Sabtu, Disember 25, 2010

take note~

Assalamualaikum...
Alhamdulillah..akhirnya hilang sikit debu2 kat blog ni.
*Diam sesaat*
lama tak update macam kaku sekejap.hee~
Apa yang berlaku kat sini?
**Pilihanraya PERUBATAN. tak sabar nak tahu keputusan! =)
**habis assesement 'psiko'. alhamdulillah. =p
**winter yang kadang2 tak rasa winter.
**kelas yang rasa macam 24/7.padahal takpun. ^_^
**musim nak mid-term exam.doakan untuk semua!
**kabar angin macam nak pindah rumah.erm..no komen..
**Sinai Xplorace coming soon!.InsyaAllah =D
**SC yang memang best seriusly
**ITe yang memang mantop! ^^
Kat Malaysia..
#Nak ikut ayah balik kampung! takpe2..kuat!
#Akak dah nak habis belajar. Nak hadiah besdey spek baru..=p
#Umar makin kacak..HAHA.
#Khaulah makin ayu..yeay..
#Kittu makin COMEL..keh3..
2010 bakal melabuhkan tirai. Cepatnya masa berlalu sampai x caya dah setahun habis spm, setahun tinggalkan sekolah.Tengok fb jr yang makin aktif & blog yang makin laju update.Baru perasan da habis spm rupanya. hee.
Masa berlalu.
Usia meningkat.
Kematian makin dekat.
Moga amalan makin bertambah.
"Kalau ilmu bertambah tapi hidayah (amalan) constant jer, masalah besarla tu."

Jumaat, Disember 03, 2010

buat baik dibalas baik

Assalamualaikum ..


Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman" dan mereka tidak diuji?



Satu hari yang lepas, selepas kebosanan menunggu bekalan air yang memang malu-malu kucing nak turun lepas beberapa hari ketiadaan air maka beramai-ramailah kami pergi rumah senior. Yang lawaknya, bila telefon senior tu beritahu yang kitaorang ni nak beraya haji rumah dia. Dia jawab, "oo..faham.nak tumpang mandi sekali kan.boleh jer"

Terima kasih akak yang understanding.Ye la.Masa raya pula tu takda air.Memang berat.

"Betty,t kiteorang datang lagi!"

Bila sampai rumah akk yang memang sekangkang kera tu, sementara tunggu giliran dapatlah kami beraya. Tapi tak makan kuih raya cam kat rumah lah cuma makan makanan nogori.nyum!
pedasnya kalah orang melaka masak kak!..salute la cili api nogori! hee~~


Macam biasa bila datang rumah senior memang tak duduk sekejap. Dari pagi sampai dah nak petang baru ingat rumah. Balik pun sebab nak ke kelas. =p kalau tak memang tidur kot kat rumah akak. Tengah2 syok layan kucing sesekor tu, tiba2 nampak pula buku yang akak tu tengah baca. Baca tajuk je da teringat "aku ade buku ni gak,tp x bwk!".menyesal pula.Tapi takpe, kak yana nak pos buku.cepat-cepat kak! ^_^


Tengah belek-belek mukasurat tu hish.best nyer..belek lagi.. owh macam tu ke..selak lagi..eee.. kejamnya..Kawan tengok pun pelik je. Belek buku muka berkerut. Nak kata buka buku Physio tak pula kan..hehe.



Sampai satu mukasurat ni, menarik hati dan akal yang waras ni meng'capture' sesuatu.iaitu:


10 wasiat Imam Hasan Al-Banna:


* segera tunaikan solat.

*sentiasa membaca Quran.

*berusaha bercakap dalam Arab fushah.

*jangan banyakkan perdebatan antara satu sama lain.

*jangan banyak ketawa.

*jangan banyak bergurau.

*jangan mengangkat suara lebih daripada yang sepatutnya.

*jangan mengumpat.

*gigih berkenalan dengan orang yang ditemui.

*sentiasa ingat bahwa kewajipan lebih daripada masa.


Read.Think.Save.DO!


Khamis, November 11, 2010

refleksi KITA

assalamualaikum

10 Nov 2010

menghitung hari...nak RAYA!

first tyme raya jauhhhhhhhhhh dari famili *touching jap*

7 hari lagi..

Hari raya AidilAdha..

seniors kata meriah...lg meriah dr kat m'sia..

hm..betul3..cuti seminggu..nak beli brg2 rumah pun kne awal bbrp hari..

Alhamdulillah..da dapat sewa rumah..

rumah baru ni salah satu yg sangatttttt bermakna utk kami..

sebabnya..

awal cerita, masa PSMB fasi kata kanak2 ASU ni duduk arma

asbabnya bilangan minimum..lgpun dekat..

jalan kaki je pun boleh..walaupun bila sampai bilik terus rasa nak naik katil je.

Atas rasa belas kasihan y amat kat kami ni, senior a.k.a fasi tyme PSMB pun carikan

Dan BERJAYA! =)


cerita dibawah khas, khusus, istimewa utk tatapan kita ^_^

Mula2..tgk2 dlu rumah..ok, best je. then jumpa tuan rumah.

bincang sikit2..akad rumah terus.

Eh lupa, perbincangan tu konfem dlm ammi, jadi akk tahun 5 la y tlng berkomunikasi.hee~
jzkk kak!

alkisah, dah akad patutnya bole masuk terus
TAPI
masa nilah Allah nak uji setiap seorang dari kanak2 ni.

Kunci dapat lambat..tggu 1 minggu lebih..

apa yang kita buat?

SABAR..

dah dapat kunci, dtg lagi mehnah lain, pump air rosak.

Mengadu sudah.bgthu tuan rumah sudah.report kat senior sudah.cek tiap2 hari sudah.kecewa dgn janji2 arab sudah.

Apa lagi kita buat?
yup..SABAR

Untuk sembunyikan kekecewaan masing2..kita pergi shopping beli perkakas rumah.
Dengan harapan setiap kali datang ltk barang, wujudlah air
tapi..
balik arma + kecewa..
tetap SABAR..

Tambah2 ada konflik sikit dgn ammu sorang ni..
Walaupun ada sekelumit marah..
tapi tetap kena SABAR..

1 bulan dah lepas..tak dapat masuk rumah lagi.
duit sewa terbang macam tu jer..
SABAR..

Bila dah dapat masuk..syukur alhamdulillah..
mula2 ok semuanya..
bila dah masuk 1 minggu
Dia uji lagi..
Rumah kawan nak kena naikkan sewa 2000..
perabut2 diambil balik..
sampai kena masuk campur ust
sampaikan ust kenalah 'bertempur' mulut dgn pak arab ni..
sampaikan ust kena ugut naik mahkamah.

Malam tu.1 perbincangan dgn tuan rumah.
malam tu juga kiteorg tau y ammu ni tak puas hati
dgn kiteorg.Dituduh benda yang kita tak pernah buat.
sampaikan satu tahap ust suruh kita *sebahagian* bersumpah yg kita tak buat.
semata-mata puaskan hati ammu tu.

Rasanya malam tu malam klimaks untuk kita.
Ramai dah tawar hati nak duduk rumah.
Sampai rasa nak balik arma je.
Walaupun perit rasanya malam tu.
Tapi kita tetap ada sekelumit SABAR.

Akhirnya Allah permudahkan urusan kita.

Kisah kita kat bumi Allah ni.
Banyak je benda kita boleh ambil.

Bukan semua benda boleh ikut flow yang kita plan.
Bukan semua benda kita mampu buat even kita rasa mmg kita ada kekuatan nak buat.
yang paling penting, bukan senang nak mengumpul kekuatan utk sabar dan menyabarkan orang lain. susah tapi tak mustahil kan?

Dari kita lepaskan kemarahan baik kita tenang dan fikir solvingnya
dari kita nak kata2 belakang ammu tu..baik kita doakan ammu tu
Sebab bila kita marah, tak selesai masalah kita
tapi dengan ketenangan, kesabaran dan doa kita
Kita mampu mengubahnya biiznillah..



Tgk je psl kunci, pasal air..
kita rasa marah tapi kita tak dapat nak salurkan mesej kemarahan tu pada org yg kita nak

asbabnya kelemahan kita juga.
tak pandai cakap ammi
kurangnya sabar dlm diri kita.

