Sabtu, Februari 27, 2010

~Takdirku seadanya..~

kawan 1:Wey..pehal tangan anti basah gle ni?
ana:err..x tau.bese je.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kawan 2: *sambil lap tangan dia di bajuku* eee..lencun tangan anti!
ana:kalu ye pun lap kat baju sendiri r.bukan najis pun.haha
kawan 2:peluh sendiri lap kat tuan punya la!.. hehe
ana: peluh? *sejak bila aku peluh dalam bilik air-cond ni* huh

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ketibaan menteri pelajaran Thailand dan pengetua sekolah sana.
Di dewan makan.
Ana: asal nak pegang mangkuk ni macam nak jatuh je..haih. dahla cuak nak serve vvip ne..hmm
kawan 3: eyt,jangan lupa lap dulu tangan anti ek..keh2..
Ana: yela yela..nak nahas salam dengan vvip tangan macam ni.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dalam dorm.sambil stadi *melepak je sebenarnya*
Ana:weyhh..asal ek tangan ni basah je...makin lap makin basah..tengok tangan korang ok je.
kawan 4:huh? ko macam die la tangan sentiasa basah je.tapi ko nyer paling basah r dari dia.Nak salam pun geli.
Ana: tau.ana segan gak la kalau nak salam ngan orang.kalau ngan kawan takpe la sangat boleh lap balik kat dia.Tapi ngan cikgu, tetamu..huh..segan giler.
Kawan 5:Abang ana macam ni gak.Dia kena wat surgeri.sekarang ok da.
Ana:ape? surgeri? adehhh..time kasih je la yek..ampun taknak.
Kawan 6: Hati kecik! nak taknak kena gak buat.nnt yang susahnya anti gak tau!
Ana:huh, tak nak gak!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kampung.rumah kawan.

Ana:weyh,shida ko tau tak time jawab ad m3 ritu lagi sikit aku nak nangis tau.
shida:asal? susah? tapi siyes maut aku nak jawab
Ana:susah tu lain kes.tangan aku basah gile!aku rasa time tu la paling basah tangan ni.berapa kali aku berhenti nak lap tangan ni.Kalau wat esei lagila.memang basah kertas tu.lunyai terus kertas jawapan aku.
Shida;hahha..nak buat macam mane.tu penyakit tau tak? kawan aku tiap-tiap hari kena tukar stokin.Boleh perah stokin dia.Sama kes gak ngan kau.Nak jalan pun tak boleh laju2.Nanti tak pasal2 tergolek jatuh..hehe
Ana:owwhhh..ada lagi teruk ek.Baru aku tahu.k2..thanks wey.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom baca pasal ni..let check it out! =)

HIPERHIDROSIS

Atau lebih dikenali penyakit peluh melampau. Ramai yang tak sedar sebenarnya benda ni adalah satu penyakit tapi ramai yang sedar benda ni mungkin tidak serius dan hanya gangguan sementara.Biasanya ada tiga bahagian yang mengalami masalah ni.
1)tangan (palmar hiperhidrosis)
2)kaki (plantar hiperhidrosis)
3)ketiak (axillary hiperhidrosis)


KESANNYA

Kesan yang aula sekali ialah tekanan,stress,tension,yang membawa kepada very low self-esteem (rasa rendah diri yang amat sangat), kurang keyakinan, kurang sosial dan sebagainya.Walaupun nampak penyakit ni macam remeh-temeh je tapi kesan dia sangat kritikal.Bayangkan kita seorang ahli korporat,pemimpin atau orang yang penting.Sudah tentu kita kena jumpa dengan ramai kenalan baru.Kemudian muncullah rasa segan untuk bersalaman dengan orang lain.
Kalau nak memandu pun boleh terlepas stereng.*ok,sangat betul.adeh*
Nak pegang barang senang terlepas.*berapa dah pinggan kat rumah ni yang pecah dengan penuh jayanya.*
Nak jalan risiko untuk jatuh sangatlah tinggi.Kalau menulis dalam jangka masa yang panjang,bila kita angkat tangan,pasti kertas tu ikut sekali.Dengan kata mudah koyaklah kertas tu.Tapi kalau kertas tu berkualiti tinggi mungkin lunyai jelah.*macam kertas jawapan spm tu*



Dan bergantung juga pada seseorang tu.Ada yang tak teruk sangat dan ada yang teruk dan sangat teruk macam cerita kat atas yang sampai kena perah stokin dia.kesian.

