Selasa, September 22, 2009

sharing...

bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikumwarahmatullah...

alhamdulillah walaupun sibuk melayan tetamu dan menjadi tetamu raya ni..sempat juga nak menghadap laptop mencoret sesuatu yang boleh dicoret ^_^

Waktu petang2 yang damai di rumah ni sempat juga saya membelek buku Harun Yahya.Tajuknya Jangan Beralasan Anda Jahil..fuh..sudah lama tak membelek2 buku ni..almaklumlah masa banyak dihabiskan untuk buka buku teks kan2..huhu..yeje..

Ada 1 tajuk yang sangat memikat hati iaitu Jangan Beralasan Anda Jahil tentang suara hati anda..secara tuntasnya bab ni menceritakan:

1. APA ITU SUARA HATI DAN KAITANNYA DENGAN NAFSU??

Dalam kehidupan ini manusia sentiasa berhadapan dengan dugaan dan pelbagai insiden.kita ada 2 pilihan untuk menghadapinya samada mengikut suara hati yang dianugerahkan Allah atau nafsu yang sentiasa tunduk dan taat pada SYAITAN.

Suara hati ini adalah bukti ar-Rahman.Setiap manusia tidak kira apa latar belakangnya, usianya, beriman ataupun kafir tetap ada suara hati ini yang menunjukkan ke arah kebaikan.Bezanya mukmin mengikut suara hati untuk menggapai redaNya walhal kafir tunduk pada nafsu kejahatan.

Sejarah nabi Ibrahim telah membuktikan berdasarkan surah Al-Anbiya:62-65
ketika Nabi memusnahkan semua berhala dan meninggalkan satu berhala yang paling besar.lalu bertanya penduduk di situ "wahai Ibrahim,engkaukah yang memusnahkan tuhan-tuhan kami?lalu Nabi bersabda "tidak!tanyalah kepada tuhanmu yang besar antara mereka!maka bertanyalah kamu kalau-kalau mereka dapat berkata-kata."kemudian mereka terbalikkan fikiran mereka dan berkata "sesungguhnya kau(Ibrahim) telah mengetahui bahawa berhala ini tidak boleh berkata-kata(maka mengapa kau menyuruh kami bertanya kepadanya?)"

Merekalah yang kejam membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim walaupun mereka ada suara hati yang menyatakan kebenaran kata-kata Nabi berdasarkan dialog terakhir diatas.Namun nafsu lebih menguasai mereka sehingga mereka mengendahkan suara hati mereka.

Secara fitrahnya kedua-duanya datang dari Allah.Namun jangan anda jahil suara hati sentiasa mengajak kita ke arah keredhaan Allah dan ironinya nafsu selalu bersifat menentang, zalim, menyuruh manusia membuat kejahatan dan menentang suara hati kita.

Jadi pertama-tama yang kita perlu tahu jika mahu mendapat kebahagiaan dan keredhaan Allah ikutlah kata hati dan jangan berpura-pura jahil tentang perbezaan antara kata hati dan nafsu anda!

2. SUARA HATI VS NAFSU.

Tahukah anda setiap insiden yang berlaku ke atas kita, sangkaan awal yang terlintas itulah suara hati kita dan alasan-alasan yang diadakan adalah nafsu kita.Setiap kali kita terdengar suara hati jangan berpura-pura tidak memahaminya kerana ia selalu mengajak kita ke arah kebaikan.Ingatlah suara hati tidak pernah gagal untuk menyatakan kebenaran dan nafsu tidak pernah lelah menyesatkan kita!
Secara mudahnya saya berikan 1 situasi yang sering saya hadapi.Di dalam imtihan saya sering menukar jawapan kerana ketidakpastian (sebenarnya tidak ingat). Dari jawapan A ditukar kepada D dan sebagainya.Apabila selesai imtihan, saya menyemak buku dan mendapati jawapan asal saya adalah tepat.Wujud kekesalan yang amat mendalam dalam lubuk hati "kenapalah aku betulkan tadi"
tapi sebenarnya tidak patut berkata begitu sebab kita sudah bertawakal kepada Allah.astaghfirullah...jangan tiru aksi ini ye!

Selepas membaca bab ini, saya menyimpulkan jawapan pertama saya adalah dari suara hati yang terlintas dan yang keduanya adalah nafsu.Mengapa begitu?..kerana dalam keadaan saya yang tidak pasti, sangkaan pertama saya itulah suara hati saya.Banyak lagi perkara yang saya hadapi dalam hidup ini yang membuktikan suara hati saya adalah betul namun seringkali juga saya mengikut nafsu terutama kalau balik rumah..huhu..

Contoh lagi. Tanya pada hati masing-masing ya.Rutin di Smap Kajang la ni.
Apabila kita mendengar tazkirah dari ustaz-ustazah atau rakan-rakan kita tentang aurat misalnya, terdetik di hati kebenaran kalimah itu, terfikir juga dek akal kebenaran yang diberitahu, terasa juga di hati tentang teguran itu,
tersentak dan tersentap juga jiwa apabila kesalahan itu selalu kita buat. Pasti terlintas dalam fikiran kita rasa berdosa,jijik, malu, terasa dan rasa tak mahu buat lagi..menjerit..sinsing tangan..tak pakai stokin..rasa nak bertaubat!
Maka sedarlah diri itulah suara hati kita!

Malangnya, selepas beberapa ketika kita masih berkelakuan seperti dulu, jahil tentang aurat seperti tidak pernah mendengar tazkirah! maka awaslah kita bahawa itulah ajakan nafsu!
konklusi awal yang saya dapat buat ialah kita mesti memahami suara hati kita dan jangan sekali-kali jahil untuk memahaminya!

intihanya,janganlah kita berpura-pura tidak mengetahui, memahami suara hati yang sentiasa mengajak kita kembali kepada fitrah manusia,kembali kepada ALLAH.Ingatlah ALLAH memiliki suara hati yang mutlak.Jadi wahai diri jadikanlah Al-quran dan sunnah akar kehidupan dan suara hati dahan yang sentiasa menyokong akar.

wallahualam...

p/s:segala yang tercoret adalah muhasabah khusus, utama dan aula untuk si pencoret ini..

1 ulasan:

  1. haha betul3..

    kesimpulannye : klu da wt jwpn 2, jgn la nk btul2kn.. 99% nnt slh.. hehe

    BalasPadam