Isnin, Disember 05, 2011

MABRUK ALAIKUM~!!

post peribadi

(dah tau peribadi post juga kat sini =.=’)

Bismillah..

Alhamdulillah..saatnya dah tiba.

Tahniah kak,………..tak tahu nak cakap ape.no idea nak tulis ape.yela kalau berdepan pun tak cakap pun benda2 ni.pernah ke? HAHA

 

Erm,dah masuk ke ‘dunia’ lain.bak kata kak yana.Bila dah kahwin ni kita sebahagian dari masyarakat. Kalau sebelum ni tak pernah ziarah sedara2 sekaranglah nak kenal2.Macamtu lah lebih kurang kan kak yana? *angguk sendiri

Sebelum balik,tak dengar pula angin sepoi-sepoi bahasa. Alih2 rasa macam baru sampai sini tiba2 mak bagitahu. Mau tak sympa orang dgr.Pantas & efisien! Itu baru masa raye aji.lepas tu mak bagitahu lagi sebulan je tempohny..Seriyes jatuh rahang depan laptop mase tu. Orang kol dah la susah kalah ceo tak angkat telefon *pas ni demandla hantaran fon screen touch siket ke ;p

Lagi jatuh rahang bile mak kata, “nanti ayah yang nikahkan”..Pergh..pastu terus rasa nak balik..bukan homesick ea rasa nak balik jer. Jap,ada beza kan? keh3

Ayah kata ayah tengah nak ‘tune’ ni..;D tiba2 rasa ayah sangat comel pulak cakap macam tu..hehe..Beruntung.sangattttttt untung kot ayah cakap macamtu..jeles umi umar & khaulah (kot) Winking smile

Sejak tu asyik tengok kalendar je.Pastu fikir sekarang ni rumah mesti da jadi macam ni jadi macam tu.

Sedih. (BACA: SEDIH)..x dapat tolong kemas rumah.tak dapat teman pergi beli hantaran.tak dapat pakai baju pengantin.tak dapat  dan tak dapat! tapi ALLAH knows best.

Miss moment yang hebat.sekali seumur hidup.

Macam tacing kan post nie.Yup memang.at least dapat mengurangkan kesedihan dan ketacingan..Harap2 la… =.=’

Lepas ni,tinggal sorang2 je.yeay! HAHA *jangan jeles..

Harap,sentiasa dapat yang terbaik sampai ke jannah. kali ni serius k dah bukan masa nak main2…syarah mcm kiter plak dah ada pengalamn ;p

 

                              DSCN0725

(UMAR mmg tak bolehlah dengan makcik die.HAHA)

 

                          25799_381090399754_716354754_3846430_4231370_n

(senior sekolah (xde idea sebenarnya)

 

MABRUK ALAIKUM!!

pasni doakan orang pulak ;DD

Khamis, Disember 01, 2011

Sejuk yang mendamaikan~

Bismillah…

DISEMBER-SYITA’-WINTER-IMTIHAN..

 


Nampak macam kecil je apa yang kita pegang

                      pimpinan

 

TAPI


besar di sisiNya

AMANAH dan TANGGUNGJAWAB tu.....

jangan lekeh2kan
jangan ringan2kan
jangan sia2kan
jangan main2kan
jangan abai2kan

bukan mudah menjadi pimpinan..diri sendiri pun takut2 tak terpimpin,ini nak pimpin orang lain.Kita bukanlah orang yang terHEBAT, terPANDAI,ter KALIBER, terTHIQAH dan ter yang lain.

Tapi sekali2 jangan rasa terbeban,rasa down,hilang semangat, rendah diri, tak layak dan sebagainya sebab

"...AKU mahu menjadikan khalifah di muka bumi..." (Baqarah: 30)

"Dan hendaklah di kalangan kamu satu golongan orang yang MENYERU pada kebajikan..MENYERU pada kebaikan dan MENCEGAH kemungkaran (Ali-Imran :104)

"Kamu UMAT yang TERBAIK yang dilahirkan dalam kalangan manusia......." (Ali-Imran: 110)

Allah,kuatkan kami moga diterima amalan kami di sisiMu..amin

Jawatan wasilah/medium kita menerima tarbiyah dan didikan kan?
beruntunglah kita insyaAllah! ^__^


OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bersyukurlah Allah pilih kita untuk menjadi rantai-rantai perjuangan Baginda.Alhamdulillah..Alhamdulillah..

 

p/s:peringatan lebih2 lagi pada yang menaip dari yang membaca

wallahua'lam

Rabu, November 23, 2011

mesir alyoum

Bismillah..

short post..

1)Alhamdulillah..alhamdulillah..tahun 2 yang bermakna insyaAllah walaupun banyak taklifan untuk tahun ni,harapnya lebih dekat pada DIA.AMIN3 ;)

2)DEGIL..azam baru tahun nie.taknak degil dah *abaikan.

3)Sekarang, mesir makin atau masih kucar-kacir..Al-kisah rakyat dah tak sabar nak pilihanraya. Tapi batu penghalangnya, tentera pulak nak tangguh2kan atas sebab yang tak berapa nak jelas. Jadi bermuhazarat (demo) lah syabab mesir di tahrir dan kawasan yang sama waktu dengannya..

Mungkin jadi lebih teruk dari 25 JANUARI yang dulu.. Allah..doakan yang terbaik. moga cepat2 aman..baru demo di tahrir uni dah ditutup..kelas batal..doktor2 suruh balik rumah cepat2..pekeliling dah dikeluarkan..seniors dah pesan pastikan bekalan makanan ada dan cukup..kena keluarkan duit yang cukup sebab bank banyak dah tutup.

Sama macam januari lepas....

adakah.........


Evakuasi? Nauzubillah tak nak!


p/s: kesian blog ni T.T

Isnin, September 12, 2011

PUASA: antara qadha & sunat

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين.

Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia yang amat digalakkan oleh Islam. Selain puasa fardhu Ramadhan, umat Islam juga boleh melakukan ibadat puasa sunat di luar bulan Ramadhan. Ada puasa sunat yang bersifat mingguan (seperti berpuasa pada hari isnin dan khamis), puasa bulanan (tiga hari dalam sebulan) dan puasa tahunan (hari Arafah, ’Asyura’ dan enam hari dalam bulan Syawal).

Puasa adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah

sallallahu’alaihiwasallam bersabda, Allah subhanahu wata’aala berfirman (dalam hadis Qudsi):

(( كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلا الصِّيَامَ؛ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ... وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ )) رواه مسلم.

Maksudnya: “Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).” (Rasulullah menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.” [Sahih Muslim no: 1151] Selain hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan keutamaan puasa sunat.

Abu Said Al-Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda:

(( مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا )) رواه البخاري.

Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. [Sahih Al-Bukhari no: 2840]

Di antara puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal. Bersempena dengan bulan Syawal ini, artikel ini akan membincangkan tentang puasa sunat ini.

Dalil Puasa Sunat Enam Syawal.

Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda:

(( مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ)) رواه مسلم.

Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164].

Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.

Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.

Hikmah Puasa Sunat Enam Syawal.

Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah swt, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Kerana itulah kata ulama’: “Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadhan, sedangakan pada bulan lain Allah swt dilupai”.

Hukum Puasa Sunat Enam Syawal.

Hukumnya adalah sunat. Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam al-Syafi’e, Imam Ahmad, Daud dan ulama’ yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).

Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh. Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.” [Syarah Sahih Muslim 8/56]

Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal?

Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Hurairah ra berkata:

( أَنَّ رَسُولَ اللهِ r نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ: يَوْمِ الأَضْحَى، وَيَوْمِ الْفِطْرِ ) رواه مسلم.

Maksudnya: “Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil) Adha.” [Sahih Al-Bukhari no: 1991].

Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal?

Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan.

Persoalan yang menjadi perbincangan di kalangan para ulama’ ialah:

1- Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?

Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah saw menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal.

Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah swt:

] وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ [ [آل عمران: 133]

Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Aali Imran:133]

2- Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan.

Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Perbincangan ini menghasilkan dua pendapat.