PUNCA DAN RAWATAN



Secara khususnya punca tak dapat dikenalpasti.Namun ada juga pakar berpendapat dari genetik.* hmm.ayah pun ada benda ni.sahih!*
Penyakit ni ada kaitan dengan hypothalamus kita sebenarnya. (jom,refresh bio balik!)
As we know,hypothalamus consist of pituitary gland and it has the richest blood supply in the brain.Thus, hypothalamus is very important to detect chemical changes in our body.Such as changes in blood temperature, osmotic pressure.So, the negative feedback mechanism is occur in the hypothalamus to maintain the blood temperature and osmotic pressure.Then hypothalamus that control the function of sweat wiil send impulses to the sweat nerve.This nerve is called sympathetic nerve.But in this case the nerve does not obey the impulses.


Rawatan untuk penyakit ni ada banyak antaranya suntikan botox.Tapi rawatan ni bersifat sementara.Kalau yang lebih serius eloklah buat surgeri.
Untuk lebih lanjut lagi, sila cari di mr.google ye.



kenapa sangat berminat dengan penyakit ni.....
yeay..i knoe i am one of da patient =)

WallahuAlam..

Khamis, Februari 25, 2010

Kerana mulut masuk neraka!!

Assalamualaikum warahmatullah




Alhamdulillah syukur lillahitaala..









Ada satu cerita yang selalu kita dengar tentang seorang wanita yang mayatnya rentung disebabkan MULUT celupar.Secara ringkasnya ada seorang perempuan tua mendekati wanita tu dengan niat nak menasihati supaya menutup aurat dengan sempurna.Tetapi apa yang dijawabnya,"Makcik ni sape? makcik tak ada hak nak tegur saya.Ini kad saya ada numbur telefon sekali.Makcik tolong telefon Allah cakap saya nak tempah satu bilik kat neraka jahanam.Lepas dah dapat bilik tu jangan lupa bagitau saya ye." sambil tersenyum sinis.






Dan akhirnya..dengan takdir Allah yang Maha Kuasa,wanita tu menemui ajalnya dan mayatnya tiba2 bertukar hitam kesan hangus terbakar.Tengok,balasan Allah kepada hambaNya yang menyalahgunakan nikmat MULUT.






Itu kisah wanita malang.














Dulu masa form 3 Alhamdulillah dengan takdirNya aku dilantik menjadi pp.Oleh sebab freshie dalam pp makanya agak 'takut' juga bila kena duty ambil markah kat rumah Usamah Zaid tu.Cerita yang memang aku tak boleh lupa,hari jumaat pagi lepas hostel kosong sebab semua dah gerak ke sekolah,pergilah amik markah dorm.Sampai kat dorm f0*...hehe..



sedap je potong markah dorm tu sebab agak 'kucar-kacir' jugalah.Petang tu sedang sedap2 duduk atas katil tiba2 dengar suara aku kena panggil.Gulp! KD dorm tu panggil rupanya sebab tak puas hati.haha..cuak jugala masa tu.Akak tu dah la memang TOP kat batch aku.Then, dormmates kata tak payah abaikan je.hihi..okok samikna waato'na.Yelah memang dah salah tetap salah.Ikutkan hati nak jugala pegi jumpa akak tu.Tapi akak2 pp lain kata tak payah.DIAM je.Lepas 2-3 hari senyap juga akhirnya.Atas bantuan akak2 pp lain.Alhamdulillah. = )










Satu malam ni pula,kena buat spot check kat aspuri.Hmm, malam tu duty kat dalam musolla bahagian belakang.Masa budak2 lain keluar dengan gelojohnya dari musollaa tu.aku pun rilek2 cek kat bahagian belakang.Tengah2 syok tarik2 langsir tetiba pap!..owh ada barang jatuh.Barang haram pula tu!Nak jadi sadis lagi cerita tuan punya barang tu ada kat situ.Habislah kena sedas dengan geng akak tu.huhu~ sabar je hati ni bila kena 'ancam' depan2.kak safira ingat lagi tak..hek2..Lepas solat isya' naik dorm..nangisla..hihi..klaka je masa tu.thanks bbyk kat kak baz. rabie n dormmates.supportive! diaorang plak yang emo kat akk tu.haha.













