Jumaat, Ogos 05, 2011

Aku tak reda

 

 

Bismillahirahmanirrahim…

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah ala kulli hal.

Tanpa disangka.

Tak ada khabar angin.

Angin sepoi-sepoi bahasa pun tak ada.

Tak ada ‘instinct’.

Hari berlalu macam biasa tanpa benda-benda ‘aneh’.

Selamat hantar sahabat-sahabat seperjuangan pulang ke Malaysia. Kata-kata terakhir mereka, “tolong tengokkan result tau.T kte tefon keyh”

Balik rumah. Sesaat lepas tu, “weyyy, mat(bukan nama sebenar) kate da kuar result da kat fb!”

Zap!

Heart rate rapidly increase. Nasib baik tak ada *arrythmias.fuhh~

pucat lesi dah muka. Seram sejuk dah rasa. Allah kuatkan. Rasa macam nak *syncope pulak.

‘tauhid mau kuat’

‘Dah buat yang terbaik,tawakal sungguh2’

Terus terlintas apa yang selalu ayah & mak ulang dari dulu.

Alhamdulillah tenang balik.

Walaupun tangan terketar-ketar nak mencari link result. Sampai laptop pun shaking jugak.

Bila dah buka. Macam biasa carilah num ID. Siap ada nama, markah setiap subjek, pangkat macam mumtaz, jayyid jiddan dll dan pangkat untuk total semua subjek yang 4 tu.

Tergamam sekejap. Yelah pertama kali kan exam dekat uni. Jujurnya, teruja jugaklah. Kagum pun ada. Sebab exam habis 31 Julai, result keluar 3 Ogos. Beza 3 hari jer! Walaupun exam major habis 28 Julai. Kira cepatlah proses markah keluar. Dan ternyata segala kata-kata hikmat dari seniors2 yang superb memang sangat bermakna untuk freshies macam kami ni.heh.

Memang betul kata-kata kakak seusrah, “Kesilapan orang muda sekarang mereka menganggap pengetahuan tu lebih penting dari pengalaman dan kesilapan orang yang lebih tua menganggap engalaman tu lebih penting dari pengetahuan”

Orang muda memang berebut-rebut menuntut ilmu sehinggakan timbul rasa malas nak belajar dari orang yang lebih tua sedangkan belajar dari manusia tu sama penting dengan kita belajar dari buku.

Orang yang lebih tua pula merasakan mereka lebih berilmu dari orang muda sebabkan pengalaman yang lagi banyak dari mereka.

Hakikatnya pengetahuan dan pengalaman tu sama penting.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ok,lari tajuk sikit. Bila ternampak num 5012. Terus rasa nak tutup laptop. Cuak. Kalah masa SPM dulu. Tak boleh jadi. Curiosity dah makin naik bila dengar si A, si B, si C mumtaz la imtiyaz la..Hebakk2..

Dengan lafaz Bismillah, tengoklah satu-satu ikut subjek. Ok Alhamdulillah!! Terima kasih Ya Allah!~ Rasa nak sujud syukur depan laptop tu juga. Sahabat-sahabat lain pun dah turun dari rumah masing-masing muka tak percaya. Ey,orang tak tipu keyh. Bila kawan kata tahniah sebab dapat ******! Oh, baru tahu tak tengok natijah keseluruhan. Lagilah terkejut, dulu  agak kecewa lepas ‘exam’ yang susah. Dah kira-kira markah memang dah tak boleh nak dapat pangkat tu. Tapi Allah Maha Pemberi. Allahu Akbar!

Alhamdulillah ala kulli hal. Allah beri apa yang kita perlu bukan apa yang kita hendak. Allah tahu yang terbaik. Termuhasabah dengan natijah imtihan tu. Aku nak mumtaz juga dalam ‘exam’ Allah. Boleh ke aku ‘perform’ yang terbaik dan dapat mumtaz depan Allah. Rasa jauh lagi nak capai target tu. Allah. ;(.