Jadi,bertimpa2nya masalah kita ni
1 tarbiyah..1 ibrah..1 hikmah..1 muhasabah

Cara Allah mendidik kita.
banyakkan sabar dan reda.
kurangkan ego.

Kita tak sangka satu hari kita akan dipersalahkan atas kesalahan y kita tak buat
kita tak sangka satu hari kita akan susahkan banyak orang sekeliling kita.
Kita tak sangka masalah kita boleh datangkan banyak lagi masalah lain..
kita pun tak sangka kita akan rasa sebeban ni..

Kemudian, Allah tunjukkan jalan penyelesaian
bila kita makin berusaha dekat dengan Dia
Bila kita berusaha menahan kemarahan kita
Bila kita berdoa dan minta ampun pada Dia
Allah tunjukkan directly hikmahNya
tapi kita sedar ke tak selama ni?
tepuk dada tanya iman kita..

kpd ahli bait dua2 rumah..
bernafaslah kita atas bumi Allah dengan penuh kesyukuran.
bersyukur dengan nikmat, tnd kita berterima kasih dgn kesenangan yg kita dpat
bersyukur dgn mehnah tanda kita berterima kasih atas peringatanNya.

setiap hari
setiap masa
setiap keadaan
setiap masa
sediakan diri untuk ditarbiyah!

salam ukhwah, ahli bait

Jumaat, Oktober 29, 2010

Innalillah

Hari ni banyak benda jadi.

Macam-macam yang bakal jadi.

pagi tadi mak hntar mesej
tapi..
erm nak kowl tp x solat subuh lagi
lepas solat rasa nak kol tp takut tak kuat.
mak antar mesej lagi.
dgn kekuatan yang sikit kol juga
tapi x tau nak cakap apa nak cakap cmne
bila mak angkat
suara tak macam ari tu
gelak sama2
tp skrg lain.
rasa nak nangis je tapi tahan t mak ayh pula risau.
mak bgtahu otw balik kampung.
Tabahnya ayah.dengar suara ayah mcm biasa jer.
nak cakap dengan ayah tapi
takut
wat ayah lagi sedih.
Bila dengar suara mak ayah.
rasa nak jadi kuat macam mak ayh.
1 benda yang takut nak fikir tapi akhirnya terjadi juga
biiznillah
terkilan,dulu pon x sempat nak balik.
kali ni pun
Baru-baru ni Allah bagi nikmat yang sangat besar
alhamdulillah
Allah takut kita lalai
Allah dtgkan ujian
Alhamdulillah, Allah syg kat mak ayah dan kita
Moga mak ayah diberi kekuatan
dan
Moga arwah tuk bersama dengan org2 yang diredai.amiin

Selasa, Oktober 12, 2010

hari ini dalam sejarah..

Selalunya kita rasa kita mampu buat sesuatu
jarang kita dapat buat benda tu.

Selalu kita fikir kita ada masalah besar.
jarang kita tengok orang sekeliling yang ada masalah lagi besar dari kita

Selalunya kita selalu merungut dengan apa yang kita ada
jarang kita tengok orang lain yang lagi banyak kekurangan dari kita.

Selalunya kita rasa kita dah cukup baik pada orang
jarang kita renung balik apa yang kita dah buat pada kawan kita.

Selalunya kita fikir kita layak untuk dapat sesuatu benda tu
jarang kita sedar yang kita banyak lagi kekurangan.

Selalu kita rasa menyesal dengan apa yang kita dah buat
jarang kita fikir sebelum ambil keputusan.

Selalu kita rasa kita ni dah cukup kuat,tapi bila diuji dengan sesuatu rupanya kita masih lemah. tak kuat. tak cukup kuat.

Tapi Allah tak pernah bebankan hambaNya. Walau susah mana pun sesuatu tu mesti kita dapat face dengan petunjuk dari DIA.

ok, build up the strength back!! =D

Ahad, Oktober 10, 2010

ya satirrrr~

Sungguhlah penantian tu satu penyeksaan...
*cepatlah pindah rumahhh*
kesian kat senior yang tolong uruskan kiteorang.pening2 dah dengan amu ni.
kesian kat kiteorang.da bayar sewa air plak takde.
amu,cepatlah betulkan bait kami!!!

p/s:mcm amu tu bace je kan.HAHA

ok2 be patient..cooooll...rilekssss.. =D..hidup mesti diteruskan. btw dmak bes je kalau nak duduk
*ASUian mep 10 take note!*


Rabu, September 29, 2010

NOW...

Assalamualaikum..

Sihat semua?? ok bagussss...=D

Sekarang memang masa-masa kritikal nak tulis kat blog. Nak kata sibukk...hmm takpun banyak cuti. Kuliah pun intro je kecuali physio *mule2 da blaja nerve =p*

Daily routine: arma ke ASU naik bas. Jalan kaki sikit.Naik tangga banyakkkkkkk..hehe tingkat 3. Habis kuliah solat jap kat masjid. Balik arma naik bas.sampai arma makan.lepas tu movie marathon ramai-ramai. ^_^. aktiviti last tu dah makin kurang sekarang jangan risau.heh.

dah hampir 2 mggu kat bumi Anbiya ni. Nice place,alhmdulillah. Superb faci,alhamdulillah.sporting seniors, alhamdulillah.exciting lecturers,alhamdulillah. great experiences wit arabian,alhamdulillah.bannnnyakk lg sebenarnya.hehe..di sebalik debu-debu ni ada mutiara-mutiara berharga yang dapat dikutip. Tinggal nak ke tak nak je.ok?

kepada akak2 yang disayangi, be strong!! susah mana pun belajar jgn kita give up sbb Allah kan sentiasa bersama kita kan? =D

Kesimpulannya, tak ada ape2 y perlu dirisaukan.Kat sini semuanya baik2 alhamdulillah.

Isnin, September 13, 2010

kes NATRAH : sejarah membuktikan...

Assalamualaikum warahmatullah

Bismillah...



Semalam abang ipar pegang satu kayu yang tergantung belakang pintu rumah. Terus nek bersuara nek kata tu kayu arwah atuk masa jadi polis. Dah banyak kepala kena pukul tu masa zaman kes natrah dulu.


NATRAH?!




Lepas abang ipar keluar terus suruh nek cerita. Nek antara yang hidup zaman tu dengan atuk dan merasai ketegegangannya.Nek cerita yang ayah Natrah tu askar Belanda. Jadi dia ni tak tetap tempat tinggal dia. Jadi sebelum dia pergi berperang dia serahkan anak dia pada satu pasangan Melayu ISLAM untuk menjaga anak dia. Dia ini pun didik seperti anak melayu ISLAM. Berkawan dengan kanak-kanak ISLAM. Didik dengan macam-macam ilmu, ilmu agama, budaya macam-macam. Natrah membesar sebagai MUSLIMAH dan kehidupannya aman.





Satu masa dia telah dikahwinkan dengan lelaki Melayu ISLAM bekerja sebagai guru. Sedang mereka bahagia tiba-tiba ayah dia tu pulang dan ingin mengambil anak yang dia dah serahkan pada keluarga angkat dia. Saat tu berlakulah satu ketegangan yang serius dan ketegangan tu berlaku atas hal yang sensitif iaitu AGAMA. Bapanya sekeras-kerasnya mahu Natrah kembali kepada dia dan automatik bertukar agama. Tetapi Natrah yang sudah ISLAM dan redha dengan agamanya itu enggan menurut ayah kandung dia. Sehinggalah kes ini dibawa ke mahkamah.




Dalam masa yang sama berlaku pergaduhan dahsyat antara Melayu untuk mempertahankan keISLAMAN Natrah dengan kaum Cina yang menyokong Belanda. Ketika itulah atuk dan rakan-rakan polisnya bergaduh dengan Cina. Mujur atuk hanya cedera ringan.




Pihak Belanda jelas menunjukkan KETIDAKADILAN mereka. Mereka tangkap gambar dengan menaiki kapalterbang, mengesan orang Melayu ISLAM yang terlibat dan mereka dibuang kerja serta-merta. Sekali lagi mujur atuk terselamat tapi ramai kawan atuk yang dipecat. Namun mereka tak mengaku kalah tetap mempertahankan AGAMA Natrah. Keluarga angkat Natrah menangis hingga hampir gila kerana masalah ni. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Natrah hanya menangis dan selalu solat supaya dia dapat mempertahankan KEISLAMANNYA. Namun pihak Belanda yang memerintah masa tu pasti menyebelahi bapanya.