Saban tahun bila dah naik upper form lagi banyak mashaqah yang datang.Dan makin pendiamlah aku.maksudnya sangat susah nak cerita semua masalah tu kat orang lain.Dah sangat selesa mengadu kat DIA.sebab tu tiba2 je kawan nampak mata bengkak.Takda angin takda pe tetiba je budak ni nangis..hehe..Dan melalui diamnya aku maka banyak kebaikan yang aku dapat yang orang lain tak dapat. ^_^ Alhamdulillah..






Ibrahnya dari cerita zaman dahulu kala ni yang nak di HIGH LIGHT kan:



1)Diam nya kita bukan bermaksud kita kalah, bukan bermakna kita tiada maruah
tapi diam tu menjadi benteng yang tidak berpagar. Kemenangan yang besar.


2)Bukan mudah untuk menjadi pemimpin yang adil tapi bukanlah ia mustahil =)


3)Setiap orang yang hadir dalam hidup kita sangat BERMAKNA untuk kita mengenal erti hidup.Tidak kisahla orang tu hadir dan mengkhianati kita.Ada yang hadir sekadar menambah luka di hati.Sekurang2nya kita belajar rasa dikhianati,rasa di'ancam',dibenci sebagainya.Dan kita akan dekat siapa patut kita mengadu segalanya.Yup, betul Allah! = D


4)Walid ada beritahu orang lain akan nampak kita lemah bila kita diam even berada di tempat yang benar.Tetapi kalau dengan diam tu kita dpt menjaga maslahat komuniti maka besar ganjaran yang kita dapat.SubhanAllah!





p/s:Tapi dalam sesetengah hal kita tak boleh berdiam diri.Kebenaran mesti ditegakkan!









dan banyak lagi benda baik yang boleh diambil dari pengalaman pahit kita.Honestly aku tak pernah marah + benci dengan akak2 tu bahkan (ceyh) nak ucapkan syukran kerana hadir dalam hidupku..hehe.













Ok.Back to the main point.Nak kongsi kat sini BESAR hikmahnya bila kita pelihara mulut kita ni.



Sabda Rasulullah "Barangsiapa yang banyak perkataannya maka banyaklah silapnya.Barangsiapa yang banyak silapnya,maka banyaklah dosanya.Barangsiapa yang banyak dosanya maka nerakalah lebih utama baginya."







Keyword untuk hadis ni. Banyak perkataan.banyak silap.banyak dosa.neraka.










MasyaAllah! kerana mulut kita masuk neraka!








Oleh sebab itulah Baginda yang disanjungi mengingatkan kita dalam sabdanya "Barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari Akhirat, maka hendaklah ia BERKATA YANG BAIK atau DIAM" (muttafaqun 'alaih)







Dalam Solusi isu berapa tak ingat dah ada menceritakan tentang malaikat raqib dan atid.Diam itu adalah satu kerehatan bagi pencatat amalan.Sebab tulah kita disyorkan berckp yang baik atau diam.Supaya segala amalan yang dicatat tu baik2 belaka.Cuba bayangkan mulut kita ni tak bolehlah kalau sehari tu kita tak mengumpat,mengutuk,mencarut,bergosip,menyakitkan hati kawan,meninggikan suara kat mak ayah.Dan semua tu dicatatkan dalam buku amalan kita.Nauzubillah. tak ke rugi kita masuk dalam golongan tu.Ya Allah aku minta dijauhkan dari perkataan yang sia-sia.Amin...amin..amin.







