Jumaat, September 25, 2009

macam-macam

assalamualaikum w.b.t
allahuakbar! allahuakbar! allahuakbar!

today is FRIDAY..huwaa..balik sekolah da!!..ye sekolahku rumahku..tidak sabar rasanya nak mengepau kuih2 raya kawan2..nak duit raya!!haha..opss..lupa..imtihan tak habis lagi..huhu..

Raya ni 1001 happiness and sadness dapat..alhamdulillah..raya yang penuh makna!..penuh hikmah..betullah kan setiap yang berlaku tu ada hikmahnya..cuma kita sedar atau tidak..

cuti ni dapat chat ngan akk2 yang nun jauh beribu2 batu tu..di bumi anbiya'.bukan senang kan kita nak chat sampai tak tido dibuatnya!hee..
erm...masing2 da in the right path capai cita masing2.SAYA??.insyaAllah after ek..doakan!..

cuti ni macam 24 jam je depan laptop akak..huhu..tp bermanfaat takpe kan?haha..naik ni tak dapat da hadap internet..berloyar buruk ngan kanak2 riang smakl tu..(^_~)..bergaduh ngan kkkku y tak abes2 mengena kan orang..huhu..dpt kawan baru dll..herm...rindu2..

Naik ni ada 3 paper lagi..m3, chem n qs..waduh2..adrenaline da aktif ni!
chem ne kalu tak dapat A mau down juga la..(dala ritu g perfect score chem!)
tp kita hanya berusaha, ALLAH yang tetapkan keputusannya..sedapkan ati..
qs plak jangan dipandang ringan! dala trial lepas a2..huh..minta maaf ye ustaz..lepas ni janji baca soalan betul2!

hah, sebut pasal ustaz ni tetiba teringat la insiden ni..masa exam bio p1 la..huhu..
malu habisla..tapi rilek jerr..alkisah masa tu 10 minit lagi nak habis..jadi semak la kat kertas soalan.Suddenly angin yang agak KUAT berjaya meniupkan kertas omr tu..kalau jatuh atas lantai takpela jugak.TAPI ni jatuh ke luar tingkap!!hanya ALLAH je tau perasaan masa tu.
Lps tu jumpala ustaz nazri "ustaz,kertas omr saya jatuh ke luar"..huk..sogannya tyme tu.hanya mampu tersenyum dan ketawa bila kwn2 da perasan esp aisyah la!haha...
Nak dijadikan cerita lagi..ustaz pergi fotostat kertas soalan dan "hah, ni atiqah saya da fotostatkan".."err..ustaz, yang jatuh tu kertas omr bukan kertas soalan ustaz"..sekali lagi kena gelak satu kelas..hee..saya gelak la sekali..padahal masa ada lagi 5 minit..x abes jawab lagi sbananya..cuak kan?
Then ustaz bagi 2 kertas omr suruh saya jawab 2-2..supaya kalau terbang lagi 1 adalah spare nya..huh..once again kawan2 gelak secara berjemaah..tapi saya tahu mereka gelak sebab gaya ustaz yang memang kelakar dan saya lah mangsa nya!!tapi macam biasa dengan muka tenang, rileks dan cool saya pun menghitamkan lah kertas omr tu sambil memegang erat takut jatuh lagi!
papepun alhamdulillah walaupun susah paper tu dapat juga habiskan..
erm..yang kurengnya bila kena kutip paper puteri..terdengarlah suara2 sumbang si putera yang tak habis2 mengenakan orang..huhu..sabo2x..
petang tu tyme berbuka kalau jumpa kawan je mesti dieorang cakap
"ey timi, tido ke?!"..x pon.."cmne la boleh terbang plak tu"
dan "pergh, timi mengelamun smpi x sedar melayang2 da"
haha..jawapannya tak tido tau tyme bio tu! gila pe bio punya la susah segar-bugar jawab tau!
herm..bila duk asrama ni 1 berita tu cepat jer tersebar merebak macam virus epidermik! (ayat karangan bm kita kan2)
konklusinya teman-temanku masa imtihan nnt awasilah setiap kertas yang ada atas meja tu k..pesanan ini ditaja oleh orang yang berpengalaman..haha
ok2..rasa macam nak mengarut dah ni..better sign out dulu..buku2 chem,here i come!!..b4 tu..kepada akk2ku istiqamahkan hati di tempat masing2, doakanla adikmu ini mengikut jejak langkah akk2 k!..pada adik yang berhati suci yang ambil xm smar...err..x egt da pjg sgt la awk..hehe..gud lark k! dan ila knk2 y berhati murni tu doala akk dpt trun smakl ye..haha..dan shbtku d bandar cyber..walau berat manapun ujian y melanda kita ALLAH tak pernah bebankan hambaNya!
dan
kepada semua..ukhwah fillah abadan-abada..asif jiddan!
ma'assalamah wa ilal liqa'

