Rabu, September 29, 2010

NOW...

Assalamualaikum..

Sihat semua?? ok bagussss...=D

Sekarang memang masa-masa kritikal nak tulis kat blog. Nak kata sibukk...hmm takpun banyak cuti. Kuliah pun intro je kecuali physio *mule2 da blaja nerve =p*

Daily routine: arma ke ASU naik bas. Jalan kaki sikit.Naik tangga banyakkkkkkk..hehe tingkat 3. Habis kuliah solat jap kat masjid. Balik arma naik bas.sampai arma makan.lepas tu movie marathon ramai-ramai. ^_^. aktiviti last tu dah makin kurang sekarang jangan risau.heh.

dah hampir 2 mggu kat bumi Anbiya ni. Nice place,alhmdulillah. Superb faci,alhamdulillah.sporting seniors, alhamdulillah.exciting lecturers,alhamdulillah. great experiences wit arabian,alhamdulillah.bannnnyakk lg sebenarnya.hehe..di sebalik debu-debu ni ada mutiara-mutiara berharga yang dapat dikutip. Tinggal nak ke tak nak je.ok?

kepada akak2 yang disayangi, be strong!! susah mana pun belajar jgn kita give up sbb Allah kan sentiasa bersama kita kan? =D

Kesimpulannya, tak ada ape2 y perlu dirisaukan.Kat sini semuanya baik2 alhamdulillah.

Isnin, September 13, 2010

kes NATRAH : sejarah membuktikan...

Assalamualaikum warahmatullah

Bismillah...



Semalam abang ipar pegang satu kayu yang tergantung belakang pintu rumah. Terus nek bersuara nek kata tu kayu arwah atuk masa jadi polis. Dah banyak kepala kena pukul tu masa zaman kes natrah dulu.


NATRAH?!




Lepas abang ipar keluar terus suruh nek cerita. Nek antara yang hidup zaman tu dengan atuk dan merasai ketegegangannya.Nek cerita yang ayah Natrah tu askar Belanda. Jadi dia ni tak tetap tempat tinggal dia. Jadi sebelum dia pergi berperang dia serahkan anak dia pada satu pasangan Melayu ISLAM untuk menjaga anak dia. Dia ini pun didik seperti anak melayu ISLAM. Berkawan dengan kanak-kanak ISLAM. Didik dengan macam-macam ilmu, ilmu agama, budaya macam-macam. Natrah membesar sebagai MUSLIMAH dan kehidupannya aman.





Satu masa dia telah dikahwinkan dengan lelaki Melayu ISLAM bekerja sebagai guru. Sedang mereka bahagia tiba-tiba ayah dia tu pulang dan ingin mengambil anak yang dia dah serahkan pada keluarga angkat dia. Saat tu berlakulah satu ketegangan yang serius dan ketegangan tu berlaku atas hal yang sensitif iaitu AGAMA. Bapanya sekeras-kerasnya mahu Natrah kembali kepada dia dan automatik bertukar agama. Tetapi Natrah yang sudah ISLAM dan redha dengan agamanya itu enggan menurut ayah kandung dia. Sehinggalah kes ini dibawa ke mahkamah.




Dalam masa yang sama berlaku pergaduhan dahsyat antara Melayu untuk mempertahankan keISLAMAN Natrah dengan kaum Cina yang menyokong Belanda. Ketika itulah atuk dan rakan-rakan polisnya bergaduh dengan Cina. Mujur atuk hanya cedera ringan.




Pihak Belanda jelas menunjukkan KETIDAKADILAN mereka. Mereka tangkap gambar dengan menaiki kapalterbang, mengesan orang Melayu ISLAM yang terlibat dan mereka dibuang kerja serta-merta. Sekali lagi mujur atuk terselamat tapi ramai kawan atuk yang dipecat. Namun mereka tak mengaku kalah tetap mempertahankan AGAMA Natrah. Keluarga angkat Natrah menangis hingga hampir gila kerana masalah ni. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Natrah hanya menangis dan selalu solat supaya dia dapat mempertahankan KEISLAMANNYA. Namun pihak Belanda yang memerintah masa tu pasti menyebelahi bapanya.





Akhirnya Natrah terpaksa mengikut bapanya dan berpisah dengan keluarganya, suaminya tapi tidak dengan agama ISLAMnya. Dia masih berpegang dengan ISLAM.




Nek cerita lagi dulu selalu keluar surat khabar. Tapi bila kes tu dah 'disenyapkan' atuk dan nek pun dah pindah ke tanah Melayu, mereka hanya mendengar berita kematian beliau.Agamanya?
Wallahua'lam.Hanya ALLAH mengetahui isi hati hambaNya.




