Ahad, Julai 31, 2011

Pendaftaran dibuka!

1369074308_064b74b58f_o

Tarikh: 1-30 Ramadhan 1432

Masa: Bangun pagi hingga tidur di malam hari

Tempat : seluruh dunia

Acara menarik: Qiamullail

                          Melambatkan sahur

                          Puasa

                          Tafaqquh

                         Mengawal berbuka puasa

                         Tadarus

                         Sedekah

                         Tarawih

                         I’tikaf

                        Jejaki malam Qadar

Hadiah dan Bonus HEBAT: Keredaan Allah

                                           Keampunan Allah

                                           Balasan syurga

                                           Tingkat taqwa

 

Syarat penyertaan :

MESTILAH…..

*Warganegara Muslim

*Mukmin sejati

*Ikhlas & jujur

*Ikut peraturan

*Solat fardu tak culas

JANGAN….

*Membazir

*Tidur memanjang

*Mengumpat & marah-marah

*Bergaul bebas lelaki dan perempuan

*Memakai pakaian mendedahkan aurat

 

Rebutlah tawaran paling lumayan dari ALLAH selagi STOK UMUR masih ada!

Untuk keterangan lanjut sila rujuk Quran , hadis dan ulama berhampiran anda!

 

Tawaran sah mulai 1- 30 Ogos 2011.

 

Sumber: Ihya Ramadhan 2011 PERUBATAN

Jumaat, Julai 29, 2011

ahlan ya Ramadhan!

Alhamdulillah

Fatrah imtihan sudah melabuhkan tirai walaupun berbaki 2 paper lagi. BI & Human Right jangan ditinggalkan!..

Sedar tak sedar dah habis satu tahun rupanya. Rasa macam baru je disambut senior2 PERUBATAN kat ARMA. Tak lama lagi dapat adik-adik pula. ^^ Cepat masa berlalu macam mana agaknya amalan2 selama setahun ni? Banyak ke sedikit? berkualiti ke tidak? Allah, moga Ramadhan kali ni lebih membawa makna dalam hidup ni.


Alhamdulillah

Ramadhan tiba lagi. Moga dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan yang lagi beberapa hari lagi. Tahun ni Ramadhan mungkin berbeza. Berpuasa di Ardu Kinanah. Pengalaman yang sangat berharga.*Teruja*

Allahuma bariklana fi rejab wa syaban wa balighna fi Ramadhan..amin~