Salah satu rahmat Allah yang ustaz tu kupaskan.Apabila kita berniat untuk melakukan kebaikan tapi belum lagi kita buat maka tercatatlah kebaikan tu dan akan diberikan ganjaran.Tambah2 lagi kalau kita buat lagilah besar ganjaran tu.Tetapi apabila kita niat nak buat jahat tapi kita tak buat pun maka tak dicatat oleh pencatat kita.SubhanaAllah.Betapa besar kasih sayang Allah pada kita.Kita pula dah dihidangkan dengan segala keistimewaan pilih juga benda2 yang mazmumah tu.








Tapi diam kita mesti diam-diam ubi berisi.Diam kita bukan diam kosong tapi diam yang ingatkan Allah,berfikir kebesaranNya,diam yang menyesali dosa kita.Dan bila diam ni kita akan kelihatan lebih tenang.Satu bonus untuk kita bila kita tenang kita lebih rasional. Ada satu kata-kata menyebut banyak diam tidak semestinya dia bodoh. banyak cakap tak semestinya dia cerdik.








Maka dengan penuh hormatnya saya mengajak semua sekali berubahlah.Kurangkan mencarut,mengumpat dan seangkatan dengannya.



Diamlah apabila kita tidak ada benda untuk dikatakan.Ibadah yang cukup mudah dengan diam.Diam yang dihiasi dengan mahmudah.Itu yang kita usahakan.Jom2!







p/s: time kasih anis 4 da award tu..terharu abisss.. T_T





WallahuA'lam..






Khamis, Februari 18, 2010

Apabila Wira Bergerak..

Assalamualaikum..
Semalam semangat berkobar-kobar nak g MSDC (driving school) padahal nervous gak nak pgg stereng..huhu..Lagipun kalau ada rezeki jumpa kawan istimewa y tak pernah jumpa..hehe..
Tapi dah setengah jam duduk terperuk kat rumah tunggu instructor datang, x tiba2 pun kat muka pintu ni..haih2..last2 telefon die katenya dah sampai pejabat da..Dipendekkan cerita..tak jadilah belajar.Aduh tak dapat lagilah jumpa.herm.. Kebetulan pula ayah pun cuti.Lepas ayah balik dari 'mesyuarat kecil dun' ayah, ayah ajak pergi berlatih kat port biasa ayah ajar kak lina dulu.
huh? macam tak percaya..patu buat muka cool g la siap2 padahal ikut hati da terlompat-lompat 1 rumah dah..haha..yela.ayah nak ajar guna Wira ayah tu bukan senang.Bukan ayah tak percaya anak dia cuma tak yakin je anak dia bawa Wira tu..keh3..ayah2..
Bila dah sampai port tu ( jalan tu sebelah kilang kasut.penuh dengan semak samun dekat dengan pencawang elektrik.agak sunyi kat situ) ayah pun suruh la buat macam belajar kat MSDC.
ok.Lepas tu buat la..sekali mati enjin!..alamak, sebelum ni tak pernah2 mati enjin dengan ayah plak mati enjin.Aduh.Rupa-rupanya klac Wira dengan kancil tak sama sistem dia.Ada beza sikit.
Ada orang kata kalau nak belajar kereta, ahli keluarga tak boleh ajar sebab nanti 'emosional'.Tapi lepas ayah ajar ni.Tak pon kena marah,rileks je ayah duduk sebelah..siap bagi tips2 berguna lagi..hehe..even adalah juga salah yang tersengaja buat.Nak brek tak tekan klac la, kat selekoh bawa laju, salah masuk gear..haha..tapi ayah kata ok lah.Alhamdulillah. (walaupun mati enjin tu selalu sangat) = )
Oklah ye.Hari ni nak sambung lagi. = D
wallahu'alam..