Pendapat Pertama: Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu 'anhapernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah ra berkata:

( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إِلا فِي شَعْبَانَ. قَالَ يَحْيَى: الشُّغْلُ مِنْ النَّبِيِّ أَوْ بِالنَّبِيِّ r) رواه البخاري

Maksudnya: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw. [Sahih Muslim no: 1146. Sahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah saw” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.]

Para ulama’ yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.

Pendapat Kedua: Tidak boleh melakukannya, berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini. Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”

Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.

Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat); Kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Ini disokong dengan ayat 133 surah Aali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan. Sudah tentu amal yang wajib lebih perlu disegerakan daripada amal yang sunat.

Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aisyah ra.

Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: “Qadha puasa Ramadhan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (’ala at-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila boleh melakukannya”. [Syarah Sahih Muslim 8/22].

قال النووي في شرح مسلم: "وَمَذْهَب مَالِك وَأَبِي حَنِيفَة وَالشَّافِعِيّ وَأَحْمَد وَجَمَاهِير السَّلَف وَالْخَلَف: أَنَّ قَضَاء رَمَضَان فِي حَقّ مَنْ أَفْطَرَ بِعُذْرٍ كَحَيْضٍ وَسَفَرٍ يَجِب عَلَى التَّرَاخِي، وَلا يُشْتَرَط الْمُبَادَرَةُ بِهِ فِي أَوَّل الإِمْكَان."

Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: “Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qadha Ramadhan melakukan puasa sunat”. [Mughni Al-Muhtaj 2/181 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut].

3- Menggabungkan puasa qadha dan puasa enam.

Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?

Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’, sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat.

Ada dikalangan ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Lihat:  Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428, cet, Darul Ma’rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah]

Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: “Jika seseorang berpuasa qadha atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, adakah dia mendapat pahala sunat (Syawal) atau tidak? Saya tidak mendapati pendapat ulama’ yang menyebut tentangnya, dan yang zahirnya adalah dapat pahala tersebut (pahala puasa yang diniatinya). Namun, dia tidak mendapat pahala sebagaimana yang disebut oleh hadis yang menerangkan tentang kelebihan puasa enam tadi, khasnya mereka yang tertinggal puasa Ramadhan kemudian berpuasa pada bulan Syawal. Ini kerana mereka tidak memenuhi maksud hadis tersebut (menyempurnakan puasa Ramadahan kemudian diikuti dengan puasa enam)”. [Mughni Al-Muhtaj 2/184 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut]

Setelah dikaji, pandangan ulama’ yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha dalam bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus melakukan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid). Wallahu a’lam.

Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya. Ini juga lebih berhati-hati (ahwat) dalam ibadat, serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama (aula), kerana ada pendapat ulama’ mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain.

Sebagai kesimpulan, puasa sunat semata-mata kerana Allah (bukan kerana sakit atau ingin berdiet) mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allah swt dan sangat digalakkan oleh Rasulullah saw.

Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Puasa enam hari pada bulan Syawal ini pula thabit dari sunnah Rasulullah saw. Sepatutnyalah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam hari pada bulan Syawal.

Sempurnakan dahulu qadha beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan.

Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib diharapkan Allah swt akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya. Sebagaimana sabda Nabi saw:

(( إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا )) رواه البخاري.

Maksudnya: “Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat” [Sahih Al-Bukhari no. 2834]

Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt ke jalan yang di redhai-Nya serta dapat melaksanakan ibadah puasa enam hari di bulan Syawal ini dengan sempurna. Seterusnya kita dimasukkan ke dalam golongan orang yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Aamin.

وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما إلى يوم الدين.

Akhukum,

Abu Anas Madani, Pondok Sungai Durian.

04 Syawal 1429h- 041008

www.abuanasmadani.com

http://abuanasmadani.blogspot.com/

sumber: Ustaz nazri chik.

Jumaat, Ogos 05, 2011

Aku tak reda

 

 

Bismillahirahmanirrahim…

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah ala kulli hal.

Tanpa disangka.

Tak ada khabar angin.

Angin sepoi-sepoi bahasa pun tak ada.

Tak ada ‘instinct’.

Hari berlalu macam biasa tanpa benda-benda ‘aneh’.

Selamat hantar sahabat-sahabat seperjuangan pulang ke Malaysia. Kata-kata terakhir mereka, “tolong tengokkan result tau.T kte tefon keyh”

Balik rumah. Sesaat lepas tu, “weyyy, mat(bukan nama sebenar) kate da kuar result da kat fb!”

Zap!

Heart rate rapidly increase. Nasib baik tak ada *arrythmias.fuhh~

pucat lesi dah muka. Seram sejuk dah rasa. Allah kuatkan. Rasa macam nak *syncope pulak.

‘tauhid mau kuat’

‘Dah buat yang terbaik,tawakal sungguh2’

Terus terlintas apa yang selalu ayah & mak ulang dari dulu.

Alhamdulillah tenang balik.

Walaupun tangan terketar-ketar nak mencari link result. Sampai laptop pun shaking jugak.

Bila dah buka. Macam biasa carilah num ID. Siap ada nama, markah setiap subjek, pangkat macam mumtaz, jayyid jiddan dll dan pangkat untuk total semua subjek yang 4 tu.

Tergamam sekejap. Yelah pertama kali kan exam dekat uni. Jujurnya, teruja jugaklah. Kagum pun ada. Sebab exam habis 31 Julai, result keluar 3 Ogos. Beza 3 hari jer! Walaupun exam major habis 28 Julai. Kira cepatlah proses markah keluar. Dan ternyata segala kata-kata hikmat dari seniors2 yang superb memang sangat bermakna untuk freshies macam kami ni.heh.

Memang betul kata-kata kakak seusrah, “Kesilapan orang muda sekarang mereka menganggap pengetahuan tu lebih penting dari pengalaman dan kesilapan orang yang lebih tua menganggap engalaman tu lebih penting dari pengetahuan”

Orang muda memang berebut-rebut menuntut ilmu sehinggakan timbul rasa malas nak belajar dari orang yang lebih tua sedangkan belajar dari manusia tu sama penting dengan kita belajar dari buku.

Orang yang lebih tua pula merasakan mereka lebih berilmu dari orang muda sebabkan pengalaman yang lagi banyak dari mereka.

Hakikatnya pengetahuan dan pengalaman tu sama penting.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ok,lari tajuk sikit. Bila ternampak num 5012. Terus rasa nak tutup laptop. Cuak. Kalah masa SPM dulu. Tak boleh jadi. Curiosity dah makin naik bila dengar si A, si B, si C mumtaz la imtiyaz la..Hebakk2..

Dengan lafaz Bismillah, tengoklah satu-satu ikut subjek. Ok Alhamdulillah!! Terima kasih Ya Allah!~ Rasa nak sujud syukur depan laptop tu juga. Sahabat-sahabat lain pun dah turun dari rumah masing-masing muka tak percaya. Ey,orang tak tipu keyh. Bila kawan kata tahniah sebab dapat ******! Oh, baru tahu tak tengok natijah keseluruhan. Lagilah terkejut, dulu  agak kecewa lepas ‘exam’ yang susah. Dah kira-kira markah memang dah tak boleh nak dapat pangkat tu. Tapi Allah Maha Pemberi. Allahu Akbar!

Alhamdulillah ala kulli hal. Allah beri apa yang kita perlu bukan apa yang kita hendak. Allah tahu yang terbaik. Termuhasabah dengan natijah imtihan tu. Aku nak mumtaz juga dalam ‘exam’ Allah. Boleh ke aku ‘perform’ yang terbaik dan dapat mumtaz depan Allah. Rasa jauh lagi nak capai target tu. Allah. ;(.

Kakak yang ku sayangi berpesan,

Muhasabah kejayaan tu dik. Allah tak bagi macam tu jer. Bangunkan Islam dengan kelebihan kita. Majukan ummah dengan apa yang Allah dah bagi.

Kakak yang ku hormati mengingatkan,

Dik,terus mumtaz untuk bantu ummah.Teruskan istiqamah!

Ya Allah, saat hampir kita tewas dengan bisikan syaitan yang tak habis-habis ajak kita berlagak tak tentu arah, Allah hadirkan mereka yang mengingatkan betapa beratnya amanah yang tergalas atas bahu ni.