Selasa, September 22, 2009

sharing...

bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikumwarahmatullah...

alhamdulillah walaupun sibuk melayan tetamu dan menjadi tetamu raya ni..sempat juga nak menghadap laptop mencoret sesuatu yang boleh dicoret ^_^

Waktu petang2 yang damai di rumah ni sempat juga saya membelek buku Harun Yahya.Tajuknya Jangan Beralasan Anda Jahil..fuh..sudah lama tak membelek2 buku ni..almaklumlah masa banyak dihabiskan untuk buka buku teks kan2..huhu..yeje..

Ada 1 tajuk yang sangat memikat hati iaitu Jangan Beralasan Anda Jahil tentang suara hati anda..secara tuntasnya bab ni menceritakan:

1. APA ITU SUARA HATI DAN KAITANNYA DENGAN NAFSU??

Dalam kehidupan ini manusia sentiasa berhadapan dengan dugaan dan pelbagai insiden.kita ada 2 pilihan untuk menghadapinya samada mengikut suara hati yang dianugerahkan Allah atau nafsu yang sentiasa tunduk dan taat pada SYAITAN.

Suara hati ini adalah bukti ar-Rahman.Setiap manusia tidak kira apa latar belakangnya, usianya, beriman ataupun kafir tetap ada suara hati ini yang menunjukkan ke arah kebaikan.Bezanya mukmin mengikut suara hati untuk menggapai redaNya walhal kafir tunduk pada nafsu kejahatan.

Sejarah nabi Ibrahim telah membuktikan berdasarkan surah Al-Anbiya:62-65
ketika Nabi memusnahkan semua berhala dan meninggalkan satu berhala yang paling besar.lalu bertanya penduduk di situ "wahai Ibrahim,engkaukah yang memusnahkan tuhan-tuhan kami?lalu Nabi bersabda "tidak!tanyalah kepada tuhanmu yang besar antara mereka!maka bertanyalah kamu kalau-kalau mereka dapat berkata-kata."kemudian mereka terbalikkan fikiran mereka dan berkata "sesungguhnya kau(Ibrahim) telah mengetahui bahawa berhala ini tidak boleh berkata-kata(maka mengapa kau menyuruh kami bertanya kepadanya?)"

Merekalah yang kejam membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim walaupun mereka ada suara hati yang menyatakan kebenaran kata-kata Nabi berdasarkan dialog terakhir diatas.Namun nafsu lebih menguasai mereka sehingga mereka mengendahkan suara hati mereka.

Secara fitrahnya kedua-duanya datang dari Allah.Namun jangan anda jahil suara hati sentiasa mengajak kita ke arah keredhaan Allah dan ironinya nafsu selalu bersifat menentang, zalim, menyuruh manusia membuat kejahatan dan menentang suara hati kita.

Jadi pertama-tama yang kita perlu tahu jika mahu mendapat kebahagiaan dan keredhaan Allah ikutlah kata hati dan jangan berpura-pura jahil tentang perbezaan antara kata hati dan nafsu anda!

2. SUARA HATI VS NAFSU.

Tahukah anda setiap insiden yang berlaku ke atas kita, sangkaan awal yang terlintas itulah suara hati kita dan alasan-alasan yang diadakan adalah nafsu kita.Setiap kali kita terdengar suara hati jangan berpura-pura tidak memahaminya kerana ia selalu mengajak kita ke arah kebaikan.Ingatlah suara hati tidak pernah gagal untuk menyatakan kebenaran dan nafsu tidak pernah lelah menyesatkan kita!
Secara mudahnya saya berikan 1 situasi yang sering saya hadapi.Di dalam imtihan saya sering menukar jawapan kerana ketidakpastian (sebenarnya tidak ingat). Dari jawapan A ditukar kepada D dan sebagainya.Apabila selesai imtihan, saya menyemak buku dan mendapati jawapan asal saya adalah tepat.Wujud kekesalan yang amat mendalam dalam lubuk hati "kenapalah aku betulkan tadi"
tapi sebenarnya tidak patut berkata begitu sebab kita sudah bertawakal kepada Allah.astaghfirullah...jangan tiru aksi ini ye!