Sabtu, Februari 13, 2010

Kiamat sudah dekat

Assalamualaikum..
seminggu dua ni memikirkan isu-masalah-problem-ujian dan segala bagai istilah yang sama maksud dengannya boleh pecah kepala ni.Hati ni pun makin membengkak je.Jantung pun rasa nak meletup.
Fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh.
Satu ayat ni pun da boleh menakutkan untuk sesiapa yang SEDAR sahaja.
Ye la.try kita bunuh orang.Mesti takut yang amat rasanya.Ni apatah lagi MEMFITNAH!
Baginda pun ada bersabda manusia ni boleh masuk ke neraka kerana mulutnya.Mulut tempat terbitnya kata-kata.Kalau tak dijaga mulut kita binasalah kita!
Nak kata tak tahu,mestilah tahu rasanya segala hadis dan ayat quran pun da hafal.Ilmu agama di dada bukannya sikit.Bersusah payah belajar agama tinggi2 kat luar negara tapi tak amalkan.Ilmu yang tak diamalkan adalah ilmu yang tak berfaedah.
teringat satu peringatan ni, Kita akan diuji berdasarkan keimanan kita.Apa y kita tahu tu y akan diuji oleh Allah sebab Allah tak akan bebankan hambaNya.Tapi sekarang berapa ramai yang tersungkur ketika diuji?Berapa ramai yang berpaling dari kebenaran?Moga kita dijauhkan dari golongan tu.aminn
Betullah kiamat dah sangat hampir.Benarlah seorang sahabat yang mengingatkan satu hadis yang maksudnya lebih kurang ni, orang yang munafik dalam umatku adalah pembaca2 al-quran.
Ayat yang sangat mendalam.Hmm..Apa rasanya bila orang yang arif ilmu agama memfitnah tak tentu hala.?astagfirullahalazim..
Entah.akal budak 18 tahun yang baru nak kenal dunia luar sangat cetek pengalaman.Masalah tak boleh selesai ikut cara kat sekolah dulu.Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bersabar.Bersabar perlu dididik dalam hati betul2 dengan ikhlas.Orang kata sabar tu ada had dia tapi ada ustaz kata sabar tu infiniti,takde had.Sebab tu kita kena selalu sentiasa didik diri dengan kesabaran.Bukan boleh dapat terus macam tu je.Sabar dan ikhlas tu adalah base bagi sifat mahmudah.Kalau nak selesaikan masalah,macam-macam cara boleh guna.Tapi islam melatih kita bersabar.Sebab kalau kita marah on dat time la syaitan melonjak-lonjak suka sebab dia dah berjaya.Sabar tu menebalkan iman.Sebab dengan sabar kita rasa Allah dekat dengan kita.dekat sangat.Sabar tu membuahkan kejayaan.TAPI dalam masa yang sama kita kena tegakkan kebenaran,bukan diam-sabar-kosong.Kita kena lah diam-sabar-zikir-fikir-tindak.
Moga Allah menunjukkan cahaya petunjuk kepada kita dan yang pastinya islam akan tertegak di atas kebenaran bukan atas kemungkaran
p/s:post ni jujurnya tak ada kena mengena dengan sesiapa pun.Hanya buah fikiran yang sedang mengumpul kekuatan menghadapi realiti dunia luar. Yang baik silalah ambil yang buruk sila2lah tinggalkan dan jauhkan.Harap maklum.

Selasa, Februari 09, 2010

Al-Fatihah..

Assalamualaikum warahmatullah...



Sekeluarga rentung
Oleh Ifwan Tun Tuah dan Tuty Haryanti Ahmad Rodzi
bhnews@bharian.com.my


SEREMBAN: Pengasas minuman herba Air Fadhilat, Suhaimi Ghazali, 41, rentung bersama isteri dan semua empat anaknya apabila kereta BMW 5 Series yang dinaiki terbakar selepas merempuh treler di Kilometer 252.3, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran hentian Senawang di sini, semalam. Dalam nahas kira-kira jam 1.30 pagi itu, isteri Suhaimi, Nor Fadilah Isnin, 32, ditemui berpelukan dengan anak bongsu mereka, Adi Putra, dua tahun, manakala Suhaimi putus sebelah tangan dan kaki. Tiga lagi anak pasangan berkenaan, Nurul Natasha Huda, 11; Mohd Daniel Iskandar, 10, dan Mohd Hanif Iman, 6, turut rentung dalam nahas yang berlaku ketika enam beranak itu dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas bercuti di Bukit Merah Laketown Resort, Perak.