Tanggungjawab ke atas ilmu yang dipelajari. Amalkan

Tanggungjawab ke atas diri sendiri.Jujur dengan ilmu.

Tanggungjawab ke atas keluarga,masyarakat, ummah, negara, agama.

Ya Rabb kuatkan!

Jazakillah khairan jaza. Terima kasih kepada SEMUA yang mendoakan tak putus-putus. Moga Allah memberi ganjaran yang sebaik-baiknya kepada kalian.

p/s: Patut ke rasa tidak reda sedangkan Allah tahu yang terbaik bagi kita untuk masa lepas, sekarang, dan akan datang. Patut ke ada rasa ‘aku tidak reda’..

Sunnguh aku berlindung dari syaitan yang direjam.Astaghfirullah..al’azim!

Rabu, Ogos 03, 2011

Andai kau tahu

 

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, masih diberi peluang meraikan bulan ‘bonus’ Ramadhan di Ardu Kinanah. Subhanallah! rasa lain daripada biasa ruh Ramadhan kali ni. Bagi yang betul-betul menghayati dan memanfaatkan masa Ramadhan kat sini pasti merasai ‘ruh’nya. Tapi kalau segelintir masih meneruskan aktiviti yang agak membazir masa, mesti menganggap puasa kat sini ‘biasa-biasa’ saja.

Sini Subuhnya lebih kurang 3 lebih. Ye, pukul 3 pagi! Jadi kenalah bangun at least 1 jam lebih awal. Lebih kurang pukul 2 pagi, siap-siap bersihkan diri, qiam, masak-yang-agak-lama.heh. dan sahur.

SAHUR

Perkara yang berkait rapat dengan puasa dan kepentingannya sering dilupakan. Jadi kali ni jom kita singkap kelebihan-kelebihan di sebalik S.A.H.U.R

1) Membezakan dengan ahli kitab.

 “ Perbezaan antara  puasa orang islam dan puasa ahli kitab adalah berSAHUR” (HR MUSLIM)

 

 

sahur

2) Keberkatan puasa.

“Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada berkatnya” (HR BUKHARI & MUSLIM)

Benda yang kita nak sangat dalam setiap perkara yang kita buat mestilah mendapat berkat dari DIA. Cuba bayangkan penat-penat kita siapkan assignment, susah-payah cari rujukan segala bagai, ‘stay up’ tiap-tiap hari, tak keluar rumah, makan pun tak jaga. Tiba-tiba bila hantar terus kena ‘reject’. Apa rasa?

Macam tulah kalau puasa kita, solat kita, muamalah, ibadah kita yang lain tak ada berkatNya.Sia-sia.

Jadi penting kita bersahur kerana ada keberkatan puasa kita di situ!

3) Peluang untuk bangun malam.

Sahur adalah salah satu  waktu yang terbaik untuk kita taqarrub ilaihi.  Antara kesilapan terbesar kita umat islam sekarang ialah bangun untuk bersahur sekadar makan & minum SAHAJA. Sedangkan waktu sahur sangat elok diserikan dengan solat tahajud, taubat dan sebagainya.

Tak pernah buat?

Buatlah sekarang. Bila lagi kita hendak berubah kalau tidak Ramadhan kali ni?

Hendak tunggu esok?

Kalau anda pasti boleh hidup esok. Silalah tangguh sehari baru berubah.

Berubah ke arah kebaikan. Itu bukan HIPOKRIT.

Dan banyak lagi kelebihan sahur. Antaranya secara ringkas sahur membekalkan tenaga untuk kita berpuasa seharian tanpa letih dan penat. InsyaAllah. Cuba buat eksperimen satu hari tanpa bersahur dan satu hari dengan bersahur. Bandingkan macam mana kita dalam seharian berpuasa.

Dan melambatkan sahur itu adalah sunnah Baginda!

 

Andai kau tahu kelebihan bersahur itu, pasti puasamu tidak pernah culas dari bersahur.

 

Moga bermanfaat. Doakan saya thabat dan beramal dengan ilmu di dada ni. AMIN.

Barakallahu fik ;D

Rujukan: Ustaz Zaharuddin.

Selasa, Ogos 02, 2011

Pilihan HATI

Murabbiku bertanya,

Macam mana awak pilih ubat gigi ?

Pasti ada beberapa ciri yang kita nak. Ubat gigi tu mestilah HALAL, sebaik-baiknya produk muslim, rasanya yang segar, kandungannya tiada yang syubhah dan mendapat pengiktirafan dari pihak bertanggungjawab misalnya.

Banyak sangat pilihan di pasaran.Macam mana nak pilih?

Pilihlah yang TERBAIK dari kalangan yang baik mengikut ciri-ciri yang terbaik. Ubat gigi mempunyai matlamat yang sama tapi di pasaran dari sehari ke sahari semakin banyak syarikat memperkenalkan produk ubat gigi dengan formula dan kelebihannya yang bervariasi. Pasti untuk memenuhi permintaan pasaran.

 

                          images (1)

Maka bersainglah sesama syarikat untuk ‘menghangatkan’ pasaran. Masing-masing mengejar keuntungan dengan pelbagai cara. Sehinggakan sanggup menjatuhkan produk lain. Meniru ‘trademark’ produk lain dan sebagainya.

Murabbiku berpesan,

Dalam hidup buatlah apa-apa pilihan berdasarkan ciri-ciri dari Al-Quran dan Sunnah Baginda S.A.W

“Telah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selagi mana berpegang kepadanya iaitu Quran dan Sunnah” [HR Muslim]

Dari sekecil-kecil hinggalah pilihan perkara yang paling besar dalam kehidupan. Dalam segala aspek misalnya pendidikan, ekonomi mahupun siasah.

Bermusafirlah kamu kemana-mana jika dua perkara tu dijadikan panduan, insyaALLAH hidup pasti diiringi keberkatan.

Dalam kehidupan kita, kita pasti berhadapan dengan banyak perkara yang mempunyai matlamat yang sama tapi cara yang digunakan ke arah matlamat itu pasti berbeza antara satu sama lain. Kalau sama pasti tidak wujudlah kepelbagaian.

Kita mesti memilih. Jadi kita runsing untuk membuat pilihan. Resolusinya kembalilah kepada rujukan teragung kita. Pilihlah yang mengikut Quran & Sunnah. Jika masih keliru pilihlah yang TERBAIK daripada yang baik. Pilihlah yang paling dekat dengan ciri-ciri dalam Quran & Sunnah. Kerana kita akan bertanggungjawab dengan apa yang kita pilih. Pasti akan ditanya oleh Pencipta.

Sahabatku mengingatkan,

Berdoalah kepada Allah supaya melapangkan & mencampakkan rasa tenang jika itu adalah pilihan yang terbaik untuk kita. Jika itu bukan yang terbaik, mintaklah kepadaNya moga dicampakkan rasa gelisah dalam hati. Moga tanda itu membantu kita mencapai redaNYA.

p/s: *Kalau tak faham, anda normal.

      * Kalau faham, anda juga seorang yang normal.

Jumaat, Julai 29, 2011

ahlan ya Ramadhan!

Alhamdulillah

Fatrah imtihan sudah melabuhkan tirai walaupun berbaki 2 paper lagi. BI & Human Right jangan ditinggalkan!..

Sedar tak sedar dah habis satu tahun rupanya. Rasa macam baru je disambut senior2 PERUBATAN kat ARMA. Tak lama lagi dapat adik-adik pula. ^^ Cepat masa berlalu macam mana agaknya amalan2 selama setahun ni? Banyak ke sedikit? berkualiti ke tidak? Allah, moga Ramadhan kali ni lebih membawa makna dalam hidup ni.


Alhamdulillah

Ramadhan tiba lagi. Moga dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan yang lagi beberapa hari lagi. Tahun ni Ramadhan mungkin berbeza. Berpuasa di Ardu Kinanah. Pengalaman yang sangat berharga.*Teruja*

Allahuma bariklana fi rejab wa syaban wa balighna fi Ramadhan..amin~



Khamis, Mei 05, 2011

Buku dan exam..

 

Assalamualaikum…

 

Kita dari jadi budak kecil sampai jadi budak dewasa kita membaca kan?

Masa kecil bila ditanya kenapa baca buku?

“Nak masuk sekolah kena pandai baca buku”

Dah besar sikit jawapan pun lebih besar maksudnya “mestilah kena membaca sebab nak pandai”

Bila masuk zaman sekolah menengah semakin matang pula jawapan kita,

“Membaca ni boleh tambah ilmu lepas tu dah faham dapat tambah amal, berkembang sikit fikiran ni takdelah macam katak bawah tempurung je”

“Kalau kita tak membaca kita tak berfikif. Bila tak berfikir kita tak aktifkan neuron-neuron kita. Bila otak dah tak aktif macam mana nak maju?”

KENAPA KENA MEMBACA?

Mudah. Ingat wahyu pertama Baginda S.A.W, surah Al-Alaq (96 : 1-5)

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.

Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah

Bacalah, dan tuhanmulah yang maha Mulia

Yang mengajar manusia dengan pena

Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya

Wahyu pertama Allah dah tekankan tentang membaca. Membaca berkait rapat dengan ilmu. Dengan membaca kita ada ilmu dan dengan ilmu kita boleh beramal dengan sahih.Pentingnya membaca ni  untuk kenal pencipta kita. Membaca untuk cintakan pencipta kita dan penciptaanNya. Membaca salah satu langkah untuk mendapat hidayahNya. Baca manual hidup (Quran) kita, kita akan faham tentang islam. Bila faham dapatlah kita amalkan. Sifir mudah :

BACA + FAHAM = AMAL   =)

Bak pepatah arab yang sangat mahsyur,

“Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah”

Pokok yang tak ada buah tak boleh bagi manfaat  kalau nak dibandingkan dengan pokok yang berbuah. Kalau ada buah bolehlah haiwan ke manusia ambil makan tak pun buat bisnes ke. ^^

Sama macam manusia yang ada ilmu tapi tak buat amal maka tak dapatlah ganjaran dari Allah. Lagi-lagi ilmu yang dah dipelajari memang wajib kita amalkan. Banyak ilmu yang kita belajar (input) tapi jarang-jarang kita nak amalkan (output).

Kita tahu kena tutup aurat dengan sempurna tapi macam-macam alasan kita nak bagi. Panaslaa, malulah, alim sangat, tak up-to-date pulak tu. Astaghfirullah. Minta Allah tak tarik hidayah Dia dari kita. Nauzubillah.

BAHAN BACAAN?

Heh. mestilah yang bermanfaat untuk kita. Membaca ni ibarat macam makan. Kalau kita makan makanan yang berkhasiat kita akan jadi orang yang sihat dari semua segi kalau kita makanan junk food, makanan segera, makanan yang haram lahirlah manusia yang ‘sakit’ dalam dan luar. Sebab tu Allah dah ingatkan pilihlah makanan yang halal lagi berkualiti.

 

Bahan bacaan yang kita pilih mestilah sihat untuk akal kita. Bila akal sihat maka lahirlah manusia yang berkualiti. Sekarang ni umat islam memang ada kuantiti tapi kurang kualiti. Mungkin ada kaitan dengan budaya membaca dalam kalangan kita umat islam sekarang ni. Bukanlah hanya majalah hiburan yang melambak-lambak dijual. Tak payah bagi contoh semua orang memang arif dengan benda ni. =)

Kalau digelar pelajar, jangan ingat buku selain buku teks tu tak penting. Luangkan sikit waktu bukalah buku luar silibus kita. Contoh macam medik, jangan terlalu taksub dengan buku silibus kita sampaikan tak belek pun buku-buku lain contoh macam majalah kesihatan ke surat khabar atau buku-buku agama. Kita bukan nak jadi doktor je tapi doktor yang berpengetahuan luas.

Takdelah kalau nanti dapat pesakit tu pelajar, kita tak boleh nak buat 'small talk' dengan budak tu sebab kita tak tahu nak ambil isu apa. Takkanlah kita nak tanya nama otot kat budak sekolah. Buat kat kawan-kawan kita bolehlah ^.~

                                 cover-solusi-6

Jadi, isilah masa kita dengan membaca. supaya kita dapat menjadi diri kita yang lebih baik, lebih berkualiti. Jadikan firmanNya sebagai penguat kita,

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal.

Iaitu orang yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk atau berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “Ya Tuhan kami tidaklah KAU menciptakan semua ini sia-sia, Maha Suci Engkau lindungilah kami dari azab neraka” (3 : 190-191)

 

 p/s: 1)  Dah hampir fatrah imtihan, doa2kan moga dapat kuatkan diri untuk terus membaca & membaca. Moga MUMTAZ tu untuk kita &  untuk ISLAM! aminn..

2) Jangan malas membaca, umat islam mesti hebat membaca sebab kita umat TERBAIK!

Sabtu, April 23, 2011

self-entry

 

Dedicated to ….

Tapi saat ni tak banyak yang boleh ditolong. Tak tahu macam mana nak ringankan beban.

Dulu zaman sekolah, selalu diuji dengan macam-macam yang tak disangka. Rasa macam tak boleh dah nak buat apa-apa. Dapat satu ayat yang selalu diulang-ulang tiap-tiap hari

ALLAH tidak membebani seseorang dengan sesuatu di luar kemampuannya –2;286-

Maka, ujian tu adalah dalam kemampuan kita. Bila ada dalam kemampuan kita jadi kita boleh dan mampu selesaikannya.

 

                      003o052hhD

 

Apabila diuji maksudnya Allah sayang. Bila kita tahu Allah sayang mestilah bahagia sebab bukan siapa-siapa sayang kita. Pencipta kita! Alhamdulillah~

Ye, kita manusia. Memang bila senang kita suka tapi bila payah sikit susah nak terima. Ingatkan pada nafsi

“Apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan sahaja hanya dengan mengatakan ‘aku sudah beriman; sedangkan tidak diuji?” –29:2-

Ujian tu kayu pengukur iman kita. Moga dengan ujian tu meningkatkan iman bukan menjatuhkan lagi iman kita.

Dengan ujianlah kita matang. Kita kan syabab. Syabab ISLAM. Syabab yang satu masa nanti mampu mengubah dunia. Ish, cakap jer lebat tapi suatu hari nanti betul-betul terjadi kita mampu menguasai dunia reda ke kita kalau kita syabab yang tak termasuk dalam usaha ke arah tu?

 

                            4523109168_e9c5be0098_o

At last, biitaufiq wannajah! =)

                                 DSC00374

                                                  hehee~

vision?

Alhamdulillah masih bernafas..
Masih diberi nikmat Iman dan ISLAM..
Masih diberi peluang untuk berpijak di atas muka bumi penuh barakah
ALHAMDULILLAH.

Sheikh Yusof Al-Qardawi ada berpesan, setiap inci tanah di atas muka bumi ni sangat subur. Sangat subur untuk menanam benih-benih syurga.

Subhanallah, selama ni tak sedar peluang untuk ke syurga tu bukan depan mata je tapi setiap masa, kat mana-mana pun boleh!~
Bila tak sedar, mulalah lagha sana sini situ. Chattingla, FBing, BLOGging la..tak salah nak buat tapi berpada-padalah. Jangan sampai awlawiyat kita (belajar) tu dianaktirikan.

Astagfirullah..lemahnya..Ya Rabb,kuatkan kami!

Masa sangat mencemburui manusia. Sangat kejam. Tak pernah nak beri peluang untuk kita betulkan kesilapan lepas. Tapi itulah terbaik. Mungkin kalau kita tak buat kesilapan yang lepas-lepas tu, kita tak jadi kita sekarang. Kita tak berada di tempat yang kita belajar sekarang. Kita tak jadi orang yang lebih baik. Sebab kita manusia tend to ambil ibrah, pengajaran dari kesilapan. Lagi banyak buat silap lagi banyak kita belajar dan lagi berhati-hati dalam amal kita.

