Jumaat, Ogos 27, 2010

Finished~

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sedar tak sedar dah masuk fasa kedua Ramadhan kali ni.Alhamdulillah Dia masih beri kesempatan untuk terus bernafas dan menggunakan nikmatNya. Alhamdulillah..


Selepas lama dah berehat dari 'blog walking'..Baru hari ni terasa nak menconteng2 kat blog ni =D
Sebenarnya agak baru habis final exam. 1 moment yang paling terkesan dalam hati sebab pelbagai kejadian yang terjadi =p

Dimulakan dengan kertas anatomy (fuhhh..~) dan yang terakhir physiology (weee~~) akhirnya selamat dijawab.Sebut tentang exam ni teringat nasihat ustaz Ridha dengan kiasan yang cukup menarik. Satu hari, ust buat kuiz yang terakhir tentang ibn Rusyd dan sumbangan islam dalam oftalmologi, farmakologi dengan pembedahan. Hanya 2 soalan untuk 2 markah dan yang paling best soalan tu dijawab dalam kumpulan. Sebelum diberi soalan ustaz tenung seorang demi seorang dan tiba-tiba tergelak. Ustaz menjelaskan, "tengok kamu ni nak jawab 2 soalan saja, dalam kumpulan pula tu bukan sorang-sorang pun tapi muka MasyaAllah takut sungguh." 1 kelas tergelak refleks dengan apa yang ustaz cakap.Malu sendiri sebab tak sedar pun terzahir ketakutan dengan das-das soalan ustaz yang biasanya kritikal.hee~.

Ust sambung " macam tulah manusia apabila di Hari Akhirat kelak masing-masing dengan ketakutannya kerana terfikirkan amalan-amalan yang dah dibuat kat sini. Tengok kamu ni takut sangat dengan soalan ustaz....ni baru soalan ustaz tapi kalau soalan Allah macam mana agak-agak ketakutan kamu kan?". Yup memang betul soalan ustaz, kena betul lah dekat batang hidung sendiri. Stay up dengan kawan-kawan duk menghafal isilah, cari kat internet, bincang2 dengan kawan demi dua markah! Tapi persediaan kita tuk soalan2 dari Pencipta tak sama dengan persediaan tuk exam. Ya Allah,tersedar diri ni masih sedikit amal sedangkan ruang tuk ibadah tu 24/7!

Next soalan pertama alhamdulillah dapat jawab tentang Ibn Rusyd.Soalan kedua agak lama juga ust berfikir. Dalam hati doa moga2 dipermudahkan. Dapatlah soalan oftalmologi tolong!..Then soalannya berikan sumbangan islam dalam bidang............oftalmologi. Ya Allah,alhamdulillah! cepatnya Allah kabulkan doa..Sungguh menjeleskan kumpulan2 lain.Maaflah rezeki kami memang murah hari tu. Ada hikmahnya kami diuji semasa persediaan nak bentang tentang sejarah oftal dulu. ^_^
Note:everything happens has a reason ryte?

The lesson is, mintalah sebanyaknya bukan sebab untuk Allah tahu apa yang kita pinta kerana Allah sudah mengetahui apa yang kita akan minta sebab DIA yang mentakdirkan hati ini untuk meminta tapi sebagai tanda pengabdian sebagai hambaNya.Lagi satu lepas ustaz tegur berkias, ujian2 selepas itu rasa lebih tenang untuk menjawab sebab sebenarnya ujian kat dunia ni apalah sangat kalau nak bandingkan dengan ujian kat sana.Tapi tak bermakna pandang ringan dengan ujian dunia cuma kesedaran dalam diri moga usaha kita untuk hari sana berlipat ganda super dari usaha utk ujian di sini.InsyaAllah..

Alhamdulillah syukur yang infiniti sebab dapat masuk INTEC, bumi tarbiyah kedua selepas tanah SMAPK, banyak mengubah pemikiran dan pengalaman yang 'lebih mencabar'. Kesyukuran yang tak terlafaz.Moga Allah kekalkan hidayah yang diberi..aminnn..aminnn

Moga diri ni dan pembaca berada dalam redhaNya..aminn ^_^

Nota kaki:oftalmologi=satu bidang perubatan tentang mata dan penyakitnya.*like this veryyyy much*



Wallahualam..
p/s:Bila di rumah, terkenang pula kat INTEC..huu~ =(
p/s:macam seronok pula guna bahasa skema2 ni..haha =p

Selasa, Ogos 17, 2010

Ramadhan Kareem~

Dengan Nama ALLAH...

Assalamualaikum dan salam sejahtera =DD




Alhamdulillah Allah masih bagi kesempatan untuk berjumpa bulan 'tanpa syaitan'...RAMADHAN KAREEM~~ ALLAHU AKRAM!!....alhamdulillah..alhamdulillah..



Dan..




Debaran semakin terasa untuk.....


...................


FINALLLLL~~




aha..maka dimaklumkan blog ni akan 'kaku' seketika sehinggalah tamatnya ujian dunia ni..ehehehe..




Dan kepada sahabat-sahabat lain ma'an najah!! Gantungkan tawakal hanya pada Dia ^_^










Sekian

Selasa, Ogos 03, 2010

Soalan tu macam mana nk jawab??

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah walhamdulillah....
*sambil dengar lagu raya*..hehe..kenapa??
a'syan khabar angin TERBARU mengatakan fly raya ketiga! heh..takda perasaan la cek dengar..
malas nak fikir panjang2 kita tunggu pre-departure 12 Ogos t ye sahabat2 semua =D
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nak ceritaaaaaaaaaaaaa tapi sebab 2-3 hari ni banyak presentation nak kena ready maka kena kurangkan sikit masa 'berblogging' ni.
One day, in bus from INTEC to Cemara, one chinesse girl from programme medic Rusia jpa asked something, " What programme are you?"
Heh, lebih kurangla..lepas sembang2 ringan baru tahu yang dia ingat Mesir and Egypt tu 2 negara yang berbeza.Takpelah dah bagitahu yang sebetulnya.
Then, dia tanya lagi, 'Why you choose Egypt? Is arabic language difficult to learn to understand and so on?"
Erk..tetibe terkelu pula lidah ni nak cakap..And jawablah seikhlas hati janji dia faham sikit2 and proudly cakap bahasa arab tu senang and tak susah mana pun..
Turun2 bas macam nak tergelak pula cakap bahasa arab tu senang.Sebelum ni..haisss..hehe
Tapi betullah kita yang menyebabkan benda tu susah atau senang..
Bukan sekali je orang tanya kenapa pilih middle east.Berapa puluh2 orang dah tanya. Bila tanya balik kenapa pulak.Mostly jawab bukannya maju mana kat sana bandingkan ngan local atau europe, tak pun kata HO dari middle east ni selalu je kena marah ngan MO kat sini..kualiti rendah..student x berapa outstanding sangat sebab less competition..and ada juga bagi pendapat stadi kat local ke oversea sama je, So takde beza pun baik stadi kat local.Kalau nak cakap ada pengalaman lebih, takdalah penting sangat bila balik sini..Ha, amik hang!
So, tinggalkan persoalan2 ni sementara waktu. Dan terima kasih pada sahabat2 dan sesiapa yang pernah bertanya soalan2 di atas sebab kalau tak ditanya tak akan tahu apa tujuan sebenar nak pergi sana. Syukran jazilan kerana sedarkan supaya boleh setting niat betul2.
Wallahualam~
P/S: a'syan=kerana
arab ammi tu =p


AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN AL-MUBARAK!! =D