Kereta itu dipercayai terbabas sebelum merempuh treler membawa pasir yang ditinggalkan di lorong kecemasan lebuh raya berkenaan kerana rosak. Rempuhan itu turut menyebabkan enjin kereta berkenaan tercabut dan tercampak sejauh kira-kira 40 meter. Seorang saksi, Rashid Razali, 38, yang tinggal di Taman Seremban Selatan, kira-kira 150 meter dari lebuh raya itu, berkata beliau terdengar bunyi letupan kuat sebelum melihat api menjulang. Katanya, beliau dan beberapa jiran bergegas ke lebuh raya itu dan ketika cuba menghampiri kereta yang sedang terbakar, satu lagi letupan berlaku.



ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memeriksa kereta BMW yang terperosok di bawah treler di KM252.4 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran hentian Senawang, awal pagi semalam.
Mayat enam beranak itu hanya dapat dikeluarkan pasukan bomba hampir tiga jam kemudian selepas dua kren digunakan untuk mengangkat treler berkenaan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Penolong Penguasa Bomba Jaafar Yusof, berkata ketika tiba di tempat kejadian, api masih marak menyebabkan pihaknya terpaksa mengawal kebakaran itu sebelum dapat menghampiri kenderaan berkenaan untuk menyelamatkan mangsa. "Bagaimanapun, selepas api berjaya dikawal kira-kira lima minit kemudian, semua mangsa didapati sudah rentung dan usaha mengeluarkan mereka menghadapi masalah kerana tersepit dalam kereta yang terperosok di bawah treler. "Kita terpaksa menggunakan dua kren untuk mengalihkan treler itu sebelum dapat mengeluarkan mayat mereka, kira-kira jam 4 pagi," katanya.
Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat sebelum dibawa pulang ke kampung mereka di Bukit Pegoh, Pernu, Melaka.




Allahyarham Suhaimi adalah Pengarah Urusan Fadhilat Herbs Sdn Bhd, manakala isterinya pengarah kewangan syarikat itu, yang mempunyai kilang di Teluk Mas, Melaka. Sementara itu, Ketua Pasukan Trafik dan Ketenteraman Awam Negeri Sembilan, Superintendan Junaidi Bujang, berkata siasatan awal mendapati kereta mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh treler terbabit. "Kita menemui kesan brek dari lorong kanan melintang ke lorong kecemasan ketika memeriksa tempat kejadian. "Ketika kejadian, pemandu lori tiada di kawasan itu, tetapi kita akan memanggilnya untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan," katanya. Beliau berkata, siasatan pihaknya turut mendapati pemandu treler itu sudah mengambil tindakan sewajarnya dengan meletakkan kon amaran dan menyalakan lampu kecemasan sebelum meninggalkan kenderaan itu di bahu jalan.


Semalam lepas asar hampir seluruh kampung berkumpul di masjid untuk menunggu ketibaan van jenazah.Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Kg Bkt Pegoh selepas disolatkan di msjd kg.Anak-anak Allahyarham semuanya mengaji kat uma mak lang (mak mertua kak yana).Seminggu sebelum kejadian Abg Sobri(adik ipar kak yana) bagitau yang semua manusia akan mati tak kira besar ke kecil.Dan mamat ( Mohd Daniel) tanya "budak kecik pun ALLAH matikan ea? ALLAH sayang ea?"

ALLAHU AKBAR..


Sementara jenazah diusung ke tanah perkuburan,kami hanya melihat di masjid.Saat tu terfikir,

Kalaulah aku mati adakah amalku sudah cukup utk ke syurga?


Adakah mak ayah meredhai aku?


adakah sudah selesai urusanku dgn manusia?


Adakah aku akan mndpt seksa atau nikmat?


Adakah aku akan didatangi malaikat yang cantik atau hodoh?


