Khamis, Mei 05, 2011

Buku dan exam..

 

Assalamualaikum…

 

Kita dari jadi budak kecil sampai jadi budak dewasa kita membaca kan?

Masa kecil bila ditanya kenapa baca buku?

“Nak masuk sekolah kena pandai baca buku”

Dah besar sikit jawapan pun lebih besar maksudnya “mestilah kena membaca sebab nak pandai”

Bila masuk zaman sekolah menengah semakin matang pula jawapan kita,

“Membaca ni boleh tambah ilmu lepas tu dah faham dapat tambah amal, berkembang sikit fikiran ni takdelah macam katak bawah tempurung je”

“Kalau kita tak membaca kita tak berfikif. Bila tak berfikir kita tak aktifkan neuron-neuron kita. Bila otak dah tak aktif macam mana nak maju?”

KENAPA KENA MEMBACA?

Mudah. Ingat wahyu pertama Baginda S.A.W, surah Al-Alaq (96 : 1-5)

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.

Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah

Bacalah, dan tuhanmulah yang maha Mulia

Yang mengajar manusia dengan pena

Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya

Wahyu pertama Allah dah tekankan tentang membaca. Membaca berkait rapat dengan ilmu. Dengan membaca kita ada ilmu dan dengan ilmu kita boleh beramal dengan sahih.Pentingnya membaca ni  untuk kenal pencipta kita. Membaca untuk cintakan pencipta kita dan penciptaanNya. Membaca salah satu langkah untuk mendapat hidayahNya. Baca manual hidup (Quran) kita, kita akan faham tentang islam. Bila faham dapatlah kita amalkan. Sifir mudah :

BACA + FAHAM = AMAL   =)

Bak pepatah arab yang sangat mahsyur,

“Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah”

Pokok yang tak ada buah tak boleh bagi manfaat  kalau nak dibandingkan dengan pokok yang berbuah. Kalau ada buah bolehlah haiwan ke manusia ambil makan tak pun buat bisnes ke. ^^

Sama macam manusia yang ada ilmu tapi tak buat amal maka tak dapatlah ganjaran dari Allah. Lagi-lagi ilmu yang dah dipelajari memang wajib kita amalkan. Banyak ilmu yang kita belajar (input) tapi jarang-jarang kita nak amalkan (output).

Kita tahu kena tutup aurat dengan sempurna tapi macam-macam alasan kita nak bagi. Panaslaa, malulah, alim sangat, tak up-to-date pulak tu. Astaghfirullah. Minta Allah tak tarik hidayah Dia dari kita. Nauzubillah.

BAHAN BACAAN?

Heh. mestilah yang bermanfaat untuk kita. Membaca ni ibarat macam makan. Kalau kita makan makanan yang berkhasiat kita akan jadi orang yang sihat dari semua segi kalau kita makanan junk food, makanan segera, makanan yang haram lahirlah manusia yang ‘sakit’ dalam dan luar. Sebab tu Allah dah ingatkan pilihlah makanan yang halal lagi berkualiti.

 

Bahan bacaan yang kita pilih mestilah sihat untuk akal kita. Bila akal sihat maka lahirlah manusia yang berkualiti. Sekarang ni umat islam memang ada kuantiti tapi kurang kualiti. Mungkin ada kaitan dengan budaya membaca dalam kalangan kita umat islam sekarang ni. Bukanlah hanya majalah hiburan yang melambak-lambak dijual. Tak payah bagi contoh semua orang memang arif dengan benda ni. =)

Kalau digelar pelajar, jangan ingat buku selain buku teks tu tak penting. Luangkan sikit waktu bukalah buku luar silibus kita. Contoh macam medik, jangan terlalu taksub dengan buku silibus kita sampaikan tak belek pun buku-buku lain contoh macam majalah kesihatan ke surat khabar atau buku-buku agama. Kita bukan nak jadi doktor je tapi doktor yang berpengetahuan luas.

Takdelah kalau nanti dapat pesakit tu pelajar, kita tak boleh nak buat 'small talk' dengan budak tu sebab kita tak tahu nak ambil isu apa. Takkanlah kita nak tanya nama otot kat budak sekolah. Buat kat kawan-kawan kita bolehlah ^.~

                                 cover-solusi-6

Jadi, isilah masa kita dengan membaca. supaya kita dapat menjadi diri kita yang lebih baik, lebih berkualiti. Jadikan firmanNya sebagai penguat kita,

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal.

Iaitu orang yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk atau berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “Ya Tuhan kami tidaklah KAU menciptakan semua ini sia-sia, Maha Suci Engkau lindungilah kami dari azab neraka” (3 : 190-191)

 

 p/s: 1)  Dah hampir fatrah imtihan, doa2kan moga dapat kuatkan diri untuk terus membaca & membaca. Moga MUMTAZ tu untuk kita &  untuk ISLAM! aminn..

2) Jangan malas membaca, umat islam mesti hebat membaca sebab kita umat TERBAIK!