 2 tahun kita kenal
dari sehari-hari
berbual..ber'messaging'..berchatting.
hampir segala suka-duka dah dikongsi
dari sekecil2 bnd smpilah sebesar2 bnd
dari 1 rahsia ke 1 rahsia
ketawa..nangis..tak payah kata
dah jadi asam garam dah
=)
Seikhlas hati sy confess
awk sgt berharga..
sgt sy hormati
sgt sy syg.haha.
p/s:pane jgn soh ulang da.x mau! *blush*
=)
dari sehari-hari kan
byk silap sy
byk kta2 y 'membunuh' awk
meragut hati awak
truly..minta maaf
as a human
mmg x boleh terlepas dr kesilapan.
dan segala y awk buat
tak terbalas budi awk
Moga Allah memberkati hidup
dunia & akhirat
atas segala kebaikan y awk da buat
aminn
=)
TERIMA KASIH
HEPI BESDEY SYAFIQA!! ^_^
Wallahua'lam..

Selasa, Mac 09, 2010

Jangan Bazir Masa Baca Post Ni..

Bismillahirrahmanirrahim...
Oleh sebab Khamis ni keputusan bakal keluar
Jadi di kesempatan ini..hehe..
Wish ALL DA BEZ!!
untuk kawan2 yang ada test JPJ Khamis t
nasib korangla ada yang x dapat
amik result pagi tu~.
P/S: jangan asyik fikir sal rzult je masa atas jalan t!
Tentatif khamis ni:
12-12.10:Ibu bapa dn guru ambil tempat
12.10-12.45:bacaan doa, taklimat dr SU peperiksaan, ucapan pengetua
dan.........*tak ingat*
12.45-1.00:Serah SLIP SPM oleh guru kelas
Right after tu sepantas kilat nak balik Perlis! yeay!!
Line kat kg x elok sgt.Jadi....line x busy.haha
p/s:okey.seriusly.berdebar.tak tipu.






Ahad, Mac 07, 2010

Hayya nad'u lilmuslimin..

Bismillahirrahmanirrahim..




Rasulullah bersabda " sesama muslim itu bersaudara. Oleh itu, jangan menganiaya dan jangan mendiamkan. Siapa saja yang memperhatikan kepentingan saudaranya maka Allah akan memperhatikannya.Siapa saja yang melapangkan satu kesulitan saudaranya,Allah akan melapangkan satu daripada kesulitan pada hari Kiamat.Siapa saja yang menutup kecelakaan seorang muslim Allah akan menutupi kecelakaannya pada hari Kiamat" (HR Bukhari dan Muslim)










Zaman sekarang sikap self-centred, selfish,mementingkan diri dan seumpama dengannya merebak dalam masyarakat. Berdasarkan kata-kata Baginda di atas kita diajar supaya menjaga tepi kain saudara kita.Tapi 'tepi kain' dari sudut positif bukan negatif.











Satu isu yang semakin disisihkan oleh kita ialah kisah saudara kita di Palestin.Kalau kat sekolah dulu ada juga kawan2 yang bagitahu tentang barangan boikot yahudi.Tapi fitrah manusia ada yang terus boikot dan ada juga yang beri 1001 alasan untuk taknak boikot.Hmm,bila difikir dalam-dalam agenda zionis ni berjaya mengalahkan kita senyap2.Kita memang menentang.mengutuk,mencaci tindakan syaitan diaorang tapi dalam masa yang sama kita adalah penyumbang kepada senjata api untuk menyerang sedara kita.Dengan kata mudah kita adalah pembunuh! Nauzubillah..


Dalam sejarah juga mencatatkan betapa munafiknya Yahudi ni.Satu kaum iaitu kaum Nadhir ni mengikat perjanjian damai dengan Baginda tapi mereka membatalkannya dan Baginda menghalau mereka dari Madinah.Oleh sebab kekufuran, mereka berdendam dan bekerjasama dengan Quraisy Mekah melancarkan perang dengan Baginda.Sedangkan melalui Piagam Madinah yahudi dijamin keselamatannya.



Pernah dengar tentang Bani Quraizah.? Kaum ni pun mengikat perjanjian damai dengan Baginda tapi atas pujukan kaum Quraisy Mekah mereka juga melanggari perjanjian.Kisahnya apabila Huyay memujuk Kaab ketua bani Quraizah supaya membantu mereka membunuh Rasulullah s.a.w. Setelah berjaya dipujuk, apabila sampai utusan Rasulullah, Kaab berkata dia tak pernah kenal Muhammad dan tidak ada perjanjian antara mereka.Bila Rasulullah mendengar perkhabaran tu Rasulullah amat dukacita dan menutup kepala Baginda dengan kain lalu baring sehingga merisaukan para sahabat.

Sumber sirah dari Novel Sejarah Islam Ali bin Abi Talib Mutiara Ilmu Islam karangan Abdul Latip Talib





Makanya berdasarkan kisah diatas, kita kat sini kenalah berjuang dengan membunuh ekonomi Yahudi sehabisnya ok?



Kalau kita sayangkan saudara kita




kalau kita betul bencikan Yahudi




Kalau kita nak ISLAM tertegak




BERHENTI MEMBELI






























Maklumat yang lebih mendalam boleh cari di:


http://inminds.com/boycott-israel.html

http://hendrastar.wordpress.com/2009/01/09/boikot-israel-amerika-senarai-barangan-
produk-israel-amerika/


Jangan teragak-agak untuk berhenti membeli barangan mereka.Boikot selamanya.Moga usaha kita yang kecil ni mampu memusnahkan Yahudi laknatullah

WallahuAlam...

Sabtu, Mac 06, 2010

Singgah sini kejap! =)

Bismillahirrahmanirrahim..



Oleh sebab dah lamaa juga tak makan kurma ni,kita taaruflah (kenal) dengan makanan utama Rasul kita Nabi Muhammad S.A.W.Pokok kurma ni banyak hidup kat negara2 Arab.Tak melampau kalau nak dikatakan kurma ni adalah salah satu buah yang terbaik antara yang terbaik.Banyak bukti yang menunjukkan kebaikan memakan kurma ni.Antaranya:




Dalil melalui Al-Quran:


Berdasarkan surah Maryam ayat 25 "dan goncangkan batang kurma itu kepadanya,nanti ia gugurkan ke atasmu kurma yang masak"


Ayat ni menunjukkan kurma bagus untuk wanita yang sedang dalam nifas.Allah menyuruh maryam memakan kurma selepas dia lemah kerana melahirkan Nabi Isa.Hal ini telah dibuktikan melalui perubatan saintifik.Kurma mengandungi zat besi dan kalsium untuk penghasilan susu ibu.Selain itu sangat bagus untuk pembesaran bayi, pembentukan darah, sumsum tulang.Kurma juga adalah makanan yang paling cepat diproses kepada sumber tenaga.


Hadis Rasulullah s.a.w.:


"Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. "





Banyak lagi hadis yang mengatakan kelebihan kurma ni.Zaman Rasulullah dulu kurma adalah makanan utama Baginda.Sebab itu kita disunatkan berbuka dengan manisan iaitu kurma dan sebagainya.Kurma ni memberi tenaga segera menyebabkan kita terus segar dan berenergi selepas berpuasa lebih kurang 12 jam.





Khasiat kurma diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai salah satu makanan yang terbaik. Selain bagus untuk wanita yang mengandung dan bersalin, kurma juga bagus untuk semua.Selain zat besi dan kalsium,kurma mengandungi protein, karbohidrat, gula dan nutrient lain yang penting dalam kandungan yang tepat.Maka jika ada yang mengatakan kurma ni menyebabkan kencing manis dan implikasi lain, salah sama sekali.





Melalui kaca mata seorang muslim pula, setiap yang disarankan Allah dan kekasihNya pasti mengandungi 1001 hikmah.Khasiat kurma yang menakjubkan ni menzahirkan bahawa kurma bukan sahaja bagus untuk masyarakat setempat dan hanya sesuai dengan iklim Arab sahaja. Selain tu menunjukkan bahawa Al-Quran tu bukan kitab yang ketinggalan zaman kerana keistimewaan Al-Quran ada tiga:



1) Bahasa yang digunakan sangat indah dan tinggi.


>Tiada sesiapa yang mampu menandingi ketinggian bahasa Al-Quran dan mematikan hujah kafirun yang mengatakan Al-Quran tu adalah kalam Baginda sedangkan Baginda tidak boleh membaca dan menulis.




2)Al-Quran menceritakan kisah pada waktu lampau, semasa dan perkara yang bakal terjadi.


>Jadi amat mustahil Baginda dapat mengetahui sirah rasul2 dan nabi2 terdahulu melainkan Allah yang mewahyukan kepada Rasulullah s.a.w.



3)Al-Quran sesuai untuk semua makhluk sepanjang zaman.


>Banyak pengkaji Al-Quran atau pakar sains yang memeluk islam kerana kajian mereka bertepatan dengan fakta yang ada dalam Al-Quran.Contoh kejadian manusia, kejadian alam semula jadi dan sebagainya.











Memetik kata-kata Dr. Gary Miller pakar matematik dan tokoh ilmu teologi Kristian


"Seperkara yang mengejutkan golongan bukan islam ialah bagi mereka kitab ini kitab tua yang datang dari padang pasir dan berumur 14 abad.Tentu isinya kuno dan hanya untuk kehidupan padang pasir. Selepas mengkaji, rupanya sangkaan salah kerana quran dapat dikaji secara saintifik.Quran mampu menyahut cabaran para saintis dan mengutarakan apa yang tiada dalam kitab lainJusteru Quran adalah kitab yang benar."





Beliau memeluk islam selepas dihadiahkan sebuah Quran tafsir bahasa Inggeris.Subhanallah.




p/s: currently simptom2 'pelik' berlaku..adakah penangan 11 Mac?hukhuk



WallahuAlam..