Rabu, Jun 30, 2010

Tiada tajuk~~

~~NAK BALIK~~
p/s:blog dalam pembikinan.Harap maaf atas segala kecacatan teknikal =(

Ahad, Jun 13, 2010

"Saya nak untung dalam pelaburan kat sana"

Bismillah walhamdulillah



Alhamdulillah diberikan lagi kesempatan tuk terus bernafas menikmati nikmatNya.Kebelakangan status diri tak stabil.sangat tak stabil.Hati rasa entah.Serba tak kena.Rasa rindu kat biah sekolah membuak2.Kawan2 kat sekolah.Erm..rinduuu~~rasa lemas bila kemungkaran di depan mata dan yang melakukannya..aduhh terer dlm selok belok agama.Moga Allah memberi petunjuk kepada kita.Aminn..
Sekarang semua tengah sibuk menyiapkan kertas kerja + presentation yang mcm air tak putus2..huhu..sampai 1 tahap blur tak tahu nak buat yang mana satu dulu.Dan surenya semua tengah nervous nak buat role play-klimaks BI. =P.nak menjejakkan hati ke blog2 makin suram je smngt ni.DSementara menunggu ngantuk yang tak kunjung tiba ni,curilah masa nak mencoret kat sini. =D. Moga apa usaha yang dah dilakukan,sedang dilakukan dan akan dilakukan InsyaAllah akan dikira sebagai ibadah.Aminn..aminn..aminn








Dalam 1 slot yang membincangkan Hadis 40 syarah Imam Nawawi.(Hadis yang ke 40)

Dari Ibn Umar radiyallahu anhuma katanya:Rsulullah s.a.w memegang bahuku lalu bersabda; Hendaklah engkau berada di dunia seolah-olah seperti pedagang, atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara). Dan adalah Ibn Umar berkata; Jika engkau berada pada waktu petang maka janganlah engkau menunggu pagi, dan apabila engkau berada pada waktu pagi janganlah engkau menunggu pagi.Dan gunakanlah dari sihat engkau untuk masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau.
RIWAYAT BUKHARI








1 analogi diketengahkan bayangkan kita akan fly ke 1 negara yang kita sorang2 je yang islam kat tempat kita belajar tu.Dikekelilingi non-muslim yang kita tak arif tentang perspektif mereka pada islam.Mesti kita buat preparation yang sangatttt rapi dari segala segi.Pakaian,duit,dan yang penting fardhu ain dan kifayah.Kita seboleh2 nak prepare sesempurna boleh sebab kita tak tahu pun untung nasib kita kat tempat baru.Takut,excited,gembira,sedih dll betul tak??








Zaman sekarang ramai yang terlibat dalam pelaburan saham untuk mantapkan ekonomi.*maaf tak arif sangat dengan eko,x dapat huraikan lagi*.Sama ada untung atau rugi je kan.





Tapi kita lupa kita SEMUA ada saham kat 'sana'.Kita tak tahu kita kat sana apa nasib kita.Hanya ada 2 pilihan NERAKA @SYURGA..Kita tak tahu kita masuk yang mana.Dunia ni Allah bagi masa untuk kita berusaha kumpul saham Akhirat dengan mata wang pahala atau dosa.





Terfikir hari ni aku banyak mata wang yang
mana?Apa yang aku dah prepare tuk ke sana selama aku hidup ni?Cukup ke saham kat sana? Fikir tu je dah rasa aduh sikitnya saham kat sana tu~.








Antara inisiatif yang mudah yang Allah nyatakan dalam as-saff (10-11)





"Wahai orang-orang yang beriman,Mahukah kamu Aku tunjukkan perdagangan yang menyelamatkan dari azab yang pedih?Beriman kepada Allah dan rasulNYA dan berjihadlah di jalan Allah dengan harta kamu dan jiwa kamu.Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui."