Selepas membaca bab ini, saya menyimpulkan jawapan pertama saya adalah dari suara hati yang terlintas dan yang keduanya adalah nafsu.Mengapa begitu?..kerana dalam keadaan saya yang tidak pasti, sangkaan pertama saya itulah suara hati saya.Banyak lagi perkara yang saya hadapi dalam hidup ini yang membuktikan suara hati saya adalah betul namun seringkali juga saya mengikut nafsu terutama kalau balik rumah..huhu..

Contoh lagi. Tanya pada hati masing-masing ya.Rutin di Smap Kajang la ni.
Apabila kita mendengar tazkirah dari ustaz-ustazah atau rakan-rakan kita tentang aurat misalnya, terdetik di hati kebenaran kalimah itu, terfikir juga dek akal kebenaran yang diberitahu, terasa juga di hati tentang teguran itu,
tersentak dan tersentap juga jiwa apabila kesalahan itu selalu kita buat. Pasti terlintas dalam fikiran kita rasa berdosa,jijik, malu, terasa dan rasa tak mahu buat lagi..menjerit..sinsing tangan..tak pakai stokin..rasa nak bertaubat!
Maka sedarlah diri itulah suara hati kita!

Malangnya, selepas beberapa ketika kita masih berkelakuan seperti dulu, jahil tentang aurat seperti tidak pernah mendengar tazkirah! maka awaslah kita bahawa itulah ajakan nafsu!
konklusi awal yang saya dapat buat ialah kita mesti memahami suara hati kita dan jangan sekali-kali jahil untuk memahaminya!

intihanya,janganlah kita berpura-pura tidak mengetahui, memahami suara hati yang sentiasa mengajak kita kembali kepada fitrah manusia,kembali kepada ALLAH.Ingatlah ALLAH memiliki suara hati yang mutlak.Jadi wahai diri jadikanlah Al-quran dan sunnah akar kehidupan dan suara hati dahan yang sentiasa menyokong akar.

wallahualam...

p/s:segala yang tercoret adalah muhasabah khusus, utama dan aula untuk si pencoret ini..

Jumaat, September 18, 2009

rahmat ujian...

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani...
assalamualaikum..
alhamdulillah..


sedar atau tidak Ramadhan tidak lama lagi akan meninggalkan kita..erm...adakah Ramadhan kali ni adalah yang terakhir?? muhasabah kembali ibadah y dah dibuat spjg Ramadhan ni..huhu..sket2....teringat pada arwah ustaz asri dan beberapa ahli keluarga sahabat2 yang lain..alfatihah

dan..

takziah buat akk yang sedang menghadapi kehilangan ..buat akk..jangan sedih2..tabahkan hati..kuatkan semangat..
sesungguhnya ALLAH sangat menyukai orang2 y sabar..
walaupun tqa tak dapat merasai kesakitannya tapi ingat ALLAH bagi ujian tu mengikut kemampuan kita dan ujian tu tanda ALLAH SAYANG KAT KITA..
setiap y berlaku ada hikmahnya..mungkin rezeki akk n abg lagi besar..insyaAllah..

buat akk2 yang dah fly merata dunia..semoga dikuatkan semangat di tmpt baru tu..la takhaf wala tahzan..innallah ha ma'ana!

khusus utk shbt2 smapian n y lain2..hadapi exam dgn sabar..jaga hablumminallah dan hablumminannas..wktu2 kritikal ni bykkan kebergantungan kita kat ALLAH..sbb kita dekat...DIA dekat..! insyaAllah

lagu ni ditujukan utk diri sendiri,akk,akk2 y dah dan akan fly dan semua sekali..ni lagu feveret n sangat inspiring..nah...

RAHMAT UJIAN...

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran
Segala takdir
terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/oHarus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

repeat c/o 2x

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

wallahua'lam..

p/s:salam lebaran buat semua..maaf atas segala kelemahan dan semua y menyakiti hati..