Kes Natrah salah satu sejarah yang membuktikan betapa Belanda atau umumnya pihak bukan islam berusaha merosakkan akidah, menjatuhkan maruah Islam walaupun satu nyawa! Namun bersyukur kerana masa tu umat islam 1 negara malah 1 dunia prihatin dan berjuang untuk mempertahankan akidah walaupun untuk SEORANG, walaupun mereka tidak kenal siapa itu NATRAH tapi mereka menangis bersama, berdoa bersama demi menyelamatkan 1 akidah.





Kes Natrah bukan berlaku zaman tertentu tapi realitinya zaman sekarang lambakan kes yang sama berlaku Nauzubillah. Sama-sama kita renung apa yang terjadi pada ISLAM bukan pada agama itu sendiri tapi pada penganutnya kerana ISLAM itu sendiri sudah SEMPURNA, yang bermasalah kritikal sekarang ni UMAT ISLAM itu sendiri.



Wallahua'lam. Asif ala kulli hal..Allahu yusallimik.

Ahad, September 12, 2010

M.A.K.A.NNN..

Assalamualaikum..
Salam lebaran..TaqabbalAllahu minna wa minkum ^_^
Mungkin raya terakhir di tanah air..haha..ok drop da subject..(nanti ada orang sdey!)
Semalam 2nd syawal, lepas ikut kak yana wa abg kamal beraya 1 kampung *hiperbola*
tiba-tiba abg Kamal cerita fasal makanan arab. huh..terimbau makan2 dengan kawan2 meg5 duluuuu dengan ustaz Ibrahim! =(

Lepas tu, abg Kamal pun ajaklah makan kat rstoran arab dekat dengan MMU. So lebih kurang pukul 6 lebih kami pun bertolak solat maghrib kat masjid MMU. Imam dia foreigner! sedap..=D

Dipendekkan cerita kami ni order.................

ini air kotak mangga biasa jer tapi rm 2!huh..pekat dan manis



ini namanya kabab, roti arab + dgg kambing


atas ni namanya kabsah.Beras arab ni panjang2. Seorang makan banyak tapi di restoran ni kongsi 2 orang baru habis =D.Overall sedap dan menyelerakan .thumbs up!



ini namanya kunafah. macam kuih. manis. rasa minyak sapi. ada rasa rangup2 sikit.

Kesimpulannya boleh tahan restoran Dami ni. Bolehlah pergi cuma kambing dia ermm..kurang sikit ummphh tapi ok jer.

Syukran jazilan..jazakallah..merci..mutasyakkir..asykurik..thank you..arigatao..xie..xie.. belanja kitaorang!

Sabtu, September 04, 2010

Jom buat kuih raya ^_^

Assalamualaikum....




Hari ini dalam sejarah =p...




Pagi-pagi lepas sahur, hmm takdela lepas sahur sangat mak ajak buat kuih raya. Ada kata kuih arab ada kata kuih suji oat dan sebagainyalah. Kuih ni memang nak kata tradisilah tiap-tiap tahun mesti ada mesti buat. Tahun ni terpaksalah buat sorang2 tapi mak,nek dengan akak adala tolong half time yang pertama. =)


So, this is the recipe..............


KUIH BADAM QUAKER OAT


BAHAN-BAHAN:



  • 21/2 Cawan oat (blend dulu) 400g

  • 2 cawan minyak sapi (jgn gne QBB x halal!) 500g

  • 2 cawan gula halus/ gula icing

  • 5 1/2 cawan tepung gandum

  • Badam + telur kuning (sebagai hiasan)

  • 1 camca teh baking powder


Cara nak buat petik jari je...mudah..senang..cepat..hee~


1) gula, minyak sapi, baking powder (tepung penaik), tepung gandum, oat di gaul rata sehingga sebati.


2) Bila da sebati, gelek jangan bagi nipis sangat nanti takde ummph sangat.


3) Terap dengan penerap yang comel-comel.


4) Hias dengan badam hiris tu dan sapu sedikit dengan telur kuning.


5) Letak dalam loyang dan masukkan dalam oven.


p/s:kalau tak rajin sangat badam tu masukkan masa nk gaul sebati.


Ok.selamat mencuba! ^_^


p/s:kali ni buat sungguh-sungguh sebab lepas ni tak tahu bila boleh wat lagi kat rumah.

Penat bukan sebab buat kuih tapi kemas tepung sana-sini..haha