Banyakkan bersedekah tak kira pada sesiapa dan dalam bentuk apa-apa pun.Duit,ilmu,masa kita,senyuman,tenaga kita niatkan sebagai sedekah moga dapat ditukarkan kepada mata wang pahala kat sana!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ni besdey salah sorang kawan sekuliah.Agak kejam juga kiteorg ni n the best actors and actress.Wat komplot curi fon dia! tula sape suruh cakap fon is my first favourite thing.Kan dah kena.Penangan sampai tak boleh buat kerja.Tapi respek juga.Even geram tahap giga pun bole senyum2..ehem..ehem.. hehe...Malam pula buka puasa sama2 kat ole2.pastu tetiba pula ajak main bowling.Herm..layannnn~~~ tapi kan best kalau tempat bowling asing ikut gender.Syok!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`
Nex week ada mid term utk 3 paper je.KOT. Hari ni ati remuk juga bila dapat quiz bio pasal bones. =(
*sesi muhasabah bermula sekarang dan takkan berhenti!*

ok.sign out.Moga semuanya diberkati Allah.
Allahuyubariku fiik!!

wallahualam

Jumaat, Jun 11, 2010

Medicine=Civilization???

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam..



Mula2 dulu peliklah apalah kaitan medik dengan s
Sudah lama jari tak menari2 atas keyboard ni.Rindu nak cerita kat sini.Semenjak dua menjak ni terkesan dengan beberapa insiden yang berlaku kat kelas *perhatian semua MEG5 K* Tapi hari ni nak cerita satu jela.Satu perkara menarik mula2 dulu ialah prep medicine pun kena belajar sejarah(ULANG:SEJARAH).Subjek tu namanya Civilization in medicine.Ustaz yang ajar pun memang suka membunuh kata2 kiteorang ni dengan soalan kritikal yang dijawab dengan senyuman yang manis dari kiteorang dan gelak tawa.Ok,sekarang ada improve sikit kot =D

ejarah.Hm lebih tepat lagi sejarah perubatan dalam tamadun Islam.Perlu ke? tula benda2 yang keluar 1st tyme tau subjek ni.Nak2 1st kelas ustaz speaking,:sudahhh..sejarah dalam bi ke?? adusss =",=.Tapi2 abis kelas ustaz pun cakap silibus dalam bm.fuh,legaaa~~




Bila recall2 zaman sekolah dulukala *cehh* majoriti mesti tak minat sejarah kan? kan?..Ha,ada kata susah nak ingatlah,malasss,banyak sangat,tak reti nak wat esei dan 1001 alasan yang variasi versinya.Zaman sekarang pon budak2 remaja ni susah nak minat sejarah apatah lagi nak hayati.Filem2 sejarah pun tak dapat sambutan,menang lagi filem hantu,Twilight dan sebagainya lah.Tapi pendekatan ustaz sangat menarik,ustaz bukannya huraikan sejarah tapi memberikan 1 analogi yang menunjukkan kepentingan sejarah dalam perubatan islam sekarang.








Tak melampau kalau nak kata bangsa yang maju adalah bangsa yang mengkaji sejarah.Sekarang ni kita nampak obviously Barat memang maju.Sangat maju.Ekonomi dunia diaorang yang pegang sekarang.Guna mata wang diaorang.Kita banyak bergantung baragan dari sana.Kalaulah kita tak bergantung pada diaorang tak mustahil negara bankrap.Salah satu faktor ialah mereka MENGKAJI SEJARAH.Ada 1 tempat kat Barat *maaf terlupa* dikumpulkan semua artifak2 sejarah.Even Malaysia punya artifak yang ori simpan kat situ.Yang ada kat sini hanyalah salinan bukan yang asli betul2.Pelik kan khazanah negara,mereka yang simpan.Logiknya buang masa je simpan kat arkib sana tapi mereka bijak,dengan mengkaji sejarah,diaorang come up dengan kemajuan yang sekarang kita boleh tengok.





Tak jelas lagi???





