Rabu, April 28, 2010

MARA result ^_^

Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum warahmatullah..


Dengan Nama Allah..

TAHNIAH!..ALF MABRUK!..CONGRATULATIONS!..OMEDETOU GOZAIMASU!..GONG XI!

ALHAMDULILLAH..

AINI HAFIZAH SALLEH *betulkan eja tu*
congratzz wey..bakal doktor muslimah harapan negara dan agama.hee~
Masin mulut ak depan uma ko biiznillah..Even intebiu ko spesel cket aritu..haha
Jumpa nanti InsyaAllah even nun di Kuantan..hukhuk..=( ak pnyla sangka kiteorang sambut ko kat INTEC ngan red carpet.takpe2.Allah knows best. ^_^


TASNIM MOHD NIZAM
alf mabruk alaiki!!..haha pasni bole celebrate besdey same2 lagi kan kembar ku?kita boleh demand kat TQA SYED nanti ok..(tqueck:adiah double tau! *wink*)
Lepas ni aku check gigi kat ko..free of charge k..=p


SALEHA SAZLI& NUR WAHIDATUL IZZATI

Ma classmatess.congratzzz jugakkk..Merasalah duduk jauh..berkembang minda duk luar selangor..ha3..takpe2 tak boleh balik selalu pun da tara hal kan?heee~~
*jgn jeles kat tqueck kalau die salu balik je =p*

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Khususan untuk semua..

Walau di mana anda berada,betulkan niat dahulu..belajar untuk apa.
.Matlamat kita bukan di dunia sahaja.
Moga segala langkah yang diambil diiringi keberkatan.
Walaupun bakal berpisah jutaan batu
tapi Doa RABITAH pengikat hati,penjalin ukhwah fillah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sahabat2 di INTEC.Teruskan mujahadah..perjuangan baru bermula!! =)
Bakal2 siswi di Shah Putra..Moga tabah sokmo..keep on fighting! =)


p/s:kredit n thanks to asyuk.rabie.tqa syed.jadi translater sekejap..Jasamu dihargai!

Isnin, April 26, 2010

alahai~~

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum..


Ke hadapan blog yang ku sayangi..ecece..cam ape jer

Hmm..ada sesapa yang simpan penawar untuk virus kemalasan? Sila beritahu penulis k?

Currently sibukkkk menghabiskan praktikal kereta moto yang sangat 'mencabar'
Doakan dapat buat yang terbaik lepas ni!..aminn Ya Allah.. =)

Medical check up tak buat lagi..passport lagilah.. tak jejak lagi pejabat imigresen tu..Kesian pula ayah,fenin2 nak uruskan 2 anak dara ni..sorang praktikal kat hospital sorang lagi ni..haih..


Moga segala urusandiiringi berkat dan dipermudahkanNya..aminnn


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

A journey kat INTEC Alhamdulillah segalanya baik2 sokmo..lepas lebih kurang seminggu program ala-ala orientasi *sbnrnya 90% taklimat panjanggg belaka* lastly dapat cuti untuk siapkan homework yang berterabur kat rumah ni.huhu


Paling best kuliah subuh dan maghrib.Kebanyakannya ust Rida yang bagi.Beliau ni suka lah sangat memanaskan hati students dengan soalan2 dia.Tapi bukan salah beliau pun k?
Soalan-soalan yang ditembak semuanya panas2 belaka.Semua yang berkaitan dengan akidah.Questions die simplest.Antaranya:

#Apa bukti ALLAH wujudkan bumi.langit dan semesta?

#Syiah, islam atau kafir?

#Macam mana riba menjejaskan ekonomi dunia?

dll...

Kesimpulannya,beliau nak kami ni dan kita sekali jadi muslim yang bukan taklid semata-mata.Kami dan kita sekali mesti jadi muslim y kuat i'tikadnya percaya berdasarkan bukti,dalil dan hujah. Selain tu untuk merantau ke bumi orang..asas agama mesti kuat.Maka dengan itu, jinak2 kan diri mencari hujah untuk memperytahankan agama dan yang aulanya mendalami ISLAM ITU SENDIRI.


Wallahualam..

p/s: tak sabar jumpa ustaz nak debatkan hujah! ^_^

Sabtu, April 17, 2010

Screw up my mind ; study begin!! ^_^

Bismillahirrahmanirrahim..



Assalamualaikum..