Adakah aku melaksanakan amanahku dgn sebaiknya?



Dan saat tu aku sedar betapa sikitnya amalan yg dilaksanakan.betapa lekanya dgn nikmat dunia ni sampaikan kematian berada di dpn mata baru teringat tntg mati

sedangkan orang yang paling bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati!

astagfirullahala'zim...

Betullah manusia tu sentiasa lupa,lalai dgn nikmat2 dunia.

Takziah buat keluarga Allahyarham.Semoga Allahyarham semua diredai dan diberi KeampunanNya.amin

AL-FATIHAH.

Isnin, Februari 01, 2010

cerita adik kakak

"Ha,akk wtpe tu!..owh chatting ea"…

"Mak!..haish bdk ni kan ketuk pintu ke mane salam ntah ke mane..terkejut akk tau.."

"Eh?adik da bagi salam cukup 3 kali da tau..akk x dgr jgk adik masuk jela..hehe," dengan nada tak bersalah.

"Hah.nak tanye ape? Math? Arab? Sains?"

"Semua bukan.haha..adik da siap da keje umah tinggal nak touch up2 cket je nnt.Adik bkn mcm akak.suke wat keje last minute patu gelabah.haha"

"Eleh..akak last minute pun xdla smpi x hantar kat cikgu tau.kire on the due date la tu.ok pe..wekk!" sambil menjelirkan lidah pada adik kesayangannya.

"Herm..yela..akk dulu kan sibuk.pegang jawatan segala bagai ntahpapename tu sampai tak cukup tanah nak pijak, tak cukup oksigen nak bernafas,tak cukup tangan kaki nak gerak,tak cukup mase nak makan.macam lah adik tak tau."

"Heh.sibuk tu sibuk la juga tapi adik akak sorang ni terjaga kan2?eh,tadi nak tanye ape ek?"

"Ni ha.ade aritu lepas game kawan adik name die Farah Tanya adik fasal kalimah Allah tu.boleh ke tak sebenarnya non-muslim guna kalimah tu?Adik baca surat khabar nak cari jawapan tapi pening2 lalat, nyamuk semua adela.ade kate bole hade kata tak.hm..adeh baca surat khabar pun adik tak paham la kak.hehe.."

"Adik bace surat khabar ape?" Haik..ape soalan aku ni, bisik hati kecilnya

"Semualah,kecuali nanyang sian pau je adik tak baca.hahahaha.."


Aku tergelak tanpa sengaja.aduhai adik aku sorang ni.lawak benua pula die buat.Sambil menatap skrin laptop aku berfikir.memaksa neuron-neuron bersambung menyampaikan maklumat ke otak.memerah segala ape yang dah tersimpan dalam cerebrum ni.hmm…hah,dapat!


"Apasal akak senyum kucing tu? Adik Tanya ni.punyela lama berangan..jawapannya?"

Hehe.".macam ni. "Akak ada teringat sorang ustaz ni cakap dalam forum kat mana ntah, tak ingatla.Dia cakap non-muslim boleh guna kalimah Allah tu tapi dalam keadaan yang betul dan dilarang guna di tempat yang tak betul"..aku menerangkan dengan satu lafaz.

Senyap seketika.

"Keadaan yang betul dan tak betul tu ape? Kurang pencerahan kat situ," Sambil menggaru kepalanya.

"owh, contohnya kalaula seseorang tu nak mendekati islam, berminat nak mendalami islam mestila dia akan Tanya tentang Allah.misalnya dia Tanya mana Allah? Dan secara logiknya sesiapa yang nak masuk islam mesti akan tertarik dengan keagungan Allah. Lagi satu kalaulah ditanya siapa yang buat Al-Quran? Mesti kita akan jawab Allah sebab Al-Quran tu kalam Allah yang diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagai bukti kerasulan Baginda.Jadi dalam sesi soal jawab ni surelah non-muslim akan Tanya tentang keesaan Allah dan segala bagai tentang Allah. Ada paham?"

"Hm..tak cukup cerah lagi la kak..Boleh je kan diaorang sebut tuhan?"