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Contoh PPSMI sekarang dah dimansuhkan sebab dapat tentangan yang hebat *muut dari macam2 pihak.Padahal Tun M kata dengan PPSMI bangsa kita boleh maju dalam era globalisasi.
Tapi praktikalnya agk mengecewakan sebab ramai students tak boleh cope cara ni.Even tak disangkalkan ada juga positifnya cuma negatifnya lebih akbar.



Sekarang kita akan kaitkan dengan zaman tamadun Islam:Zaman Abbasiyah





ZAMAN KEEMASAN/ZAMAN KEGEMILANGAN


Antara khalifah yang terlibat ialah Khalifah Harun Al-Rashid dan anaknya Khalifah Al- Makmun.



Ada beberapa perkara yang nak dihighlightkan iaitu macam mana zaman ni boleh maju esp dalam perubatan sehinggakan dalam beberapa bidang contohnya oftalmologi(kajian ke atas mata dan penyakitnya) dikatakan lebih maju dari barat lebih ratusan tahun maju:




Khalifah



Khalifah di atas sangat mementingkan ilmu bahkan mereka pun berusaha menuntut ilmu sains dan agama.Mereka menjemput cendekiawan dari tamadun2 lain untuk mengajar mereka dan cendekiawan islam.Kerana mereka tahu dengan ilmu:


-Dapat membentuk masyarakat yang bertamadun dan intelektual


-Luaskan kuasa dan pengaruh


-Memajukan negara



Sifat Toleransi





Keterbukaan dalam menuntut ilmu memberikan hikmah yang besar pada umat islam zaman tu.Mereka belajar,menilai dan mengkaji ilmu dari tamadun lain untuk perbandingan dan penyelidikan.Jelas menunjukkan tak salah kita mempelajari ilmu apa pun janji jangan sesekali pisahkan ilmu tu dari Islam maka jadilah sekular.Sedangkan semua ilmu baik atau tidak datangnya dari Allah dan manusia hanya mengkaji ilmuNya.Kesedaran para ulama zaman tu menunjukkan mereka juga pakar dalam aspek sains.





Penterjemahan


Cendekiawan dan ulama bersama2 menterjemah pelbagai karya2 tokoh tamadun lain ke dalam bahasa ibunda dan menambah baikkan berdasarkan penyelidikan yang berteraskan Quran dan Sunnah.Pelbagai teori Barat yang dibetulkan oleh tokoh islam seperti dalam bidang oftalmologi,Ibn Al Haytham telah membetulkan teori Euclid dan Ptolemy.Mereka mengatakan cahaya dari mata menyebabkan kita dapat melihat objek.Sedangkan Ibn Al-Haytham mengataan sebaliknyaa iaitu sinaran cahaya dari matahari memantulkan kepada objek dan kemudiannya dipantulkan ke mata.Maka terbentuklah imej di pusat penglihatan kita di dalam otak.















Fakta yang menarik yang menyokong teori Ibn Haytham yang terdapat dalam buku Keajaiban Al-Quran karangan Harun Yahya mengatakan:


1)Pusat penglihatan berada di dalam otak

2)Otak adalah kalis cahaya.Mungkin kawasan dalam otak adalah yang paling gelap kita pernah bayangkan.

3)Agungnya kebesaran Allah kerana melalui tempat yang gelaplah kita dapat lihat alam sekeliling ni dengan imej yang jelas dan tajam sehinggakan sampai sekarang teknologi moden (kamera,televisyen) tak dapat nak lawan kualiti imej mata.Allahu Akbar!











Mesej yang nak disampaikan oleh ustaz akhirnya sampai juga ke otak untuk diproses*faham bila ust da keluar kelas*.Sesuatu tamadun yang nak maju perlu mengkaji sejarah dan menterjemah ilmu dari pelbagai bahasa ke bahasa ibunda dan menjalankan penambahbaikan sepertimana yang dilakukan cendekiawan zaman Keemasan.











p/s:Jika saudara kita di Palestin berjihad dalam peperangan melawan Zionis LAKNATULLAH,kita kat sini yang tidak mampu berjihadlah di bidang masing dengan membawa nama ISLAM.Berjihadlah dalam bidang ilmu.


