Isnin, Julai 27, 2009

hilangnya permata islam #2

assalamualaikum warahmatullah..
bismillahirrahmanirrahim..
segala puji bagi ALLAH dan selawat salam kepada nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w

InsyaAllah hari ini nak kongsi lagi sedikit tentang allahyarham dr fathi yakan..

ustaz Fathi Yakan: Ulama tarbiyah terkenal kembali ke rahmatullah
oleh:Dr Syed Azman Syed Ahmad

Beliau adalah ulama terkenal serata dunia dan juga merupakan
antara penggerak awal gerakan Islam Ikhwan Muslimin di dunia Arab.
Beliau juga adalah merupakan satu-satunya pimpinan

Ikhwan Muslimin yang amat rapat dengan pimpinan PAS.
Dari Al-marhum Dato' Fadzil Nor kepada Dato' Sri Haji Abdul Hadi Awang
kesemuanya banyak merujuk dan menerima tunjuk ajar dari
'Sheikhul Tarbiyah' yang agung ini.

Sifat rendah diri, sentiasa menghormati tetamu serta tidak pernah kedekut

berkongsi ilmu dan pengalaman menjadikan hubungan kami amat rapat dengan beliau.
Sheikh Fathi juga telah beberapa kali berkunjung ke Malaysia

dan menjadi tetamu khas PAS. Malah sepatutnya beliau sekali lagi
menjadi tetamu PAS di Muktamar yang diadakan di Ipoh, Perak pada tahun lepas.
Walaupun semua persiapan telah di buat termasuk tempahan

tikat kapalterbang, namun di saat akhir saya sendiri menerima
panggilan telefon dari beliau yang menyatakan keuzuran untuk
bersama di Muktamar PAS.
Ya, bila disebut sahaja nama Ustaz Fathi Yakan kepada masyarakat Malaysia maka akan teringat kita kepada puluhan buku-buku yang dikarang beliau dan yang paling terkenal adalah buku 'Apa Ertnya Saya Menganut Islam', 'Islam dan Cabaran Kini' serta 'Tuntutan Dakwah dan Pendakwah'.
Ulama terkenal ini amat disegani dan dihormati di seluruh pelusuk

dunia kerana penulisan serta pemikiran beliau yang tajam dan bersifat semasa.
Beliau telah mengarang berpuluh-puluh buah kitab mengenai

dakwah dan gerakan Islam dan ianya tersebar luas di serata dunia
dan di terjemah dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu,
bahasa Cina serta bahasa Tamil. Sungguh besar jasanya dalam mewarnai
dunia harakah islamiyyah
Masih lagi segar di ingatan kenangan manis sewaktu saya bersama

Presiden PAS, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang berkunjung ke pejabat
beliau di kota Tripoli di Selatan Lubnan setahun yang lalu.
Pejabat yang terletak di pinggir bandar Tripoli itu juga merupakan

sebahagian daripada kampus Universiti Jinnan yang telah dibangunkan
oleh beliau bersama isterinya sejak lebih daripada 15 tahun.
Kini universiti Jinnan berdiri tersergam indah dan telah berjaya

menghasilkan ribuan graduan dari serata pelusuk dunia.
Ustaz Fathi Yakan sewaktu kami berkunjung ke pejabat beliau
dikelilingi oleh ratusan kitab-kitab dan buku-buku yang ditulis
serta dirujuk oleh beliau setiap waktu.
Dalam pertemuan bersama Ustaz Fathi Yakan, beliau telah

mengingatkan tentang tuntutan perjuangan serta cabaran
yang sedang dihadapi oleh umat Islam serta dunia Islam.
Bagi Ustaz Fathi musuh-musuh Islam kini sedang meletakkan Islam

dikandang orang salah dan sentiasa mencari peluang untuk
menghancurkan Islam dan kebangkitannya dengan apa cara sekalipun.
Bagi beliau perkembangan yang sedang berlaku kini merupakan
satu cabaran yang besar yang perlu ditanggapi oleh seluruh
umat Islam dengan penuh kesabaran dan berhemah.
Ustaz Fathi juga mengingatkan umat islam bahawa musuh-musuh

Islam tidak akan sedikitpun berdiam dengan perkembangan
kesedaran dan kebangkitan Islam yang sedang berlaku di seluruh dunia Islam.
Cabaran dan kebangkitan Islam di Palestin, Iraq.