"Memangla boleh sayang oy.Tapi setiap agama tu ada tuhan yang mereka sembah.Dan tuhan agama lain banyak berbilang-bilang dan setiap satu tu ada nama. Tapi diaorang nak tahu apa beza tuhan yang diaorang puja dengan tuhan yang kita sembah iaitu Allah.
Lagi satu, kalimah syahadah tu kan kunci pada islam.Sesiapa yang nak masuk islam wajib lafazkan dua kalimah syahadah tu.Kalaulah non-muslim nak masuk islam macam mana diaorang nak lafazkan kalimah Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah."


Sunyi seketika.sambil tersenyum, "haahla kak..logik juga ek.maksudnya tak haramla kalau non-muslim guna kalimah Allah tapi kenalah di tempat yang betul kan?

Hah, faham pun adik akak ni.Lagipun dalam Al-Quran dah ada jawapan untuk soalan ni. Cuba ambil tafsir akak atas katil tu,tengok dalam tafsir surah Al-Ankabut ayat 61 :


Nisa lantas mengambil dan menyelak ke surah yang disebutkan akaknya itu dan membacanya, "Dan jika engkau bertanya kepada mereka ,"siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" pasti mereka akan menjawab Allah.Maka mengapa mereka dipalingkan (dari kebenaran).
Dalam surah yang sama cuba tengok ayat 63 tu:
Dan jika kamu bertanya kepada mereka,"siapakah yang menurunkan air dari langit lalu dengan air itu dihidupkan bumi yang sudah mati?" pasti mereka akan menjawab Allah. Katakanlah "segala puji bagi Allah," tetapi kebanyakan mereka tidak mengerti.



Sambil menutup tafsir dan tersenyum, "betullah apa yang Baginda pesan kalau kita berpegang pada Al-Quran dan sunnah Baginda, kita tak akan sesat.Jadi bolehlah adik terangkan kat kawan-kawan adik tu balik asrama nanti.syukran jazilan ye ustazah,"sambil ketawa berdekah-dekah.


"Ceyh,kan akak kata jangan panggil akak macam tu.Mandat besar tu.Berani panggil akak macam tu lagi siap la berdas-das akak piat telinga tu," sambil tangan berpura-pura ingin memiat telinga adiknya.

Dengan muka ketakutan sambil ketawa, "alaa akak ni take it as compliment tak boleh ke? Adik ikhlas ni puji. Akak kan nak jadi mukmin professional kalau macam tu mestila jadi doktor plus ustazah,"


"InsyaAllah.yela2. ada-ada je hujah dia ni tau.hurm..dik,akak nak tanya ni. Kenapa adik tergerak nak tahu sangat-sangat benda ni?"


Bukan sekali dua adiknya bertanya soalan-soalan yang luar silibus ni.Setiap kali balik dari asrama mesti ada je soalan agama tak pun isu semasa yang dia nak tanya.Setiap kali diberi 'ceramah' oleh kakaknya mesti nak minta pencerahan supaya tak berbelit-belit urat nak 'intepret' maklumat yang dihantar neuron-neoron.Pastinya setelah muncul mentol menyala atas kepala Nisa' dia akan tersenyum sambil menyatakan kesimpulan dia sendiri.


"because i know i must understand islam very well and make islam is the way of life.With more knowledge about islam, my iman will be upgrade and simultaneously my amalan will also increase. I am enthusiastically want to show to the others that islam is the only religion that be accepted and syumul. Hence,like you said to me ilmu is directly proportional to iman and amal,right sis?".penerangan yang panjang lebar dari adiknya yang membuatkan rahang bawahnya jatuh ke lantai.


"wey, berhabuk speaking dala guna istilah sains tu penangan latihan oral ke?."

Seketika kemudian pecah ketawa yang boleh memecahkan bilik tidur mereka.


"sungguh bertuah aku dapat adik yang secerdas dan matang ni.Semoga Allah meredhaimu adik." Hati kecil Sakinah berbisik lembut.


Wallahua'lam. :)