Akhirnya Natrah terpaksa mengikut bapanya dan berpisah dengan keluarganya, suaminya tapi tidak dengan agama ISLAMnya. Dia masih berpegang dengan ISLAM.




Nek cerita lagi dulu selalu keluar surat khabar. Tapi bila kes tu dah 'disenyapkan' atuk dan nek pun dah pindah ke tanah Melayu, mereka hanya mendengar berita kematian beliau.Agamanya?
Wallahua'lam.Hanya ALLAH mengetahui isi hati hambaNya.




Kes Natrah salah satu sejarah yang membuktikan betapa Belanda atau umumnya pihak bukan islam berusaha merosakkan akidah, menjatuhkan maruah Islam walaupun satu nyawa! Namun bersyukur kerana masa tu umat islam 1 negara malah 1 dunia prihatin dan berjuang untuk mempertahankan akidah walaupun untuk SEORANG, walaupun mereka tidak kenal siapa itu NATRAH tapi mereka menangis bersama, berdoa bersama demi menyelamatkan 1 akidah.





Kes Natrah bukan berlaku zaman tertentu tapi realitinya zaman sekarang lambakan kes yang sama berlaku Nauzubillah. Sama-sama kita renung apa yang terjadi pada ISLAM bukan pada agama itu sendiri tapi pada penganutnya kerana ISLAM itu sendiri sudah SEMPURNA, yang bermasalah kritikal sekarang ni UMAT ISLAM itu sendiri.



Wallahua'lam. Asif ala kulli hal..Allahu yusallimik.

Ahad, September 12, 2010

M.A.K.A.NNN..

Assalamualaikum..
Salam lebaran..TaqabbalAllahu minna wa minkum ^_^
Mungkin raya terakhir di tanah air..haha..ok drop da subject..(nanti ada orang sdey!)
Semalam 2nd syawal, lepas ikut kak yana wa abg kamal beraya 1 kampung *hiperbola*
tiba-tiba abg Kamal cerita fasal makanan arab. huh..terimbau makan2 dengan kawan2 meg5 duluuuu dengan ustaz Ibrahim! =(

Lepas tu, abg Kamal pun ajaklah makan kat rstoran arab dekat dengan MMU. So lebih kurang pukul 6 lebih kami pun bertolak solat maghrib kat masjid MMU. Imam dia foreigner! sedap..=D

Dipendekkan cerita kami ni order.................

ini air kotak mangga biasa jer tapi rm 2!huh..pekat dan manis



ini namanya kabab, roti arab + dgg kambing


atas ni namanya kabsah.Beras arab ni panjang2. Seorang makan banyak tapi di restoran ni kongsi 2 orang baru habis =D.Overall sedap dan menyelerakan .thumbs up!



ini namanya kunafah. macam kuih. manis. rasa minyak sapi. ada rasa rangup2 sikit.

Kesimpulannya boleh tahan restoran Dami ni. Bolehlah pergi cuma kambing dia ermm..kurang sikit ummphh tapi ok jer.

Syukran jazilan..jazakallah..merci..mutasyakkir..asykurik..thank you..arigatao..xie..xie.. belanja kitaorang!

Sabtu, September 04, 2010

Jom buat kuih raya ^_^

Assalamualaikum....




Hari ini dalam sejarah =p...




Pagi-pagi lepas sahur, hmm takdela lepas sahur sangat mak ajak buat kuih raya. Ada kata kuih arab ada kata kuih suji oat dan sebagainyalah. Kuih ni memang nak kata tradisilah tiap-tiap tahun mesti ada mesti buat. Tahun ni terpaksalah buat sorang2 tapi mak,nek dengan akak adala tolong half time yang pertama. =)


So, this is the recipe..............


KUIH BADAM QUAKER OAT


BAHAN-BAHAN:



  • 21/2 Cawan oat (blend dulu) 400g

  • 2 cawan minyak sapi (jgn gne QBB x halal!) 500g

  • 2 cawan gula halus/ gula icing

  • 5 1/2 cawan tepung gandum

  • Badam + telur kuning (sebagai hiasan)

  • 1 camca teh baking powder


Cara nak buat petik jari je...mudah..senang..cepat..hee~


1) gula, minyak sapi, baking powder (tepung penaik), tepung gandum, oat di gaul rata sehingga sebati.


2) Bila da sebati, gelek jangan bagi nipis sangat nanti takde ummph sangat.


3) Terap dengan penerap yang comel-comel.


4) Hias dengan badam hiris tu dan sapu sedikit dengan telur kuning.


5) Letak dalam loyang dan masukkan dalam oven.


p/s:kalau tak rajin sangat badam tu masukkan masa nk gaul sebati.


Ok.selamat mencuba! ^_^


p/s:kali ni buat sungguh-sungguh sebab lepas ni tak tahu bila boleh wat lagi kat rumah.

Penat bukan sebab buat kuih tapi kemas tepung sana-sini..haha





Jumaat, Ogos 27, 2010

Finished~

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sedar tak sedar dah masuk fasa kedua Ramadhan kali ni.Alhamdulillah Dia masih beri kesempatan untuk terus bernafas dan menggunakan nikmatNya. Alhamdulillah..


Selepas lama dah berehat dari 'blog walking'..Baru hari ni terasa nak menconteng2 kat blog ni =D
Sebenarnya agak baru habis final exam. 1 moment yang paling terkesan dalam hati sebab pelbagai kejadian yang terjadi =p

Dimulakan dengan kertas anatomy (fuhhh..~) dan yang terakhir physiology (weee~~) akhirnya selamat dijawab.Sebut tentang exam ni teringat nasihat ustaz Ridha dengan kiasan yang cukup menarik. Satu hari, ust buat kuiz yang terakhir tentang ibn Rusyd dan sumbangan islam dalam oftalmologi, farmakologi dengan pembedahan. Hanya 2 soalan untuk 2 markah dan yang paling best soalan tu dijawab dalam kumpulan. Sebelum diberi soalan ustaz tenung seorang demi seorang dan tiba-tiba tergelak. Ustaz menjelaskan, "tengok kamu ni nak jawab 2 soalan saja, dalam kumpulan pula tu bukan sorang-sorang pun tapi muka MasyaAllah takut sungguh." 1 kelas tergelak refleks dengan apa yang ustaz cakap.Malu sendiri sebab tak sedar pun terzahir ketakutan dengan das-das soalan ustaz yang biasanya kritikal.hee~.

Ust sambung " macam tulah manusia apabila di Hari Akhirat kelak masing-masing dengan ketakutannya kerana terfikirkan amalan-amalan yang dah dibuat kat sini. Tengok kamu ni takut sangat dengan soalan ustaz....ni baru soalan ustaz tapi kalau soalan Allah macam mana agak-agak ketakutan kamu kan?". Yup memang betul soalan ustaz, kena betul lah dekat batang hidung sendiri. Stay up dengan kawan-kawan duk menghafal isilah, cari kat internet, bincang2 dengan kawan demi dua markah! Tapi persediaan kita tuk soalan2 dari Pencipta tak sama dengan persediaan tuk exam. Ya Allah,tersedar diri ni masih sedikit amal sedangkan ruang tuk ibadah tu 24/7!

Next soalan pertama alhamdulillah dapat jawab tentang Ibn Rusyd.Soalan kedua agak lama juga ust berfikir. Dalam hati doa moga2 dipermudahkan. Dapatlah soalan oftalmologi tolong!..Then soalannya berikan sumbangan islam dalam bidang............oftalmologi. Ya Allah,alhamdulillah! cepatnya Allah kabulkan doa..Sungguh menjeleskan kumpulan2 lain.Maaflah rezeki kami memang murah hari tu. Ada hikmahnya kami diuji semasa persediaan nak bentang tentang sejarah oftal dulu. ^_^
Note:everything happens has a reason ryte?

The lesson is, mintalah sebanyaknya bukan sebab untuk Allah tahu apa yang kita pinta kerana Allah sudah mengetahui apa yang kita akan minta sebab DIA yang mentakdirkan hati ini untuk meminta tapi sebagai tanda pengabdian sebagai hambaNya.Lagi satu lepas ustaz tegur berkias, ujian2 selepas itu rasa lebih tenang untuk menjawab sebab sebenarnya ujian kat dunia ni apalah sangat kalau nak bandingkan dengan ujian kat sana.Tapi tak bermakna pandang ringan dengan ujian dunia cuma kesedaran dalam diri moga usaha kita untuk hari sana berlipat ganda super dari usaha utk ujian di sini.InsyaAllah..

Alhamdulillah syukur yang infiniti sebab dapat masuk INTEC, bumi tarbiyah kedua selepas tanah SMAPK, banyak mengubah pemikiran dan pengalaman yang 'lebih mencabar'. Kesyukuran yang tak terlafaz.Moga Allah kekalkan hidayah yang diberi..aminnn..aminnn

Moga diri ni dan pembaca berada dalam redhaNya..aminn ^_^

Nota kaki:oftalmologi=satu bidang perubatan tentang mata dan penyakitnya.*like this veryyyy much*



Wallahualam..
p/s:Bila di rumah, terkenang pula kat INTEC..huu~ =(
p/s:macam seronok pula guna bahasa skema2 ni..haha =p

Selasa, Ogos 17, 2010

Ramadhan Kareem~

Dengan Nama ALLAH...

Assalamualaikum dan salam sejahtera =DD




Alhamdulillah Allah masih bagi kesempatan untuk berjumpa bulan 'tanpa syaitan'...RAMADHAN KAREEM~~ ALLAHU AKRAM!!....alhamdulillah..alhamdulillah..



Dan..




Debaran semakin terasa untuk.....


...................


FINALLLLL~~




aha..maka dimaklumkan blog ni akan 'kaku' seketika sehinggalah tamatnya ujian dunia ni..ehehehe..




Dan kepada sahabat-sahabat lain ma'an najah!! Gantungkan tawakal hanya pada Dia ^_^










Sekian

Selasa, Ogos 03, 2010

Soalan tu macam mana nk jawab??

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah walhamdulillah....
*sambil dengar lagu raya*..hehe..kenapa??
a'syan khabar angin TERBARU mengatakan fly raya ketiga! heh..takda perasaan la cek dengar..
malas nak fikir panjang2 kita tunggu pre-departure 12 Ogos t ye sahabat2 semua =D
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nak ceritaaaaaaaaaaaaa tapi sebab 2-3 hari ni banyak presentation nak kena ready maka kena kurangkan sikit masa 'berblogging' ni.
One day, in bus from INTEC to Cemara, one chinesse girl from programme medic Rusia jpa asked something, " What programme are you?"
Heh, lebih kurangla..lepas sembang2 ringan baru tahu yang dia ingat Mesir and Egypt tu 2 negara yang berbeza.Takpelah dah bagitahu yang sebetulnya.
Then, dia tanya lagi, 'Why you choose Egypt? Is arabic language difficult to learn to understand and so on?"
Erk..tetibe terkelu pula lidah ni nak cakap..And jawablah seikhlas hati janji dia faham sikit2 and proudly cakap bahasa arab tu senang and tak susah mana pun..
Turun2 bas macam nak tergelak pula cakap bahasa arab tu senang.Sebelum ni..haisss..hehe
Tapi betullah kita yang menyebabkan benda tu susah atau senang..
Bukan sekali je orang tanya kenapa pilih middle east.Berapa puluh2 orang dah tanya. Bila tanya balik kenapa pulak.Mostly jawab bukannya maju mana kat sana bandingkan ngan local atau europe, tak pun kata HO dari middle east ni selalu je kena marah ngan MO kat sini..kualiti rendah..student x berapa outstanding sangat sebab less competition..and ada juga bagi pendapat stadi kat local ke oversea sama je, So takde beza pun baik stadi kat local.Kalau nak cakap ada pengalaman lebih, takdalah penting sangat bila balik sini..Ha, amik hang!
So, tinggalkan persoalan2 ni sementara waktu. Dan terima kasih pada sahabat2 dan sesiapa yang pernah bertanya soalan2 di atas sebab kalau tak ditanya tak akan tahu apa tujuan sebenar nak pergi sana. Syukran jazilan kerana sedarkan supaya boleh setting niat betul2.
Wallahualam~
P/S: a'syan=kerana
arab ammi tu =p


AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN AL-MUBARAK!! =D

Rabu, Julai 21, 2010

JPA lagi dan lagi

Assalamualaikum w.b.tNumbered List
Dengan Nama Allah...
Hari ni briefing sikit2 dari pihak JPA.As a reminder :
1)Pre departure 12 Ogos kat p/jaya. Pakaian blazer and so on...huh
2)Fly tepat 12 TENGAH MALAM 20 SEPTEMBER 2010 insyaAllah
*sempat raya* =D
3)Mesir and jordan fly sekali.Kami sempatlah hantar2 sahabat2 jordan sbb berhenti kat Amman dulu.
4)Tak sama dengan MARA penerbangan kami (JPA) =(
5)JPA bayar duit tiket pergi dan balik hampir rm 7000++ kot..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rasa beratnya amanah y tengah pikul ni. Bila fikir balik bersalah pula rasa mengantuk dalam kelas...rasa malas nak buat assignment..rasa malas nak belajar..rasa malas nak bertanya apa yang tak faham dann...macam-macam lagi.Macam menzalimi orang lain sebab tak gunakan semaksimum usaha..sedangkan duit untuk belajar ni duit rakyat juga..Siapa yang cakap tak cukup duit yang dah masuk tu...haishh..memang la tak menghargai langsung..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
So,BERUBAH!! =)) yup semestinya kena berubah tapi ada seorang sahabat tu tiba2 takut untuk berubah. Pelik . Bila fikir2 balik..mesti ramai yang takut untuk berubah..more spesifik berubah ke arah sesuatu kebaikan..contoh dari pakai tudung kecil ke tudung yang besar sikit lagi ke dari on off stokin terus on je pakai stokin..dari baju yang tak cukup kain dan pakai saiz adik bongsu tukar sikit2 ke baju besar.Kan nampak bentuk badan dikira aurat kan? Dari suka tarik baju nampak lengan kan ke elok pakai hand sock kan? ha...cantik je kalau kita tutup sempurna.Sejuk mata memandang sejuk perut mak yang mengandungkan kita..=D
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
p/s: Teringin nak hidup dalam suasana yang syariat ditegakkan, hedonisme disisihkan.
INSYAALLAH!
Wallahualam....

Sabtu, Julai 17, 2010

PULANGLAH~~

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam alaik....

Alhamdulillah dah masuk bulan syaban...lepas ni RAMADHAN!! Moga ALLAH beri kesempatan tuk jumpa sebaik-baik bulan...INSYAALLAH....lepas tu Syawal dah..hmm...lepas tu..fly?!
heh...*cepatnya masa berlari-lari!*

Siang tadi ramaiiiii y balik rumah dah..xcitednyer x payah cerita..sanggup minta miss cepatkan habis kelas..miss pon pandai suruh participate dalam kelas dia...Jadi..meriahlah kelas dengan para volunteersssnyer...=p..beg balik kg bersusun belakang kelass..hehe..sama je tyme sekolah.tolong angkat2 barang..Habis kelas buka laptop ingat nak buat assignment tapi entah..hmmm..entah lah tertiba nak buka gambar..tengok gambar raya..heheee~~ baru sedar kalau nak kumpul semua adik beradik plus mak ayah nek setahun tu susahhhh sangattttt..nak2 sekarang dah ada keluarga masing2..cepatnya masa berlalu..(cepatnya nak fly dah =(( ) Lepas ni dah....eh dah2 ni penangan classmates la nak balikkkk jer..huhu..Act nak cerita lain...cerita ni juga yang keluar..=)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Moral untuk diri sendiri, untuk buat sesuatu keputusan yang penting sangatlah susah..pening2 lagi nak fikirkan awlawiyat nya sekarang..nak utamakan yang utama tapi tak dapat beza mana satu yang lebih utama..Allahu Akbar..gelisahnya hati baru-baru ni.Konflik yang pelbagai..dengan ujian yang melanda baru-baru ni.Rasa nak nangis pun ada gak..tapi...kalau kat sekolah banyak port boleh buat..my bestiestss..rindunyaa..=(..
Alhamdulillah...ujian itu 1 rahmat..Doakan moga segalanya berjalan dengn penuh hikmah..
Moga keputusan ni diredaiMU..aminn~
WALLAHUALAM

Sabtu, Julai 10, 2010

~leptospirosis~

Assalamualaikumm...