Tengok post terakhir..uh..lamany tak update! aha..nasib badannn..

Nak mula macam mana ni.Dah tak reti nak tulis..help me!.







Hmm..okla lepas ditemu duga oleh panel yang baik-baik belaka.Memang harapan tu tipissss lagi tipis dari kulit bawang.Sebab bila baca paper kesuluruhan calon lebih kurang 18000 lebih dan yang nak dipilahnya HANYA 1500 orang je!..Then ayah mak ingatkan ayat Ali-Imran:159



"Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad,maka bertawakallah kepada Allah.Sesungguhnya Allah suka akan orang-orang yang bertawakal kepada Nya."









Masuk dah minggu 3 bulan 4..hati da berdebar-debar ni.Start hari khamis da berapa ratus kali bukak web jpa.Sampai 1 tahap dah memang jemu tahap tak ingat taknak buka da.Tapi ayah mak kak dayah tetap semangat juga nak buka. hehe.









Khamis malam buat ops kek batik dengan kak Dayah.Tetiba ayah bagi telefon.Muka suspen je...

"Cik Kamal ke?"

"tak.JPA"

"huh?"

Selepas berbual dengan riangnya *haha* barulah tahu.Alhamdulillah temuduga tu berjaya.!

Malam tu.Saat tu dah tak tahu nak tafsir muka ayah dengan mak.eheh.Dulu ingat lagi punya la tak bagi nak pergi jauh. =)









Lepas letak phone.Blur.serious blur habis.Lepas ni nak buat apa?haha..tetiba tqa syed tepon.Dia pun dapat gak pergi Mesir! Alhamdulillah.syukur sangatt!Lepas dia telefon barulah sedar dari kebluran.hehe.







Tapi..Tapi..aih..awalnya AHAD ni kena daftar dah.Prep pun 3 bulan je.huhu..

Malam tu kak yana n kak dayah mula aura mengusik dia. "Raya n puasa kat sana jangan lupa buat salam perantau dalam surat khabar". cesssss ke situ pula fikir.

"Ready la culture shock.Belajar bukan macam kat sekolah...bla...bla...." Memangla macam nasihatkan orang tp gaya akak cam sindir je! cehh..akan ku buktikan nanti..haha InsyaAllah.









Lepas dapat tawaran ni, Ya Allah murahnya rezeki Allah bagi.Semalam kak Yana ngan Abg Kamal belanja ikan bakar.nyum nyum!..syukran kathir!..kak dayah n kak yana belanja baju..aha..i likeee..dengan 'sumbangan' dari sedara2.lagi..Sungguh tak tahu nak cakap apa.Alhamdulillahh..Moga semuanya dalam keberkatanNya.aminn.

Kesimpulannya.. Usaha + doa=tawakal dan Jaga hubungan Allah dan Manusia.

Nampak biasa2 je tapi yang luar biasanya keberkatan dalam apa yang kita buat.InsyaAllah.







Dulu2 kat sekolah kan tak pernah sangka dapat 11A.

.Dulu tak sangka dapat naik pentas *ok.tak penting sangat pun.* =).

Dulu tak sangka dapat JPA.

Dulu tak sangka dapat jejak kaki kat INTEC.

Siapa sangka.Belajar tunggang langgang pun dapat gak.

Betul RAHMAT DIA LUAS.Alhamdulillah segala nikmat tu Allah bagi rasa.

Diuji dengan kesenangan SUSAH dia berganda2 dari diuji dengan kesusahan.kan?

Tapi Alhamdulillah.InsyaAllah.dengan nikmat yang diberi ni makin rasa dekat dengan ENGKAU.amin..amin..amin..Terima kasih ya Allah!






Di kesempatan yang ada ni*eceh!* nak cakap terima kasih yang tak terhingga kat semua orang termasukla mereka yang tersinggah blog ni esp FAMILI.CIKGU.SAHABAT.TEMAN.KAWAN.KENALAN.SAUDARA MARA.AKAK-AKAK.ADIK-ADIK.

Saya sentiasa doakan kalian ;)
















wallahualam.

Rabu, April 07, 2010

JPA~~

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum.. =)

6 APRIL 2010
Tarikh keramat! hee~
hari tu ayah dengan mak amik cuti semata-mata untuk pergi PICC 4 temuduga biasiswa ke timur tengah (doakan!)
time kasih mak ayah!!!
Jangan ditanya kenapa jauh sangat pilih tempat temuduga
hukhuk.
Then sampai awal sebab nak solat kat situ,nanti senangla
tapi ayah pergi masjid juga.Masa salam ayah,
Ayah tanya,"nape tangan sejuk?"
"hehe.ayah pasang air cond kete max tadi"
jawapan bijak kan?. =p
"Ade2 jela.Jangan risau sangat.Allah dah tulis.Tiqa kenalah usaha
sikit.Lepas tu berserah je.Apa nak risau,doalah banyak2."
Tiba-tiba rasa macam nak nangis dengar ayah pesan macam tu
haish..tiqa ni haru!
Betul.Apa2 pun nak buat dalam hidup ni mesti doa dulu.Minta REDA DIA.
Moga apa yang kita buat tu adalah yang TERBAIK.
Ok.lepas masuk,terus pergi kat papan nak sign kehadiran
huh?PANEL 10.
Mak aih..4 orang je melayu! 10 orang lagi chinesse n indian
gulp!
ALAMAK!
"abislah broken sungguh bi ak nnt"
Next,cari tempat duduk ngan mak.Boraklah ngan makcik sebelah
"Anak ni sesi petang kan? amik kos apa?"
"Haah.medic timur tengah makcik."
"Oh,asing2 ye ada medic middle east pula?"
"Ada.syarat dia........anak makcik amik kos apa?
"Farmasi.dah lama masuk tapi belum keluar lagi."
"Oh,makcik , saya minta izin ye nak pergi solat jap."
"Baik2.sekolah mana dulu nak?"
"Smap kajang makcik"
"Oh,sekolah tu.Patutlah."
Huh? nape plak patutlah ea?tapi tak kanlah nak tanya..haha
Tepat pukul 2 maka bergeraklah semua calon2
kat panel2 masing2.
Sambil duduk tggu turn boraklah dengan kawan2
sepanel.Li Hwe,siyes awk sgtlah kelakar.Imaginasi tggi!
Ekhwan,member Hafiz kat ASIS rupanya.
Shuhada,ingat Faris Petra tu orang knl sgt ke?
smap kjg pun samela org mana nak kenal! =D
Sam,u r very calm.Lmbt knl kalu tak da lama sy ajar nak escape PLKN mcm mana
haha.
Time nak masuk jumpa panel, 3 orng 2 Melayu 1 Indian
Alhamdulillah.Panel2 memang sangatttt supportive!
=D
No psiko2..No tricky question and hah! takde isu semasa pun!
First2 kena ceritalah tentang diri kita.
Antara soalan yang ditembak:
1)Tuition Teachers prefer teach spot Questions than deeper knowledge
Makany mulalah broken english abis! adesss
takpelah janji panel tu angguk2 kepala
positive thinking,mereka fahamlah kot!
2)Do u have all da qualities to be a safe doc?
3)Tell me what u get from ur attachment?
4)kenapa pilih midle east?(soalan berfokus sbb y lain x pilih middle east)
5)Do u ready to memorize Quran when da uni ask u?
6)Last word,wat u want to say?
hehe..mcm killer question tp time nilah nak brth klbhn2 y kita ada.
Sesi yang sangat friendly sampai panel2 boleh gelak2
kan kiteorang ni.
Buat lawaklah.Cerita macam mana dia jumpa isteri dia,kat anat lab!
hahahaha..prof2.
Lepas salam dengan panel,Madam Subashini.
keluar bilik
ALHAMDULILLAH!!
Syukur sangat2 dah habis
hehe.
Great experience wit JPA.
Jadi,sekarang masa untuk terus berdoa dan terus berdoa, berdoa lagi dan lagi
Moga ada rezeki dapat juga ke sana!
amin..amin..aminn
Sebelum tu nak share.
pesan ayah dalam kereta.
"Usaha sudah.Lepas ni jangan berhenti doa tu.
Ayah mak tak kisah pun kalau tak dapat.
Belajar kat dalam bolehlah ayah mak tengok2 selalu.
Tapi kalau dapat pun bagus jg.Banyak pengalaman nanti.
Apa2 pun reda jelah tiqa.
Ayah mak percaya tiqa dah buat y terbaik tadi.
Jangan harap terlalu tinggi takut satu hari nanti
kecewa sampai nak salahkan takdir Allah pula tau."
Senyap sesenyapnya dalam kereta tu.Menghadam kata2 ayah
memang terkesan betul dalam hati ni.
Bila fikir2 balik betullah lemah betul iman ni.
Sebab lagi tinggi tawakal kita pada Allah.lagi tenang kita dalam hidup ni.
Lagi tinggi kita berserah pada DIA,lagi kuat kita nak hadapi hidup ni.
Itulah yang ayah nak cakap kat anak bongsu dia sorang ni
TAWAKAL sebulatnya pada DIA.
InsyaAllah..
Get da message my dear fren?
WallahuAlam.
p/s:ma'an najah pada yang akan ditemu duga:syah,najie,gha,fateen,aini,tasnim,
aini hafizah.All da bez!! =D
Terima kasih sangat mak ayah kak yana,abg kamal,k.lina,abg pian,k.daya
cikgu2.akak2 yang disayangi.aha! sahabat2 semualah
yang mendoakan.
Moga Allah memberi ganjaran yang terbaik dalam hidup masing2.
aminn =D