Exam booster

Kita belajar sungguh-sungguh, tapi kita lupa.
Hari ni kita faham, esok dah tak ingat.
Kita baca buku,highlight segala benda tapi depan kertas 'blank'
Kita duk hafal setiap patah kata, bila ditanya...kosong!

kenapa?

Lupa tu satu nikmat supaya kita sentiasa ulang dan ulang dan ulang. Pengulangan tu memang sangat penting untuk MENGINGAT.
point 1 : Jangan MALAS nak mengulang

kita faham tapi tak keep in long memory.Macam mana?
MENGULANG, MIND MAP, ETC

Paling menakutkan bila kita belajar hingga 'tepu' tapi bila masa nak keluarkan terus tak boleh jawab. Jawapan semua ada dalam otak tapi tak boleh tulis, tak boleh suarakan, tak boleh jawab apabila disoal. Nauzubillah..

Point 2: Belajar untuk extract apa yang kita belajar. By lisan sangat penting. Berlatih supaya tak kaku masa periksa lisan. Untuk jangka masa panjang pun penting untuk ada komunikasi skill ni..

Pesanan macam pakar motivasi pula. Tips di atas di beri oleh seniors. Jazakumullah khairan kathira.


p/s: Mencari vision dalam hidup ^.^

sirru ala barakatillah

Rabu, April 06, 2011

^.^

Bismillah

Short post due tu muscle fatigue, lack of ATP in the muscle, lack of calcium( no!)
so neuron can't send impulse to brain efficiently. Near to narcolepsy? nauzubillah

p/s: narcolepsy= feel tired, exhausted during unusual time such as eating and walking.




Okay.Alhamdulillah dah masuk APRIL. midterm result sudah, reunion sudah, tuisyen sudah, prank sc sudah. Alhamdulillah dipermudahkan..tak tahu kenapa sindrom mengantuk sangat membara naik sem ni =( Ya Allah kuatkan!!


Transisi kepimpinan PERUBATAN. dah bertukar saf umara baru. Mabruk alaikum. Semoga tiga niche area AKADEMIK, KEBAJIKAN , KESATUAN dapat dicapai.amin~







Selasa, Mac 22, 2011

TERIMA KASIH..

 

Dalam seharian hidup kita, memang tak terlepas daripada pertolongan orang. Ada kawan yang tolong dalam pelajaran, ada adik-beradik yang bantu dalam hal-hal kewangan atau senior-senior yang sentiasa menghulurkan bantuan dan ada saudara seislam yang sentiasa mendoakan kita. Kita tak sedar atau kurang sedar pada orang-orang sekeliling yang banyak berjasa dalam hidup kita.

Kita ingat kejayaan kita sekarang sebab musababnya atas usaha kita. Tapi kita tak cakna yang kita ada kawan-kawan yang motivated kita, ada senior2 yang membantu, ada cikgu-cikgu yang mengajar kita, ada keluarga yang menasihati & mendoakan kita. Alhamdulillah , syukur pada Allah yang menciptakan kita.

Oleh sebab terlalu banyakkkk nikmat yang diberi  kita lalai, leka, lupa, alpa dan sebagainya untuk mengekspresikan penghargaan. Walaupun pertolongan yang diberi tu tidaklah sebesar mana dan tidak sehebat mana namun sekurang-kurangnya kita patut menghargainya  dengan mengucapkan TERIMA KASIH. Kalau penghargaan kepada  manusia pun kita susah untuk menghargai apatah lagi nak menghargai pemberi kepada segala nikmat yang ada atas bumi ni.

Manusia memang sifatnya lupa. Bila nikmat tu sedang dinikmati memang susah nak dihargai. Bila nikmat tu hilang tak kiralah sementara atau kekal baru kita sedar betapa berharganya nilai nikmat tu. Mulalah kita rasa kesal dengan apa yang kita dah lakukan. Belajar dari kesilapan. Sentiasa menghargai apa yang kita ada sekarang. Jangan sentiasa menghitung nikmat yang kita tak peroleh tapi sentiasalah bersyukur dengan nikmat yang kita sedang kecapi.

Ya Rabb, jadikan aku hambaMu yang sentiasa bersyukur atas setiap nikmat yang Kau berikan dan jauhkan aku dari sifat kufur nikmat.Aminn..

Doa yang selalu ustaz sebut-sebut satu masa dulu.

Di kesempatan ini, TERIMA KASIH

-pada kawan2, teman2, sahabat2 dari kecil hingga sekarang yang sudi berkongsi kasih-sayang dan menerima seadanya. Sungguh kawan-kawan tu satu nikmat yang terlalu manis ^^

-pada akak-akak, adik-adik yang dikasihi yang tak jemu menghulurkan bantuan, berkongsi cerita & pengalaman. Mendidik dan mentarbiyah supaya menjadi lebih baik dari sehari ke sehari. Moga hati kita semua diikat atas satu akidah. =)

-pada cikgu2,doktor2 yang tak jemu mendidik, memberi, ilmu yang berguna. TERIMA KASIH atas segala kenangan yang sangat istimewa ^_^

-pada makayah yang melahirkan, menjaga, mengajar, mengambil berat, berada di sisi ketika senang dan susah, mendoakan setiap masa, berkongsi segalanya, menerima seadanya dan banyak lagi (homesick pulak). TERIMA KASIH!

-Dan, TERIMA KASIH waALHAMDULILLAH syukur pada ALLAH yang memberikan nikmat bersaudara, rasa kasih sayang dalam diri hamba-hambaNya supaya terjalin ukhwah dan mahabbah dan supaya kita mencintai DIA & RASULNYA lebih dari yang lain.

images

p/s: Belajar untuk berterima kasih mula dari hari ini untuk jadi HAMBA yang BERSYUKUR! ^.~ 

 

Khamis, Mac 03, 2011

Here I come!~



~Kuliyah tibb Ainshams uni~








~doctorss terBAEK!~







~kelas y unik, mengimbau memori sek ren. papan hijau + kapur!~





~Masjid NUR a.k.a masjid KCB.~ (senior bagitahu tempat KCB berlakon ^^)






~Praktikal tasyrih (anatomy). rindu skeleton!~





~pandangan dari lecture hall~ *tinggi kan?*








~ The best pencuci mulut! malabiah, ruz bilaban, *lg 1 tak tau =p~


p/s:Egypt,Abbasiyah, ASU here i come!

Isnin, Februari 28, 2011

lesen kena gantung!

Assalamualaikum...


*waalaikumussalam.. =p



Sejak mendarat ke Tanah Melayu ni tak pernah sesekali bawa kereta. Eleh, lepas lulus hari tu pun tak pernah bawa sampai luar kampung. Haahla, kesian betul. Bila pujuk-pujuk ayah, ayah jawab "takpelah, ayah bawa". Tak pun "dah lama tak bawa tu kena practise balik". Sebagai anak yang taat lagi baik =p akur sajalah. Ada hikmahnya tu.


Ye. Memang ada hikmahnya. BESAR hikmahnya.

MALANG TIDAK BERBAU

Tuah pun tak berbau juga kan? macam winter break di Malaysia ni.^^

Mula-mula dikejutkan dengan berita kemalangan seniors kat Pahang. Gulp! laluan biasa kalau nak pergi UIA Kuantan. Istigfar dalam hati. Terdetik rasa syukur selama ni perjalanan dipermudahkan. Alhamdulillah. Akak-akak pun dah beransur-ansur sembuh. Alhamdulillah. Bagai mati hidup semula bak kata kawan seniors.


Satu malam baru-baru ni, dalam perjalanan ziarah Toklang di Merlimau nampak sesak kat tepi jalan kampung. Ingatkan nak buat gathering tepi jalan rupa-rupanya ada kemalangan. Sebab malam, lampu pun ala-ala romantik je tak jelas sangat keadaan masa tu. Nampak ada seorang lelaki terbaring tak bergerak. Ada seorang pak haji ni tepuk-tepuk belakang dia. Maksudnya dia masih hidup cuma beliau dalam keadaan parah. Tiba-tiba terfikir kalau masa tu dah bergelar doktor, mesti kita kena tengok keadaan beliau kan?