Kakak yang ku sayangi berpesan,

Muhasabah kejayaan tu dik. Allah tak bagi macam tu jer. Bangunkan Islam dengan kelebihan kita. Majukan ummah dengan apa yang Allah dah bagi.

Kakak yang ku hormati mengingatkan,

Dik,terus mumtaz untuk bantu ummah.Teruskan istiqamah!

Ya Allah, saat hampir kita tewas dengan bisikan syaitan yang tak habis-habis ajak kita berlagak tak tentu arah, Allah hadirkan mereka yang mengingatkan betapa beratnya amanah yang tergalas atas bahu ni.

Tanggungjawab ke atas ilmu yang dipelajari. Amalkan

Tanggungjawab ke atas diri sendiri.Jujur dengan ilmu.

Tanggungjawab ke atas keluarga,masyarakat, ummah, negara, agama.

Ya Rabb kuatkan!

Jazakillah khairan jaza. Terima kasih kepada SEMUA yang mendoakan tak putus-putus. Moga Allah memberi ganjaran yang sebaik-baiknya kepada kalian.

p/s: Patut ke rasa tidak reda sedangkan Allah tahu yang terbaik bagi kita untuk masa lepas, sekarang, dan akan datang. Patut ke ada rasa ‘aku tidak reda’..

Sunnguh aku berlindung dari syaitan yang direjam.Astaghfirullah..al’azim!

Rabu, Ogos 03, 2011

Andai kau tahu

 

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, masih diberi peluang meraikan bulan ‘bonus’ Ramadhan di Ardu Kinanah. Subhanallah! rasa lain daripada biasa ruh Ramadhan kali ni. Bagi yang betul-betul menghayati dan memanfaatkan masa Ramadhan kat sini pasti merasai ‘ruh’nya. Tapi kalau segelintir masih meneruskan aktiviti yang agak membazir masa, mesti menganggap puasa kat sini ‘biasa-biasa’ saja.

Sini Subuhnya lebih kurang 3 lebih. Ye, pukul 3 pagi! Jadi kenalah bangun at least 1 jam lebih awal. Lebih kurang pukul 2 pagi, siap-siap bersihkan diri, qiam, masak-yang-agak-lama.heh. dan sahur.

SAHUR

Perkara yang berkait rapat dengan puasa dan kepentingannya sering dilupakan. Jadi kali ni jom kita singkap kelebihan-kelebihan di sebalik S.A.H.U.R

1) Membezakan dengan ahli kitab.

 “ Perbezaan antara  puasa orang islam dan puasa ahli kitab adalah berSAHUR” (HR MUSLIM)

 

 

sahur

2) Keberkatan puasa.

“Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada berkatnya” (HR BUKHARI & MUSLIM)

Benda yang kita nak sangat dalam setiap perkara yang kita buat mestilah mendapat berkat dari DIA. Cuba bayangkan penat-penat kita siapkan assignment, susah-payah cari rujukan segala bagai, ‘stay up’ tiap-tiap hari, tak keluar rumah, makan pun tak jaga. Tiba-tiba bila hantar terus kena ‘reject’. Apa rasa?

Macam tulah kalau puasa kita, solat kita, muamalah, ibadah kita yang lain tak ada berkatNya.Sia-sia.

Jadi penting kita bersahur kerana ada keberkatan puasa kita di situ!

3) Peluang untuk bangun malam.

Sahur adalah salah satu  waktu yang terbaik untuk kita taqarrub ilaihi.  Antara kesilapan terbesar kita umat islam sekarang ialah bangun untuk bersahur sekadar makan & minum SAHAJA. Sedangkan waktu sahur sangat elok diserikan dengan solat tahajud, taubat dan sebagainya.

Tak pernah buat?

Buatlah sekarang. Bila lagi kita hendak berubah kalau tidak Ramadhan kali ni?