Alhamdulillah..izzayyiku??*how are you(plural)*

Hari ni kita kongsi sikit pasal ni: LEPTOSPIROSIS

Penah dengar?

a.k.a virus kencing tikus. Penyakit yang agak baru melanda kat negara ni. Based on news kat sini,
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0710&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_10.htm

Salah satu contagious disease (penyakit berjangkit), jarang berlaku dan tenat/ teruk.Berjangkit kerana beberapa spesies lestospira yang berbentuk lingkaran (spiral shape).

Biasanya berlaku di negera yang beriklim panas. Berlaku disebabkan pendedahan air yang tercemar dengan air kencing binatang.

RISIKO

  1. Pekerjaan di tempat yang panas: Petani, peladang dll
  2. Barang di rumah, binatang peliharaan, anjing dan makanan yang digigit oleh tikus, arnab dan ruang perangkap udara
  3. Aktiviti seperti berbasikal di denai yang berair, berenang dan berkayak.

GEJALA
  1. demam, menggigil, sakit anggota badan, sakit kepala
  2. loya, muntah, cirit-birit

Maklumat lanjutan boleh tengok di sini http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/Leptospirosis.pdf

P/S: Rasulullah ada pesan yang prevention is better than cure. Jom kita amalkan konsep wiqayah (prevention). Menurut ibn Qaiyim Al-Jauziah dalam Tibb An Nabawi

ada digariskan panduan kesihatan.Kesimpulannya Baginda mengajar kita supaya sentiasa bersederhana dalam apa yang kita ambil dalam hidup. Especially pemakanan.Antaranya ialah

  1. menutup bekas makanan.
  2. Menjaga persekitaran.
  3. Sekali-sekala kenyang diharuskan

dan sebagainya

Minta kita semua dijauhkan dari segala bahaya.Aminn~~

Wallahualam..

Rabu, Jun 30, 2010

Tiada tajuk~~

~~NAK BALIK~~
p/s:blog dalam pembikinan.Harap maaf atas segala kecacatan teknikal =(

Ahad, Jun 13, 2010

"Saya nak untung dalam pelaburan kat sana"

Bismillah walhamdulillah



Alhamdulillah diberikan lagi kesempatan tuk terus bernafas menikmati nikmatNya.Kebelakangan status diri tak stabil.sangat tak stabil.Hati rasa entah.Serba tak kena.Rasa rindu kat biah sekolah membuak2.Kawan2 kat sekolah.Erm..rinduuu~~rasa lemas bila kemungkaran di depan mata dan yang melakukannya..aduhh terer dlm selok belok agama.Moga Allah memberi petunjuk kepada kita.Aminn..
Sekarang semua tengah sibuk menyiapkan kertas kerja + presentation yang mcm air tak putus2..huhu..sampai 1 tahap blur tak tahu nak buat yang mana satu dulu.Dan surenya semua tengah nervous nak buat role play-klimaks BI. =P.nak menjejakkan hati ke blog2 makin suram je smngt ni.DSementara menunggu ngantuk yang tak kunjung tiba ni,curilah masa nak mencoret kat sini. =D. Moga apa usaha yang dah dilakukan,sedang dilakukan dan akan dilakukan InsyaAllah akan dikira sebagai ibadah.Aminn..aminn..aminn








Dalam 1 slot yang membincangkan Hadis 40 syarah Imam Nawawi.(Hadis yang ke 40)

Dari Ibn Umar radiyallahu anhuma katanya:Rsulullah s.a.w memegang bahuku lalu bersabda; Hendaklah engkau berada di dunia seolah-olah seperti pedagang, atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara). Dan adalah Ibn Umar berkata; Jika engkau berada pada waktu petang maka janganlah engkau menunggu pagi, dan apabila engkau berada pada waktu pagi janganlah engkau menunggu pagi.Dan gunakanlah dari sihat engkau untuk masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau.
RIWAYAT BUKHARI








1 analogi diketengahkan bayangkan kita akan fly ke 1 negara yang kita sorang2 je yang islam kat tempat kita belajar tu.Dikekelilingi non-muslim yang kita tak arif tentang perspektif mereka pada islam.Mesti kita buat preparation yang sangatttt rapi dari segala segi.Pakaian,duit,dan yang penting fardhu ain dan kifayah.Kita seboleh2 nak prepare sesempurna boleh sebab kita tak tahu pun untung nasib kita kat tempat baru.Takut,excited,gembira,sedih dll betul tak??








Zaman sekarang ramai yang terlibat dalam pelaburan saham untuk mantapkan ekonomi.*maaf tak arif sangat dengan eko,x dapat huraikan lagi*.Sama ada untung atau rugi je kan.





Tapi kita lupa kita SEMUA ada saham kat 'sana'.Kita tak tahu kita kat sana apa nasib kita.Hanya ada 2 pilihan NERAKA @SYURGA..Kita tak tahu kita masuk yang mana.Dunia ni Allah bagi masa untuk kita berusaha kumpul saham Akhirat dengan mata wang pahala atau dosa.





Terfikir hari ni aku banyak mata wang yang
mana?Apa yang aku dah prepare tuk ke sana selama aku hidup ni?Cukup ke saham kat sana? Fikir tu je dah rasa aduh sikitnya saham kat sana tu~.








Antara inisiatif yang mudah yang Allah nyatakan dalam as-saff (10-11)





"Wahai orang-orang yang beriman,Mahukah kamu Aku tunjukkan perdagangan yang menyelamatkan dari azab yang pedih?Beriman kepada Allah dan rasulNYA dan berjihadlah di jalan Allah dengan harta kamu dan jiwa kamu.Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui."








Banyakkan bersedekah tak kira pada sesiapa dan dalam bentuk apa-apa pun.Duit,ilmu,masa kita,senyuman,tenaga kita niatkan sebagai sedekah moga dapat ditukarkan kepada mata wang pahala kat sana!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ni besdey salah sorang kawan sekuliah.Agak kejam juga kiteorg ni n the best actors and actress.Wat komplot curi fon dia! tula sape suruh cakap fon is my first favourite thing.Kan dah kena.Penangan sampai tak boleh buat kerja.Tapi respek juga.Even geram tahap giga pun bole senyum2..ehem..ehem.. hehe...Malam pula buka puasa sama2 kat ole2.pastu tetiba pula ajak main bowling.Herm..layannnn~~~ tapi kan best kalau tempat bowling asing ikut gender.Syok!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`
Nex week ada mid term utk 3 paper je.KOT. Hari ni ati remuk juga bila dapat quiz bio pasal bones. =(
*sesi muhasabah bermula sekarang dan takkan berhenti!*

ok.sign out.Moga semuanya diberkati Allah.
Allahuyubariku fiik!!

wallahualam

Jumaat, Jun 11, 2010

Medicine=Civilization???

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam..



Mula2 dulu peliklah apalah kaitan medik dengan s
Sudah lama jari tak menari2 atas keyboard ni.Rindu nak cerita kat sini.Semenjak dua menjak ni terkesan dengan beberapa insiden yang berlaku kat kelas *perhatian semua MEG5 K* Tapi hari ni nak cerita satu jela.Satu perkara menarik mula2 dulu ialah prep medicine pun kena belajar sejarah(ULANG:SEJARAH).Subjek tu namanya Civilization in medicine.Ustaz yang ajar pun memang suka membunuh kata2 kiteorang ni dengan soalan kritikal yang dijawab dengan senyuman yang manis dari kiteorang dan gelak tawa.Ok,sekarang ada improve sikit kot =D

ejarah.Hm lebih tepat lagi sejarah perubatan dalam tamadun Islam.Perlu ke? tula benda2 yang keluar 1st tyme tau subjek ni.Nak2 1st kelas ustaz speaking,:sudahhh..sejarah dalam bi ke?? adusss =",=.Tapi2 abis kelas ustaz pun cakap silibus dalam bm.fuh,legaaa~~




Bila recall2 zaman sekolah dulukala *cehh* majoriti mesti tak minat sejarah kan? kan?..Ha,ada kata susah nak ingatlah,malasss,banyak sangat,tak reti nak wat esei dan 1001 alasan yang variasi versinya.Zaman sekarang pon budak2 remaja ni susah nak minat sejarah apatah lagi nak hayati.Filem2 sejarah pun tak dapat sambutan,menang lagi filem hantu,Twilight dan sebagainya lah.Tapi pendekatan ustaz sangat menarik,ustaz bukannya huraikan sejarah tapi memberikan 1 analogi yang menunjukkan kepentingan sejarah dalam perubatan islam sekarang.