Dekat satu simpang ke sekolah mak, lebih dikenali 'simpang maut' ada satu lori BESAR berhenti tanpa sebab. Tengah-tengah jalan pula tu. 'Ada kemalangan', kata ayah. Lepas tu nampak motor. Komponen motor. Maksudnya....motor tu berkecai!. Hancur dah tak nampak gaya motor dah. Tapi tak nampak pula orang terbaring ke apa. Petang tu emak bual-bual dengan kawan pasal kemalangan tu, katanya mangsa naik motor tu budak sekolah menengah. Patah kaki. Kritikal. Innalillah =(

Simpang tu juga abang ipar kemalangan. Kereta abang ipar kena rempuh dari depan. Alhamdulillah tak cedera. Tak dapat abang ipar pergi kuliah. Sebab kena rempuh atas kesalahan yang memang pemandu tu (perempuan) tak patut buat. Pemandu-pemandu sekalian, yang ada anak-anak kecil janganlah sesekali letak permata-permata anda tu kat seat driver. Sekali tangan mereka pun nak merasa pusing stereng. Akibatnya kalau tak kena pada diri sendiri boleh mudarat pada orang lain!.


The latest... plat motor ayah selamat dipecahkan secara tak sengaja. Depan ayah pula tu. Nasib baik ayah tak cakap apa-apa. fuhh~. Tapi setiap kali nak naik motor ayah mesti pesan, "Jalan kampung jer. Jangan lalu jalan luar"..Baik3! Inilah padahnya dah lama tak bawa motor pnya pasal..adehh..




Sabar ye wira~



Hari ini, kesedaran tu datang. Ada lesen bukan bermakna suka-suki jer boleh bawa. Banyak yang kena difikirkan. Apa yang dilarang mak & ayah mesti ada sebab. Fikiran anak-anak kadang-kadang tak boleh menjangkau fikiran orang tua. Mungkin kita boleh lihat sejauh 2-3 hari tapi fikiran mereka menjangkau beberapa bulan.



Macam tu juga dengan larangan Allah dalam islam. Ada larangan yang kita rasakan tak berapa rasional tapi tentulah itu yang terbaik untuk kita. Jangan jadi rebellious before kita tahu sebab di sebalik setiap larangan tu. Timbulkan sebanyak persoalan supaya kita boleh belajar melaluinya. Contoh kenapa Islam haramkan Khinzir, arak, zina & perkara yang mendekatinya? Jadilah muslim yang mengamalkan islam dengan ilmu bukan muslim yang kencang amalannya tapi tiada ilmu.








Saya muslim terBAEK!

Ahad, Februari 27, 2011

Jom kahwin!

Alhamdulillah...


Kelmarin 26 Februari tarikh keramat kerana ....

penamaan calon di Merlimau..

eh,silap channel.

Pak Lang Auzani selamat ditunangkan ! alhamdulillah. Bakal maklang Hajar cantik =) promote pula. Mak kata jumpa atas kapal..waaaaaaa..cam cerita Titanic je.
Bukan.Bukan. paklang kerja atas kapal di Lumut. Maklang sekali la. That's why nampak bakal maklang macam tu. Hebatla.

Pagi-pagi lagi dah bertolak ke Teras Jernang, Bangi jumpa paklong Faisal & co.
Sampai-sampai, lepas salam-salam sedara-mara dari Perlis terus diaju soalan yang ber'das-das'

Toksu: Macam mana okay ka?
okey je toksu.Alhamdulillah.

Paklong: dekat tak dengan rusuhan? berapa radius cairo tu?
jauh juga.Ermmmm...sudah memang gaya engineer bridge ni accurate habis! ingatkan tanya besar ke tak cairo tu. Ini radius bandar yang ditanya.fuhh. Pandang ayah bagi sign 'macam mana nak jawab?"..Ayah senyum kemudian ayah jawab lebih kurang dari sini ke sanalaa..Nasib baik =.=


Toksu: makanan cukup?
Lebih dari cukup..mahal sedikit kut.

Paklong: Balik bila hang ni? da agak da soalan ni
InsyaAllah dalam pertengahan Mac.


Ayah mencelah, Dulu semua connection takda. Call dia tak dapat. Bila dapat pula tiba2 pak arab pula angkat.Berderau darah mi. Kenapala fon anak aku kat pak arab ni. Lepas dah dapat tu barulah lega sikit..

Laaaa...awat ayah tak habaq awal2..patutlah hari tu ayah tanya kenapa pak arab yang angkat.

Lepas borak punya borak, kami pun berkonvoi ke sngai Besi. Yang seronoknya ramai pula join konvoi ni. Ketuanya mestilah paklong & keluarga



Ini Atiqah..Atiqah jr =)..mulut ada emas. Punyalah susah nak bercakap. Bila tanya, dia pandang jer. Tapi bila sekali dia dah bercakap kalah dj radio tau.hehee~








Ini pula adik dia, Alia. Comel, cute, manja. Baru nak masuk setahun. Bila menangis cepat-cepatlah cari ummi dia. Pecah speaker!




Kacak kan? aha..namanya Muhammad Darwish. Anak paklang. Aktif, hyperactive. lincah, petah macam pendebat, bijak, dan semestinya NAKAL. Tapi dia takut dengan papa. Setiap kali buat kerja 'nakal' tu mesti papa dia panggil, 'Mohammad Darwishhh'. Terus dia tak buat dah. Lepas beberapa saat tu buat balik lah =.=





Si comel ni namanya Dahlia. Nama lain dia tak ingat pula. Canggih sangat ;)
Adik Darwish. Suka berlari-larian dengan abang dia. Kira kamceng juga. Suka tersenyum. Kawaiiiii!



Ini pula adik mereka. Muhammad Khalif. *tak pasti ejaan*. slow & steady. Tak takut orang tapi pemalu. Bakal mencontohi perangai abang dia.hehe~


Ramai rupanya sepupu cilik ..Nanti dua tiga tahun masing-masing dah besar boleh buat team bola sepak dengan anak buah diaorang dari Melaka pula :



Muhammad Umar bin Sofian. Esok genap 4 bulan. Peramah & mudah senyum. Paling mahal lesung pipit Umar! hensem~ bakal tergugat Darwish nanti. Sangat bulat sampaikan walid dia panggil budak debot. 'Habislah melekat nama debot sampai besar nanti' nenek kata.
Umar ni pula ada favism a.k.a G6PD. Kesian pula kecik2 dah ada penyakit.





Sepupu Umar paling dekat. Beza 1 minggu. Sepupu ye bukan kembar mahupun adik beradik Umar. Khaulah binti Ahmad Kamal Ariffin. *nama abi panjangggg*.
Khaulah ni boleh dapat award paling murah senyuman. Senyum je memanjang. Kecualilah kalau nak susu & nak tidur. Berkerut-kerut nak ummi & abi dia. Nama pun perempuan kalau nak pujuk dia bawalah pergi depan cermin, sure dia senyum balik. ;D


Nanti dah balik sana, tak dapat tengok 'live' aksi-aksi anak2 buah ni. *tacing*
Moga-moga membesarlah menjadi seseorang yang hebat untuk ISLAM.
Nak membesar untuk jadi yang HEBAT, kena banyak Sabar. Mencabar juga nak jaga budak kecil ni.ehe~ Test powerla dulu kan.Practise makes perfect. ^.^




selamat bertunang paklang!

Ahad, Februari 13, 2011

Hectic!

Assalamualaikum..

=)

^_^

;)


Happy?


Mestilah! kali ni update blog dekat malaysia! *teruja lebih*



Alhamdulillah ala kulli hal DIA panjangkan umur sampai saat ini untuk bagi peluang & ruang supaya kita jadi hambaNya yang terBAEK.

Recently, semua orang concern tentang 1 negara yang sebelum ni jaranggggg disebut-sebut. Yup mestilah REPUBLIK ARAB MESIR. (kampung kedua!) Siapa yang tak tahu revolusi Mesir adalah rentetan dari revolusi Tunisia untuk menggulingkan pemimpin yang korupsi. Mungkinkah Malaysia suatu hari berpotensi juga mencontohi Tunisia & Mesir? Tepuk dada tanya iman ye.