Hendak tunggu esok?

Kalau anda pasti boleh hidup esok. Silalah tangguh sehari baru berubah.

Berubah ke arah kebaikan. Itu bukan HIPOKRIT.

Dan banyak lagi kelebihan sahur. Antaranya secara ringkas sahur membekalkan tenaga untuk kita berpuasa seharian tanpa letih dan penat. InsyaAllah. Cuba buat eksperimen satu hari tanpa bersahur dan satu hari dengan bersahur. Bandingkan macam mana kita dalam seharian berpuasa.

Dan melambatkan sahur itu adalah sunnah Baginda!

 

Andai kau tahu kelebihan bersahur itu, pasti puasamu tidak pernah culas dari bersahur.

 

Moga bermanfaat. Doakan saya thabat dan beramal dengan ilmu di dada ni. AMIN.

Barakallahu fik ;D

Rujukan: Ustaz Zaharuddin.

Selasa, Ogos 02, 2011

Pilihan HATI

Murabbiku bertanya,

Macam mana awak pilih ubat gigi ?

Pasti ada beberapa ciri yang kita nak. Ubat gigi tu mestilah HALAL, sebaik-baiknya produk muslim, rasanya yang segar, kandungannya tiada yang syubhah dan mendapat pengiktirafan dari pihak bertanggungjawab misalnya.

Banyak sangat pilihan di pasaran.Macam mana nak pilih?

Pilihlah yang TERBAIK dari kalangan yang baik mengikut ciri-ciri yang terbaik. Ubat gigi mempunyai matlamat yang sama tapi di pasaran dari sehari ke sahari semakin banyak syarikat memperkenalkan produk ubat gigi dengan formula dan kelebihannya yang bervariasi. Pasti untuk memenuhi permintaan pasaran.

 

                          images (1)

Maka bersainglah sesama syarikat untuk ‘menghangatkan’ pasaran. Masing-masing mengejar keuntungan dengan pelbagai cara. Sehinggakan sanggup menjatuhkan produk lain. Meniru ‘trademark’ produk lain dan sebagainya.

Murabbiku berpesan,

Dalam hidup buatlah apa-apa pilihan berdasarkan ciri-ciri dari Al-Quran dan Sunnah Baginda S.A.W

“Telah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selagi mana berpegang kepadanya iaitu Quran dan Sunnah” [HR Muslim]

Dari sekecil-kecil hinggalah pilihan perkara yang paling besar dalam kehidupan. Dalam segala aspek misalnya pendidikan, ekonomi mahupun siasah.

Bermusafirlah kamu kemana-mana jika dua perkara tu dijadikan panduan, insyaALLAH hidup pasti diiringi keberkatan.

Dalam kehidupan kita, kita pasti berhadapan dengan banyak perkara yang mempunyai matlamat yang sama tapi cara yang digunakan ke arah matlamat itu pasti berbeza antara satu sama lain. Kalau sama pasti tidak wujudlah kepelbagaian.

Kita mesti memilih. Jadi kita runsing untuk membuat pilihan. Resolusinya kembalilah kepada rujukan teragung kita. Pilihlah yang mengikut Quran & Sunnah. Jika masih keliru pilihlah yang TERBAIK daripada yang baik. Pilihlah yang paling dekat dengan ciri-ciri dalam Quran & Sunnah. Kerana kita akan bertanggungjawab dengan apa yang kita pilih. Pasti akan ditanya oleh Pencipta.

Sahabatku mengingatkan,

Berdoalah kepada Allah supaya melapangkan & mencampakkan rasa tenang jika itu adalah pilihan yang terbaik untuk kita. Jika itu bukan yang terbaik, mintaklah kepadaNya moga dicampakkan rasa gelisah dalam hati. Moga tanda itu membantu kita mencapai redaNYA.

p/s: *Kalau tak faham, anda normal.

      * Kalau faham, anda juga seorang yang normal.