Tak melampau kalau nak kata bangsa yang maju adalah bangsa yang mengkaji sejarah.Sekarang ni kita nampak obviously Barat memang maju.Sangat maju.Ekonomi dunia diaorang yang pegang sekarang.Guna mata wang diaorang.Kita banyak bergantung baragan dari sana.Kalaulah kita tak bergantung pada diaorang tak mustahil negara bankrap.Salah satu faktor ialah mereka MENGKAJI SEJARAH.Ada 1 tempat kat Barat *maaf terlupa* dikumpulkan semua artifak2 sejarah.Even Malaysia punya artifak yang ori simpan kat situ.Yang ada kat sini hanyalah salinan bukan yang asli betul2.Pelik kan khazanah negara,mereka yang simpan.Logiknya buang masa je simpan kat arkib sana tapi mereka bijak,dengan mengkaji sejarah,diaorang come up dengan kemajuan yang sekarang kita boleh tengok.





Tak jelas lagi???





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Contoh PPSMI sekarang dah dimansuhkan sebab dapat tentangan yang hebat *muut dari macam2 pihak.Padahal Tun M kata dengan PPSMI bangsa kita boleh maju dalam era globalisasi.
Tapi praktikalnya agk mengecewakan sebab ramai students tak boleh cope cara ni.Even tak disangkalkan ada juga positifnya cuma negatifnya lebih akbar.



Sekarang kita akan kaitkan dengan zaman tamadun Islam:Zaman Abbasiyah





ZAMAN KEEMASAN/ZAMAN KEGEMILANGAN


Antara khalifah yang terlibat ialah Khalifah Harun Al-Rashid dan anaknya Khalifah Al- Makmun.



Ada beberapa perkara yang nak dihighlightkan iaitu macam mana zaman ni boleh maju esp dalam perubatan sehinggakan dalam beberapa bidang contohnya oftalmologi(kajian ke atas mata dan penyakitnya) dikatakan lebih maju dari barat lebih ratusan tahun maju:




Khalifah



Khalifah di atas sangat mementingkan ilmu bahkan mereka pun berusaha menuntut ilmu sains dan agama.Mereka menjemput cendekiawan dari tamadun2 lain untuk mengajar mereka dan cendekiawan islam.Kerana mereka tahu dengan ilmu:


-Dapat membentuk masyarakat yang bertamadun dan intelektual


-Luaskan kuasa dan pengaruh


-Memajukan negara



Sifat Toleransi





Keterbukaan dalam menuntut ilmu memberikan hikmah yang besar pada umat islam zaman tu.Mereka belajar,menilai dan mengkaji ilmu dari tamadun lain untuk perbandingan dan penyelidikan.Jelas menunjukkan tak salah kita mempelajari ilmu apa pun janji jangan sesekali pisahkan ilmu tu dari Islam maka jadilah sekular.Sedangkan semua ilmu baik atau tidak datangnya dari Allah dan manusia hanya mengkaji ilmuNya.Kesedaran para ulama zaman tu menunjukkan mereka juga pakar dalam aspek sains.





Penterjemahan


Cendekiawan dan ulama bersama2 menterjemah pelbagai karya2 tokoh tamadun lain ke dalam bahasa ibunda dan menambah baikkan berdasarkan penyelidikan yang berteraskan Quran dan Sunnah.Pelbagai teori Barat yang dibetulkan oleh tokoh islam seperti dalam bidang oftalmologi,Ibn Al Haytham telah membetulkan teori Euclid dan Ptolemy.Mereka mengatakan cahaya dari mata menyebabkan kita dapat melihat objek.Sedangkan Ibn Al-Haytham mengataan sebaliknyaa iaitu sinaran cahaya dari matahari memantulkan kepada objek dan kemudiannya dipantulkan ke mata.Maka terbentuklah imej di pusat penglihatan kita di dalam otak.















Fakta yang menarik yang menyokong teori Ibn Haytham yang terdapat dalam buku Keajaiban Al-Quran karangan Harun Yahya mengatakan:


1)Pusat penglihatan berada di dalam otak

2)Otak adalah kalis cahaya.Mungkin kawasan dalam otak adalah yang paling gelap kita pernah bayangkan.

3)Agungnya kebesaran Allah kerana melalui tempat yang gelaplah kita dapat lihat alam sekeliling ni dengan imej yang jelas dan tajam sehinggakan sampai sekarang teknologi moden (kamera,televisyen) tak dapat nak lawan kualiti imej mata.Allahu Akbar!











Mesej yang nak disampaikan oleh ustaz akhirnya sampai juga ke otak untuk diproses*faham bila ust da keluar kelas*.Sesuatu tamadun yang nak maju perlu mengkaji sejarah dan menterjemah ilmu dari pelbagai bahasa ke bahasa ibunda dan menjalankan penambahbaikan sepertimana yang dilakukan cendekiawan zaman Keemasan.











p/s:Jika saudara kita di Palestin berjihad dalam peperangan melawan Zionis LAKNATULLAH,kita kat sini yang tidak mampu berjihadlah di bidang masing dengan membawa nama ISLAM.Berjihadlah dalam bidang ilmu.


"Bukankah kejayaan dalam bidang ilmu adalah 1 dakwah?"

Ahad, Jun 06, 2010

Bulan JUN~ ^_^

Bismillahh..

Salam..



Setelah berhempas pulas melawan nafsu kemalasan untuk update blog ni.Akhirnya terhasil juga post ni.

Now,dah masuk bulan Jun.Agak2 dah 1 bulan lebih berjuang kat INTEC ni.Alhandulillah setakat ni segalanya berjalan lancar.Belajar pun dah makin lajuuu, so otak pun da makin improve..err..insyaAllah..doa2kan! ..Quiz pun da start banyak,lebih kurang 2-3 quiz 1 mggu plus assignment plus ag paper work nyer.fuhh~~..ya salaamm


Aktiviti bulan 6 nilah rasanya paling banyakkk 24/7.Ada...

*3 assignments plus paperwork y kena submit
*BTN(14-18)
*Mid-term (28-2)

Aktiviti kat sini untuk MEP takda lagi,jadi takdela macam buzy sangat.Setiap hujung minggu biasanya ada program tuk MEP.Yang bestnya pengisian hujung minggu ni matlamatnya membentuk pemikiran yang matang,kritikal thinking,ukhwah dan banyakkkkk lagi yang takda dalam silibus kuliah dari Isnin sampai Jumaat tu =D

Oleh tu,rugilah..serius rugi kalau yang balik tiap2 minggu tu kecuali yang mmg ada hal kalau tak attend program tu.Paling ketara sekali ukhwah.Sangat manis esp bila ukhwah tu dibina atas dasar keikhlasan kan korang?*wink*

Makan dalam talam,berebut-rebut nak suapkan,makan tambah2..hehe.paling kelakar semua nak berebut licinkn talam sbb nk dapat suami soleh!=p tp kalau bab nak basuh talam memang liat! ehee..=D
Kita masing2 lain.Bolehkan kalau luangkan masa ke program out of silibus kita tuk suai kenal.Taaruf tu kan proses yang lama dan faktor yang sangatttt penting lagi2 bila sampai ke bumi Kinanah.Berkesannya taaruf tu bila persahabatan kita diuji,Kat situ dapatlah nilai ukhwah kita dengan dia macam mana.Sama ada betul2 atas dasar yang betul atau hanya zahiriah saja.Wallahualam.Kita pun tak tahu selagi kita tak diuji.Musykidah? ^_^ kat sini ramai..nak kenal semua tu 1 proses yang agak lama dengan kekangan masa belajarnya



Betullah kata sorang senior,3 cara nak rapatkan ukhwah dengan makan berjemaah, solat berjemaah,dan tidur bersama.Tak boleh lupa betul macam mana kita berhimpit2 nak tidur atas tikar dengan berselimutkan tikar gulung yang lebih,berbantalkan tangan. ;D



Alhamdulillah..syukur sangat dapat sahabat2 yang macam korang.Kalau tak jumpa 1 hari tu tak boleh,mesti ada rasa lain.*rindu* gelak sama2 share2 cerita karut-marut,struggle sama2,g pasar malam sama2..kejar bas sama2..support yang korang bagi sangat bermaknaaa,truly!