Ok ceritanya bermula begini~


26 Jan 2011


Mid term tamat dengan jayanya-ada markah pula tu..fuhh~
Cadangnya nak ke TAHRIR (tempat rusuhan) ambil visa. Sekali kena batalkan bila kawan bagitahu ada rusuhan. Ingatkan biasa2 je. Cool lagi kiteorg.
http://www.blogger.com/img/blank.gif


28 Jan 2011


Kemuncaknya lepas solat jumaat. Dengar bising2 depan masjid. Biasalah tu kan nama pun arab. Tapi2 lain macam sangat bisingnya. Usha2 rupanya mereka buat demonstrasi. Ramainya Masya Allah tak boleh nak bilang (memangla kan). Lama juga sampai ke malam. Penonton (kiteorang) pun dah penat tengok.


Dan hari-hari seterusnya keadaan makin teruk. Connection kena sekat. harga barang naiknaiknaik! perintah berkurung. Masa ni memang Hanya Allah yang tahu.


One day, dapat arahan suruh pindah DMAK. Maka dengan bermalas-malasan untuk tinggalkan rumah tercinta kiteorang pun siap2lah pagi tu juga dengan penuh kelam-kabut. Biasalah perempuan. Kalut sikit.
Sampai DMAK jumpa dengan kawan2 sayyidah. Lega tengok dieorang takdelah trauma sangat walaupun demo kat imarah sana lagi hebat sampai kena pemedih mata. Kesian. Kagum juga korang2 memang kuat ;)



Then, hari tu juga DMAK dipenuhi dengan studentsss. Semuanya diarahkan berpindah. Memang penuh sangat-sangatlah DMAK tu. Walaupun dalam beberapa hari tu tidaklah seselesa mana tapi saat-saat tu memang satu tarbiyah yang baik.


Masa tulah nak eratkan ukhwah dengan sahabat-sahabat uni lain..
Masa tulah nak kenal-kenal dengan seniors yang hebat-hebat belaka..
Masa tulah belajar hidup berkongsi. Everything yang ada semua di'share'. Sweeeettt!
Masa tulah hidup susah sama-sama.
Masa tulah sedar erti hidup dalam kekurangan, kelaparan (mungkin), ketakutan, kebimbangan dll.
Masa tulah banyak masa tak dibazirkan depan fb.ehe



Personally, Alhamdulillah syukur sebab disenaraikan sebagai salah seorang yang beruntung diuji dengan ujianNya walaupun hakikatnya tidaklah sehebat saudara-saudara kita kat Palestin, Afghanistan sana. Tapi sekurang-kurangnya kita dapat ambil sesuatu yang bernilai dengan sekelumit ujian ni kan?



One more thing, satu benda yang dapat dilihat kan bila kita berSATU semuanya mudah. Pengurusan berjalan dengan lancar tanpa banyak masalah bila semua bagi kerjasama. Salute pada seniors yang menjadi pemudah cara yang profesional, bekerja di bawah tekanan, dihidangkan dengan pelbagai masalah, dihantui dengan masa yang suntuk. Pengorbanan yang amat tinggi sampai tak tidur malam pun! Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan mereka!.

The point is dari cerita yang berjela-jela(? )sesuatu perkara yang sukar jadi senang kalau kita semua ada sikap kerjasama. Kalaulah kesatuan tu kekal waktu susah & senang.Waaa bahagia!
*Tiba-tiba teringat lagu UiTM, "bersatu kita warga..........."


Sebelum terlupa, based on our observation demo ni majoriti digerakkan oleh PEMUDA, GOLONGAN PROFESIONAL tanpa mengira umur, agama dan parti. Manalah tahu doktor2 Ain Shams tu penggerak utama dekat Abbasiyah.. =p


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ok dah kut setakat ni. Take a break. Cerita Jeddah next time pula ye. Jetlag tak habis lagi.uhu.



p/s: Nak sambung kuliah balik!

Khamis, Januari 27, 2011

It's over

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...

Mid term dah pergi! Rezultnya serah pada Allah bulat-bulat. Moga semuanya dapat yang terbaik.

Dalam tempoh exam ni ada macam-macam rasa..rasa pahit, manis, masam-masam manis pun ada.Stress? Hmm adala sikit kot sampai keluar perangai 'gila' masing-masing. Stress bila makan malam ramai- ramai guna tulang ayam dalam talam tu untuk revise bone =p
Stress bila gurau-gurau dengan kawan guna mechanism physio.. ^^
Stress bila kaitkan segala macam makanan kat dapur dengan biochem..;)
memang MUMTAZ lah..amiinn

p/s:stress bukan merujuk pada tekanan berlebihan.



Dan..
Bila exam pergi cuti pula datang, WINTER BREAK!! ^.^

TAPI-TAPI

nak ingatkan kat tuan empunya blog *sila terasa tqa* pesanan kakak yang dihormati

Kalau nak tengok movie BOLEH tapi JANGAN terlalu OBSES sangat(takpe kak saya tak ketagih movie)
membuang masa, setuju?


Baca buku selain buku medik e.g: buku luar silibus yang boleh bagi manfaatlah yang pastinya.

Sibukkan diri dengan perkara bermanfaat macam ziarah kawan ke belajar masak ke (haahla!) tak pun berblogging..hee~

Kalau tak ada plan sangat datanglah PWTC nanti! (sempat lagi promote)

Pengajaran dari exam kali ni:
1) Orang kata exam ainshams susah. Dan saya setuju dengan anda!(esp Biochem..fuh)

2)Kena sentiasa betulkan niat masa baca buku. Jangan sebab exam jer

3)Dekat sini, jangan mengharapkan suasana exam senyap sunyi sampai dengar bunyi kipas jer. Bersedialah ber 'exam' dalam keadaan hiruk-pikuk macam dekat pasar bila gaduh dengan ammu minta 'deal' harga.

4)Exam komputer lebih menyeramkan! sebabnya boleh tahu markah lepas jawab.haha


5) Nak ketenangan masa periksa bukan diukur dengan kesempatan kita habiskan silibus SAHAJA tapi ditambah dengan doa dan diadun dengan tawakal pada Allah..baru cantik kan?


Bittaufiq wannajah semua!

p/s: Akak2, nak pinjam umar & khaulah boleh? ~.~


Jumaat, Januari 14, 2011

pencerahan~~

Bismillah...


Pertama-tamanya tulisan ini hanya untuk perkongsian supaya sama-sama kita berfikir dan zikir kembali tentang nasib yang berlaku sekarang.


Saya hanya seorang remaja biasa yang bakal berumur 19 tahun beberapa bulan lagi. Saya masih pelajar dan masih bawah umur untuk mengundi. Saya berani katakan saya seorang penyibuk, busy body, suka jaga tepi kain orang. Ya, saya mengaku saya seperti di atas kerana saya suka ambil tahu hal-hal saudara seislam saya. Saya bukan jenis orang yang tak kisah orang lain. Saya ada rasa ingin tahu perkembangan semasa di sekeliling saya mahpun di Negara saya. Kerana saya ingat sabda Baginda,


“Tidak sempurna iman seseorang selagi mana dia tidak mencintai sadaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.”



Saya mencintai saudara saya oleh itu saya kisah dengan apa yang berlaku dengan mereka samada ada kaitan atau tidak ada kaitan dalam hidup saya. Saya seorang remaja, jadi mungkin pemikiran saya tak sejauh mana, pandangan dan lontaran saya tak sematang umur saya. Cuma saya buat apa yang saya faham.


Kita tahu masalah yang berlaku sekarang. Saya ada beberapa soalan untk kita fikirkan bersama-sama.


Apakah keperluan untuk kita tubuhkan organisasi baru sedangkan organisasi sedia ada masih teguh?

Dan kenapa organisasi baru ditubuhkan tanpa penjelasan yang meyakinkan dari pihak bertanggungjawab?