Jumaat, April 02, 2010

"Saya TIDAK TAHU"

Bismillahirrahmanirrahim








A: Wey, pena dengar tak pasal ni?





B:Ntah, tak sure la.





A:Haish ko ni, tak kan tak tau.





B:ey.betul ak tak tau.siyes.Nantila ak cari,da tau nanti ak bagitau la k?





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Boleh jadi perbualan kat atas tu selalu je jadi kat diri sendiri. Kadang2 kalau sapa2 yang tanya kat kita nak-nak kalu yang lagi muda kan, lepas tu pula kita memang tak dapat nak jawab soalan tu mungkin sebab kita memang tak tahu atau tak pasti. Mesti rasa segannnn nak jawab "erm..akk tak tahu la pasal tu" ke "akk tak pastila..tak pernah dengar pon".Sebab kita rasa malu kot yela tak dapat jawab soalan tu.Tak pun rasa macam jatuh maruah je bila tak dapat jawab.


Dn segala bagai fikiran datang, mungkin lepas ni dia dah tak nak tanya kat kita sebab kita ni jenis yang tak tahu..hmm..





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Dulu masa zaman Imam Malik, ada seorang lelaki yang bermusafir dari Morocco ke Madinah semata-mata nak jumpa dengan Imam Malik.Lelaki tu membawa beberapa soalan yang nak ditanya pada beliau.Bila lelaki tu sampai ke majlis ilmu beliau, terus dia betanyakan soalan tu.


Beliau berkata " Saya tidak tahu, masalah ni tak terjadi kat sini."








Esoknya lelaki tu terus bertanya lagi dan jawapan beliau masih sama " aku tidak tahu wahai pemuda".





Orang itu berkata,"Wahai Imam bagaimana saya ingin berhadapan dengan penduduk kotaku.Mereka berkata tiada orang yang lebih alim daripada Tuan di muka bumi ini".





Beliau menjawab,"Katakanlah bahawa Malik tidak tahu jawapannya."





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Jadi, adakah kita patut segan nak menjawab 'saya tidak tahu' pada soalan2 yang betul2 kita tak tahu atau ragu nak jawab.?





Ucapan 'saya tidak tahu' bukanlah penghinaan pada mata ulama' tetapi satu kebangaan pada mereka. Ini menunjukkan:





1) Para Ulama' sangat merendah diri. Walaupun mereka terkenal dengan kepakaran mereka dalam agama. Namun apabila ditanya dengan soalan yang mereka tak tahu, kalimat tu yang mereka ucapkan.



2)sikap ni mencerminkan sifat berhati-hati yang amat tinggi dalam urusan agama. Sebab agama ni daripada Allah.Tanpa izinNya setiap orang tidak boleh sembarangan mengatakan itu halal dan itu haram.





3)Para Ulama' sangat memelihara Islam.Mereka akan berhujah berdasarkan Quran dan Sunnah serta pengetahuan yang mereka ada.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Ada lagi satu contoh dari sahabat Baginda. Apabila mereka ditanya mereka akan menjawab dengan ketakutan kerana mereka takut termasuk sekali pandangan peribadi.Sesungguhnya mereka amat malu pada Allah apabila diminta pandangan peribadi.Subhanallah.





Jadi berhati-hati la lepas ni dalam hidup kita.Jangan berasa segan untuk berkata 'saya tidak tahu' kerana tu adalah 1 sikap yang mulia..







WallahuA'lam =D