"Bukankah kejayaan dalam bidang ilmu adalah 1 dakwah?"

Ahad, Jun 06, 2010

Bulan JUN~ ^_^

Bismillahh..

Salam..



Setelah berhempas pulas melawan nafsu kemalasan untuk update blog ni.Akhirnya terhasil juga post ni.

Now,dah masuk bulan Jun.Agak2 dah 1 bulan lebih berjuang kat INTEC ni.Alhandulillah setakat ni segalanya berjalan lancar.Belajar pun dah makin lajuuu, so otak pun da makin improve..err..insyaAllah..doa2kan! ..Quiz pun da start banyak,lebih kurang 2-3 quiz 1 mggu plus assignment plus ag paper work nyer.fuhh~~..ya salaamm


Aktiviti bulan 6 nilah rasanya paling banyakkk 24/7.Ada...

*3 assignments plus paperwork y kena submit
*BTN(14-18)
*Mid-term (28-2)

Aktiviti kat sini untuk MEP takda lagi,jadi takdela macam buzy sangat.Setiap hujung minggu biasanya ada program tuk MEP.Yang bestnya pengisian hujung minggu ni matlamatnya membentuk pemikiran yang matang,kritikal thinking,ukhwah dan banyakkkkk lagi yang takda dalam silibus kuliah dari Isnin sampai Jumaat tu =D

Oleh tu,rugilah..serius rugi kalau yang balik tiap2 minggu tu kecuali yang mmg ada hal kalau tak attend program tu.Paling ketara sekali ukhwah.Sangat manis esp bila ukhwah tu dibina atas dasar keikhlasan kan korang?*wink*

Makan dalam talam,berebut-rebut nak suapkan,makan tambah2..hehe.paling kelakar semua nak berebut licinkn talam sbb nk dapat suami soleh!=p tp kalau bab nak basuh talam memang liat! ehee..=D
Kita masing2 lain.Bolehkan kalau luangkan masa ke program out of silibus kita tuk suai kenal.Taaruf tu kan proses yang lama dan faktor yang sangatttt penting lagi2 bila sampai ke bumi Kinanah.Berkesannya taaruf tu bila persahabatan kita diuji,Kat situ dapatlah nilai ukhwah kita dengan dia macam mana.Sama ada betul2 atas dasar yang betul atau hanya zahiriah saja.Wallahualam.Kita pun tak tahu selagi kita tak diuji.Musykidah? ^_^ kat sini ramai..nak kenal semua tu 1 proses yang agak lama dengan kekangan masa belajarnya



Betullah kata sorang senior,3 cara nak rapatkan ukhwah dengan makan berjemaah, solat berjemaah,dan tidur bersama.Tak boleh lupa betul macam mana kita berhimpit2 nak tidur atas tikar dengan berselimutkan tikar gulung yang lebih,berbantalkan tangan. ;D



Alhamdulillah..syukur sangat dapat sahabat2 yang macam korang.Kalau tak jumpa 1 hari tu tak boleh,mesti ada rasa lain.*rindu* gelak sama2 share2 cerita karut-marut,struggle sama2,g pasar malam sama2..kejar bas sama2..support yang korang bagi sangat bermaknaaa,truly!


Tak tahulah kenapa pagi2 ni nak cerita pasal ni.Dah tu je yang terlintas kat hati.Kredit pada k.safirah sebab suruh saya update blog ni.*pasni akk pula!*Okay.Siapkan Biochem ngan physiology..nex week nak quizz..huhu

PESANAN:SILA DOAKAN diri sendiri,ibu,bapa,guru,sahabat,orang sekeliling kita dan terutamanya saudara2 kita yang sedang memburu syahid diberi pertolongan dari Allah dan konvoi kemanusiaan.Moga YAHUDI LAKNATULLAH DIBINASAKAN! aminn...aminnn..aminn