Apa yang dapat saya lihat kita tiada masalah dengan organisasi yang sedia ada. Kebajikan, pendidikan dan hal-hal lain terjaga. Segala urusan berjalan dalam keadaan baik. Mungkin itu hanyalah pendapat saya tapi saya tidak dengar masalah2 yang berbangkit antara ahli dan organisasi.


Tapi tiba-tiba saya dan yang lain dikejutkan dengan berita penubuhan organisasi baru untuk menggantikan yang lama atas alasan yang lama tidak diiktiraf. Bangkit suara-suara dari kalangan kita untuk mempertahankan yang sedia ada. Kerana bukankah dengan penubuhan yang baru akan membawa perpecahan antara kita? Perpecahan itu menyebabkan kita lagi lemah. Sudahlah kita umat islam ni lemah tak kan kita nak lemahkan lagi kesatuan kita dengan wujudkan lebih banyak perpecahan antara kita?
Apa yang saya belajar dari sejarah islam. Rasulullah yang menjadi pemimpin Madinah dulu menyatukan Muhajirin dan Ansar untuk mendapatkan kerjasama dan kebersamaan. Kesannya Islam menjadi kuat walaupun bilangannya sedikit tapi kesatuan dari mereka yang sedikit itulah menyebabkan syiar islam tersebar hingga sekarang!


Saya masih ingat kisah Sultan Al-Fateh sebaik-baik pemimpin dan beliau mempunyai askar-askar yang merupakan sebaik-baik tentera. Bagaimana kesatuan mereka Berjaya membuka kota konstantinopel. Jika tiada kesatuan yang kuat maka tiadalah dalam sejarah tentang kehebatan mereka.



Saya berfikir satu situasi, katakanlah kita dalam peperangan kita bertempur dengan pihak musuh. Kita dapati dalam kalangan kita ada yang tidak cukup cirri untuk menyertai peperangan. Hal ini tersebar dan ada sebahagian dari kita berasa tidak puas hati lalu meninggalkan kumpulan kita. Sekarang kita sendiri sudah wujud dua kumpulan yang berselisih. Jadi bagaimana kita dapat mencapai kemenangan terhadap musuh? Pasti pihak musuh senyum sinis melihat kita semakin berpecah sedangkan mereka berusaha membina kesatan antara mereka untuk mengalahkan kita. Sekarang kita atau mereka yang ikut Quran & sunnah Baginda?



Dalam pilihanraya misalnya (walaupun saya bukanlah yang arif tentang ini).umat islam berpecah kepada dua atau tiga kumpulan. Hasil undian pihak lawan mendapat 4 dan kumpulan islam yang berpecah masing-masing mendapat 2,1 dan 3. Maka yang menangnya tentulah pihak musuh. Kalaulah disatukan kumplan-kumpulan itu pasti kita mampu mengalahkan musuh. Alangkah ruginya kerana kita berpecah kita telah memberi laluan kepada musuh untuk berkuasa. Jadi mana yang penting, bersatu atau terus dengan ego masing-masing?



Fikirlah bersama-sama kita umat islam sekarang ada matlamat yang sama iaitu menguasai dunia supaya syiar islam tersebar. Lupakah kita bahawa ISLAM pernah memayungi sehingga 2/3 dunia! Betapa pentingnya peranan kita yang kecil ini untuk bersatu bukannya berpecah, berpecah dan terus berpecah. Teringat saya kata Saidina Ali,” kebatilan yang tersusun mampu menjatuhkan kebenaran yang tidak tersusun.” Maka, disitulah perlunya kita BERSATU!



Ingin saya bertanya apakah asas penubuhan organisasi baru? Adakah kerana kepentingan individu atau kerana keuntungan peribadi, publisiti murahan, ataupun atas dasar ISLAM? Jika atas dasar islam saya fikir sangatlah tidak berasas untuk mempelbagaikan organisasi kita. Andai organisasi lama itu bermasalah, bukankah lebih baik kita mengambil langkah untuk menyelesaikan kekurangan yang ada dan bukannya mengambil tindakan dengan menubuhkan yang baru?


Ingat, panduan kita adalah Quran & sunnah. Allah mengingatkan kita dalam surah Saff ayat 4:


“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur mereka seakan-akan seperti 1 bangunan yang kukuh.”



Sahabat-sahabat saya yang disayangi, Saidina Ali pernah berkata,” lihatlah remaja zaman ini jika ingin melihat masa depan Negara.” Saya amat terkesan kerana saya adalah remaja. Saya, kamu dan kita adalah remaja maka sikap kita adalah pantulan kepada masa depan Negara. Jika kita berpecah sekarang bagaimana agaknya masa depan Negara?



Persoalan saya belum selesai. Adakah perkara yang diikitiraf itu sentiasa betul dan yang tidak diiktiraf itu sentiasa salah? Adakah kita mahasiswa langsung tidak ada hak untuk bersuara? Adakah kita mahasiswa tidak mempunyai ruang dan peluang untuk menyampaikan pendirian kepada pemimpin?



Pandangan saya, yang diiktiraf tidak semestinya benar dan yang tidak diiktiraf itu tidak semestinya salah. Itu hanyalah pandangan manusia yang tidak sempurna.Jadi pentingnya kita berfikir dan faham sebelum kita memilih yang terbaik. Ya, kita perlu memilih antara dua organisasi dan jadikan batu asas pemilihan kita adalah islam. Menjadi amanah pada kita untuk memilih kerana pilihan kita akan ditanya oleh Allah. Adakah kita bersatu kepada organisasi yang dasarnya ISLAM atau bersatu kepada organisasi yang melambatkan pergerakan syiar islam?


Pilihlah sebaik-baik pilihan sahabat-sahabat kerana Allah berfirman dalam surah Zalzalah ayat7-8:

“Maka barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah nescaya dia akan melihat balasannya dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah nescaya dia akan melihat balasannya.”


Saya masih ingat ketika saya belajar dulu. Ketika mana perang Khandak berlaku dan Baginda meminta pandangan untuk penyelesaian dari para sahabat. Akhirnya Baginda bersetuju dengan pandangan Salman Al-Farisi. Tahukah Salman Al-Farisi itu bukanlah saudagar kaya, bukanlah golongan bangsawan juga bukan pemimpin. Tapi ketika itu beliau hanya seorang yang biasa yang diilhamkan Allah idea yang hebat sehingga Baginda bersetuju dengannya.



Sungguh Baginda adalah insan contoh jadi bukankah pemimpin sekarang perlu mengikuti Baginda? Jadi dimana letaknya suara dan hak kami? Saya bukan me’nembak’ sesiapa Cuma membuat lontaran persoalan dari saya yang ingin tahu. Saya tegaskan sekali lagi saya hanyalah remaja yang penuh tanda tanya, dan semestinya saya seorang yang menjaga tepi kain saudara saya tambah-tambah lagi saudara seislam saya.



Secara peribadi saya memilih mengikut apa yang saya tahu dan apa yang saya faham. Saya memilih yang terbaik atas dasar islam bukan hanya terbaik atas dasar lain. Jadi saya mencari, mempelajari, memahami dan membandingkan apa yang saya tahu. Sebab saya tahu saya bertanggungjawab dengan pilihan saya bukan di dunia saja tapi juga di sana. Dan saya sangatlah tidak menggemari sesuatu yang membawa kepada perpecahan dalam kalangan kita.


Maaf andai saya terkeluar bahasa negeri yang memang saya tahu agak kasar. Itu kelemahan saya yang saya berusaha ubah. Saya hanya ingin meluahkan apa yang saya rasa kepada sahabat-sahabat supaya kita berFIKIR. Moga tulisan ini mendatangkan kebaikan kepada saya dan yang lain.
Wallahua’lam..

Sabtu, Januari 01, 2011

BEKU~

Assalamualaikum....


salam winter (tetibe jer)

Yup..blog ni akan dibekukan sementara atas kesedaran nak EXAM..
fb juga.jangan lupa tu



Wahai bloggers yang budiman.
.JOM alihkan fokus sekejap ke arah buku-buku yang bertimbun ala-ala gunung SINAI ^^



Dan..


Bittaufiq wannajah semua!!

N.B: Kejar mumtaz imtihan jangan tinggal plak perkara yang hak.. :)