Afghanistan dan seluruh dunia Islam merupakan cabaran yang besar
yang perlu dihadapi dengan penuh berhati-hati.
Sementara itu semasa berbincang soal politik dalaman Lubnan

Ustaz Fathi Yakan menceritakan tentang percubaan Kuasa Besar
Amerika Syarikat serta sekutu terdekatnya Zionis Israel yang
berusaha untuk mengujudkan ketegangan dan perpecahan berlandaskan
mazhab terutama di antara kelompok penduduk Sunni dan Syiah.
Namun demikian beliau menegaskan bahawa percubaan ini berjaya

digagalkan kerana gerakan Islam di Lubnan telah bersatu menentang
konspirasi jahat ini tanpa mengira mazhab.
Beliau dengan tegas menyatakan sokongan terbuka kepada gerakan

pembebasan Hizbullah yang berjuang menentang penjajahan serta
kekejaman zionis Israel. Apa jua percubaan untuk memecahbelahkan
umat Islam serta rakyat Lubnan akan terus disanggah oleh umat Islam Lubnan sendiri.
Bagi Ustaz Fathi, situasi di Lubnan sekarang ini berada dalam keadaan yang amat kritikal. Pergolakan politik yang berterusan terutamanya di antaranya gerakan

Hizbullah dan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Fuad Sinora
tidak menampakkan jalan penyelesaian.
Beliau mengingatkan akan bahaya campurtangan kuasa-kuasa

besar terutamanya Amerika Syarikat, Perancis serta sekutunya dalam
politik dalaman Lubnan.
Apabila ditanya kenapakah beliau secara terbuka memberi sokongan

kepada Hizbullah, Ustaz Fathi Yakan dengan tegas menyatakan bahawa, "kita bukan berhadapan dengan soal-soal yang remeh-temeh yang boleh memecahbelahkan
umat islam sendiri tetapi kita berhadapan dengan musuh yang lebih
besar iaitu Amerika Syarikat dan Zionis Israel yang sentiasa melakukan
kezaliman terhadap umat islam di serata dunia."
Bagi beliau Hizbullah adalah sebahagian dari perjuangan Umat Islam

menentang musuh yang besar ini. Beliau juga menegaskan bahawa
penyelesaian kepada konflik politik Lubnan adalah dengan tidak
membenarkan penglibatan mana-mana kuasa asing luar untuk turut
campurtangan dalam menentukan masa depan politik Lubnan.
Perbincangan kami juga berkisar tentang persoalan konflik dunia

Islam di bumi Palestin. Ustaz Fathi menyatakan bahawa gerakan Hamas
yang menang dan berkuasa secara demokrasi sehingga kini tidak
diberikan pengiktirafan sewajarnya oleh dunia Barat.
Malah mereka terus ditekan dengan pelbagai bentuk sekatan politik

dan ekonomi yang tidak berperikemanusiaan terutamanya terhadap
penduduk Palestin yang menderita kekurangan makanan harian dan bahan perubatan.
Begitu juga usaha yang dilakukan bagi menyatukan kepimpinan

politik Palestin tanpa mengira parti dan kelompok dengan membentuk
sebuah �kerajaan kesatuan� masih tidak di diiktiraf oleh Kuasa Besar Barat
terutamanya Amerika Syarikat dan sekutunya.
Gerakan Hamas terus dilabelkan sebagai sebuah pertubuhan terroris serta

pengganas walaupun mereka terlibat dan mendapat sokongan daripada
rakyat melalui sistem demokrasi yang disanjung oleh kuasa barat sendiri.
Begitu juga dengan situasi terkini di Iraq. Ustaz Fathi melahirkan kesedihan