Tak tahulah kenapa pagi2 ni nak cerita pasal ni.Dah tu je yang terlintas kat hati.Kredit pada k.safirah sebab suruh saya update blog ni.*pasni akk pula!*Okay.Siapkan Biochem ngan physiology..nex week nak quizz..huhu

PESANAN:SILA DOAKAN diri sendiri,ibu,bapa,guru,sahabat,orang sekeliling kita dan terutamanya saudara2 kita yang sedang memburu syahid diberi pertolongan dari Allah dan konvoi kemanusiaan.Moga YAHUDI LAKNATULLAH DIBINASAKAN! aminn...aminnn..aminn

Jumaat, Mei 14, 2010

~ungu temanya~

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullah..


Alhamdulillahh...

terubat rindu nak menaip kat blog ni..Banyak benda nak dizahirkan ke blog ni starting masuk intec sampailah sekarang.Macam-macam benda baru yang ditempuhi..hehe..subjek baru.jadual baru..kawan baru..pengisian baru..lecturer baru...pengalaman baru..masalah baru.. =)

tapi kepenatan membataskan segalanya..minta maaflah blogku..nanti kta buat sharing moment.
Penat tak penatnyer.jadual flexible..kelas sampai pukul 6.balik..malam kuliah agama..study..assignment..presntation..Alhamdulilah banyak masa dihabiskan untuk benda2 berfaedah.. =D


Belajar?hm..setakat ni boleh follow lagi..walaupun 1st week penuh kebluran..tapi slow2 kne tukar terus masuk gear 5! hehe...

Okla..penat menguasai diri.Moga semua sahabat2 yang dah sambung belajar atau yang bakal sambung belajar dapat adapt dengan new enviroment supaya kurang sikit culture shock..

ok..
gtg
offline

ma'assalamah

Rabu, April 28, 2010

MARA result ^_^

Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum warahmatullah..


Dengan Nama Allah..

TAHNIAH!..ALF MABRUK!..CONGRATULATIONS!..OMEDETOU GOZAIMASU!..GONG XI!

ALHAMDULILLAH..

AINI HAFIZAH SALLEH *betulkan eja tu*
congratzz wey..bakal doktor muslimah harapan negara dan agama.hee~
Masin mulut ak depan uma ko biiznillah..Even intebiu ko spesel cket aritu..haha
Jumpa nanti InsyaAllah even nun di Kuantan..hukhuk..=( ak pnyla sangka kiteorang sambut ko kat INTEC ngan red carpet.takpe2.Allah knows best. ^_^


TASNIM MOHD NIZAM
alf mabruk alaiki!!..haha pasni bole celebrate besdey same2 lagi kan kembar ku?kita boleh demand kat TQA SYED nanti ok..(tqueck:adiah double tau! *wink*)
Lepas ni aku check gigi kat ko..free of charge k..=p


SALEHA SAZLI& NUR WAHIDATUL IZZATI

Ma classmatess.congratzzz jugakkk..Merasalah duduk jauh..berkembang minda duk luar selangor..ha3..takpe2 tak boleh balik selalu pun da tara hal kan?heee~~
*jgn jeles kat tqueck kalau die salu balik je =p*

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Khususan untuk semua..

Walau di mana anda berada,betulkan niat dahulu..belajar untuk apa.
.Matlamat kita bukan di dunia sahaja.
Moga segala langkah yang diambil diiringi keberkatan.
Walaupun bakal berpisah jutaan batu
tapi Doa RABITAH pengikat hati,penjalin ukhwah fillah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sahabat2 di INTEC.Teruskan mujahadah..perjuangan baru bermula!! =)
Bakal2 siswi di Shah Putra..Moga tabah sokmo..keep on fighting! =)


p/s:kredit n thanks to asyuk.rabie.tqa syed.jadi translater sekejap..Jasamu dihargai!

Isnin, April 26, 2010

alahai~~

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum..


Ke hadapan blog yang ku sayangi..ecece..cam ape jer

Hmm..ada sesapa yang simpan penawar untuk virus kemalasan? Sila beritahu penulis k?

Currently sibukkkk menghabiskan praktikal kereta moto yang sangat 'mencabar'
Doakan dapat buat yang terbaik lepas ni!..aminn Ya Allah.. =)

Medical check up tak buat lagi..passport lagilah.. tak jejak lagi pejabat imigresen tu..Kesian pula ayah,fenin2 nak uruskan 2 anak dara ni..sorang praktikal kat hospital sorang lagi ni..haih..


Moga segala urusandiiringi berkat dan dipermudahkanNya..aminnn


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

A journey kat INTEC Alhamdulillah segalanya baik2 sokmo..lepas lebih kurang seminggu program ala-ala orientasi *sbnrnya 90% taklimat panjanggg belaka* lastly dapat cuti untuk siapkan homework yang berterabur kat rumah ni.huhu


Paling best kuliah subuh dan maghrib.Kebanyakannya ust Rida yang bagi.Beliau ni suka lah sangat memanaskan hati students dengan soalan2 dia.Tapi bukan salah beliau pun k?
Soalan-soalan yang ditembak semuanya panas2 belaka.Semua yang berkaitan dengan akidah.Questions die simplest.Antaranya:

#Apa bukti ALLAH wujudkan bumi.langit dan semesta?

#Syiah, islam atau kafir?

#Macam mana riba menjejaskan ekonomi dunia?

dll...

Kesimpulannya,beliau nak kami ni dan kita sekali jadi muslim yang bukan taklid semata-mata.Kami dan kita sekali mesti jadi muslim y kuat i'tikadnya percaya berdasarkan bukti,dalil dan hujah. Selain tu untuk merantau ke bumi orang..asas agama mesti kuat.Maka dengan itu, jinak2 kan diri mencari hujah untuk memperytahankan agama dan yang aulanya mendalami ISLAM ITU SENDIRI.


Wallahualam..

p/s: tak sabar jumpa ustaz nak debatkan hujah! ^_^

Sabtu, April 17, 2010

Screw up my mind ; study begin!! ^_^

Bismillahirrahmanirrahim..



Assalamualaikum..







Tengok post terakhir..uh..lamany tak update! aha..nasib badannn..

Nak mula macam mana ni.Dah tak reti nak tulis..help me!.







Hmm..okla lepas ditemu duga oleh panel yang baik-baik belaka.Memang harapan tu tipissss lagi tipis dari kulit bawang.Sebab bila baca paper kesuluruhan calon lebih kurang 18000 lebih dan yang nak dipilahnya HANYA 1500 orang je!..Then ayah mak ingatkan ayat Ali-Imran:159



"Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad,maka bertawakallah kepada Allah.Sesungguhnya Allah suka akan orang-orang yang bertawakal kepada Nya."









Masuk dah minggu 3 bulan 4..hati da berdebar-debar ni.Start hari khamis da berapa ratus kali bukak web jpa.Sampai 1 tahap dah memang jemu tahap tak ingat taknak buka da.Tapi ayah mak kak dayah tetap semangat juga nak buka. hehe.









Khamis malam buat ops kek batik dengan kak Dayah.Tetiba ayah bagi telefon.Muka suspen je...

"Cik Kamal ke?"

"tak.JPA"

"huh?"

Selepas berbual dengan riangnya *haha* barulah tahu.Alhamdulillah temuduga tu berjaya.!

Malam tu.Saat tu dah tak tahu nak tafsir muka ayah dengan mak.eheh.Dulu ingat lagi punya la tak bagi nak pergi jauh. =)









Lepas letak phone.Blur.serious blur habis.Lepas ni nak buat apa?haha..tetiba tqa syed tepon.Dia pun dapat gak pergi Mesir! Alhamdulillah.syukur sangatt!Lepas dia telefon barulah sedar dari kebluran.hehe.







Tapi..Tapi..aih..awalnya AHAD ni kena daftar dah.Prep pun 3 bulan je.huhu..

Malam tu kak yana n kak dayah mula aura mengusik dia. "Raya n puasa kat sana jangan lupa buat salam perantau dalam surat khabar". cesssss ke situ pula fikir.

"Ready la culture shock.Belajar bukan macam kat sekolah...bla...bla...." Memangla macam nasihatkan orang tp gaya akak cam sindir je! cehh..akan ku buktikan nanti..haha InsyaAllah.









Lepas dapat tawaran ni, Ya Allah murahnya rezeki Allah bagi.Semalam kak Yana ngan Abg Kamal belanja ikan bakar.nyum nyum!..syukran kathir!..kak dayah n kak yana belanja baju..aha..i likeee..dengan 'sumbangan' dari sedara2.lagi..Sungguh tak tahu nak cakap apa.Alhamdulillahh..Moga semuanya dalam keberkatanNya.aminn.

Kesimpulannya.. Usaha + doa=tawakal dan Jaga hubungan Allah dan Manusia.

Nampak biasa2 je tapi yang luar biasanya keberkatan dalam apa yang kita buat.InsyaAllah.







Dulu2 kat sekolah kan tak pernah sangka dapat 11A.

.Dulu tak sangka dapat naik pentas *ok.tak penting sangat pun.* =).

Dulu tak sangka dapat JPA.

Dulu tak sangka dapat jejak kaki kat INTEC.

Siapa sangka.Belajar tunggang langgang pun dapat gak.

Betul RAHMAT DIA LUAS.Alhamdulillah segala nikmat tu Allah bagi rasa.

Diuji dengan kesenangan SUSAH dia berganda2 dari diuji dengan kesusahan.kan?

Tapi Alhamdulillah.InsyaAllah.dengan nikmat yang diberi ni makin rasa dekat dengan ENGKAU.amin..amin..amin..Terima kasih ya Allah!






Di kesempatan yang ada ni*eceh!* nak cakap terima kasih yang tak terhingga kat semua orang termasukla mereka yang tersinggah blog ni esp FAMILI.CIKGU.SAHABAT.TEMAN.KAWAN.KENALAN.SAUDARA MARA.AKAK-AKAK.ADIK-ADIK.

Saya sentiasa doakan kalian ;)
















wallahualam.

Rabu, April 07, 2010

JPA~~

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum.. =)

6 APRIL 2010
Tarikh keramat! hee~
hari tu ayah dengan mak amik cuti semata-mata untuk pergi PICC 4 temuduga biasiswa ke timur tengah (doakan!)
time kasih mak ayah!!!
Jangan ditanya kenapa jauh sangat pilih tempat temuduga
hukhuk.
Then sampai awal sebab nak solat kat situ,nanti senangla
tapi ayah pergi masjid juga.Masa salam ayah,
Ayah tanya,"nape tangan sejuk?"
"hehe.ayah pasang air cond kete max tadi"
jawapan bijak kan?. =p
"Ade2 jela.Jangan risau sangat.Allah dah tulis.Tiqa kenalah usaha
sikit.Lepas tu berserah je.Apa nak risau,doalah banyak2."
Tiba-tiba rasa macam nak nangis dengar ayah pesan macam tu
haish..tiqa ni haru!
Betul.Apa2 pun nak buat dalam hidup ni mesti doa dulu.Minta REDA DIA.
Moga apa yang kita buat tu adalah yang TERBAIK.
Ok.lepas masuk,terus pergi kat papan nak sign kehadiran
huh?PANEL 10.
Mak aih..4 orang je melayu! 10 orang lagi chinesse n indian
gulp!
ALAMAK!
"abislah broken sungguh bi ak nnt"
Next,cari tempat duduk ngan mak.Boraklah ngan makcik sebelah
"Anak ni sesi petang kan? amik kos apa?"
"Haah.medic timur tengah makcik."
"Oh,asing2 ye ada medic middle east pula?"
"Ada.syarat dia........anak makcik amik kos apa?
"Farmasi.dah lama masuk tapi belum keluar lagi."
"Oh,makcik , saya minta izin ye nak pergi solat jap."
"Baik2.sekolah mana dulu nak?"
"Smap kajang makcik"
"Oh,sekolah tu.Patutlah."
Huh? nape plak patutlah ea?tapi tak kanlah nak tanya..haha
Tepat pukul 2 maka bergeraklah semua calon2
kat panel2 masing2.
Sambil duduk tggu turn boraklah dengan kawan2
sepanel.Li Hwe,siyes awk sgtlah kelakar.Imaginasi tggi!
Ekhwan,member Hafiz kat ASIS rupanya.
Shuhada,ingat Faris Petra tu orang knl sgt ke?
smap kjg pun samela org mana nak kenal! =D
Sam,u r very calm.Lmbt knl kalu tak da lama sy ajar nak escape PLKN mcm mana
haha.
Time nak masuk jumpa panel, 3 orng 2 Melayu 1 Indian
Alhamdulillah.Panel2 memang sangatttt supportive!
=D
No psiko2..No tricky question and hah! takde isu semasa pun!
First2 kena ceritalah tentang diri kita.
Antara soalan yang ditembak:
1)Tuition Teachers prefer teach spot Questions than deeper knowledge
Makany mulalah broken english abis! adesss
takpelah janji panel tu angguk2 kepala
positive thinking,mereka fahamlah kot!
2)Do u have all da qualities to be a safe doc?
3)Tell me what u get from ur attachment?
4)kenapa pilih midle east?(soalan berfokus sbb y lain x pilih middle east)
5)Do u ready to memorize Quran when da uni ask u?
6)Last word,wat u want to say?
hehe..mcm killer question tp time nilah nak brth klbhn2 y kita ada.
Sesi yang sangat friendly sampai panel2 boleh gelak2
kan kiteorang ni.
Buat lawaklah.Cerita macam mana dia jumpa isteri dia,kat anat lab!
hahahaha..prof2.
Lepas salam dengan panel,Madam Subashini.
keluar bilik
ALHAMDULILLAH!!
Syukur sangat2 dah habis
hehe.
Great experience wit JPA.
Jadi,sekarang masa untuk terus berdoa dan terus berdoa, berdoa lagi dan lagi
Moga ada rezeki dapat juga ke sana!
amin..amin..aminn
Sebelum tu nak share.
pesan ayah dalam kereta.
"Usaha sudah.Lepas ni jangan berhenti doa tu.
Ayah mak tak kisah pun kalau tak dapat.
Belajar kat dalam bolehlah ayah mak tengok2 selalu.
Tapi kalau dapat pun bagus jg.Banyak pengalaman nanti.
Apa2 pun reda jelah tiqa.
Ayah mak percaya tiqa dah buat y terbaik tadi.
Jangan harap terlalu tinggi takut satu hari nanti
kecewa sampai nak salahkan takdir Allah pula tau."
Senyap sesenyapnya dalam kereta tu.Menghadam kata2 ayah
memang terkesan betul dalam hati ni.
Bila fikir2 balik betullah lemah betul iman ni.
Sebab lagi tinggi tawakal kita pada Allah.lagi tenang kita dalam hidup ni.
Lagi tinggi kita berserah pada DIA,lagi kuat kita nak hadapi hidup ni.
Itulah yang ayah nak cakap kat anak bongsu dia sorang ni
TAWAKAL sebulatnya pada DIA.
InsyaAllah..
Get da message my dear fren?
WallahuAlam.
p/s:ma'an najah pada yang akan ditemu duga:syah,najie,gha,fateen,aini,tasnim,
aini hafizah.All da bez!! =D
Terima kasih sangat mak ayah kak yana,abg kamal,k.lina,abg pian,k.daya
cikgu2.akak2 yang disayangi.aha! sahabat2 semualah
yang mendoakan.
Moga Allah memberi ganjaran yang terbaik dalam hidup masing2.
aminn =D