beliau terhadap apa yang sedang berlaku di mana setiap hari ratusan
rakyat yang terbunuh secara kejam akibat daripada penjajahan
tentera Amerika dan sekutunya.
Yang lebih membimbangkan beliau lagi adalah usaha memecahbelahkan

penduduk Iraq berlandaskan mazhab. Ini adalah diadu-dombakan dengan
perancangan rapi yang dilakukan oleh penjajah Amerika Syarikat dan
sekutunya Zionis Israel yang menghantar ratusan agen-agen Mossad
untuk beroperasi di Irak.
Ustaz Fathi Yakan dengan tegas membantah serta mengutuk keras
sebarang bentuk pertembungan dan pembunuhan berlandaskan fahaman
mazhab yang sempit. Bagi beliau apa yang penting bagi rakyat Iraq adalah
untuk berjuang bagi menghalau tentera-tentera penjajah dari bumi mereka sendiri.
Begitu juga usaha penguasaan tentera penjajah untuk membolot kekayaan

hasil minyak Iraq perlu disekat dengan apa cara sekalipun. Bagi Ustaz Fathi Yakan, penyelesaian di Iraq adalah dengan mendesak tentera penjajah segera
berundur dari bumi Iraq secara terhormat dan pemimpin-pemimpin politik
dan pemimpin masyarakat Iraq perlu kembali bersatu di atas landasan Islam
yang sebenarnya.
Ustaz Fathi Yakan juga menyentuh tentang konflik yang sedang berlaku di

Afghanistan dan juga di Chechenya. Sehingga kini ribuan umat Islam menjadi
mangsa kepada kekejaman kuasa-kuasa besar yang angkuh.
Ini semua berlaku dalam suasana dunia Barat bercakap soal demokrasi,

hak asasi manusia dan keadilan tetapi di waktu yang sama mereka sendirilah
yang sedang membunuh demokrasi di negara-negara Islam dengan
melakukan pelbagai bentuk ketidakadilan dan bersikap �double standard�
apabila berhadapan dengan dunia islam.
Ustaz Fathi mengingatkan umat Islam agar sentiasa berwaspada

dengan perancangan musuh-musuh Islam ini. Mereka kini dengan begitu
mudah diatas nama �menghapus pengganas� dan �mengwujudkan keamanan�
mereka seolah-olah di beri lesen menangkap dan membunuh mana-mana
individu di serata dunia.
Di akhir pertemuan, Ustaz Fathi Yakan juga mengingatkan kami akan tiga

cabaran besar yang dihadapi oleh gerakan Islam di serata dunia.

Pertamanya adalah cabaran dalam bentuk global di mana dunia Islam
kini diserang dengan pelbagai tuduhan dan ancaman dengan meletakkan
Islam dikandang orang salah.
Keduanya gerakan Islam di serata dunia akan terus ditekan tanpa mengira balas kasihan walaupun mereka menyerlahkan sikap yang sederhana serta terlibat secara terbuka dalam kancah politik dan demokrasi.

Ketiganya pertembungan yang sedang berlaku kini di antara gerakan Islam dan kuasa-kuasa barat bukan hanya pertembungan pemikiran tapi ianya lebih merupakan pertembungan tamadun yang amat mencabar.

Dr. Fathi Yakan juga mengingatkan agar setiap aktivis Islam sentiasa
bersabar menghadapi ujian yang besar ini. Persiapan yang mendalam
perlu dilakukan oleh semua aktivis Islam bagi menghadapi situasi baru ini.
Bagi beliau hanya dengan keimanan yang mendalam, persiapan ilmu yang cukup

serta pengorbanan yang besar sahaja yang akan menjamin kemenangan
serta masa depan gerakan Islam.


Semoga sheikh yang kami sayangi ini ditempatkan bersama para syuhadah. Selamat tinggal ya Sheikh. Al-Fatihah! - mks.

semoga kita dapat mengambil iktibar dan mencontohi semangat perjuangan beliau kepada Islam..
LETS MAKE ISLAM OUR WAY OF LIFE!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan