Jumaat, Januari 01, 2010

2010 Menjelang....




Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullah...


Tahun 2010 sudah membuka tirainya
bersamaan dengan sayyidul ayyam, hari yang mulia hari jumaat
dan hari ni sudah 15 Muharam 1431.
Alhamdulillah Allah masih bagi kesempatan menjalani kehidupan
dan menggunakan nikmat dan rahmatNya yang tak pernah putus2.



Bila dah masuk tahun baru semestinya ramai menyebut tentang
azam baru masing-masing. Ada yang ingin meneruskan
azam 2009 yang tak tertunai dan ada juga yang
semangat memperbaharui azam dan ada juga yang
tak sabar-sabar nak berjuang menjadi
wira-wirawati negara.. : p



Oklah kali ni nak kongsi satu majalah yang sangat MANTOP!
majalah ni SOLUSI namanyer.Mungkin ada yang pernah dengar
tapi tak pernah baca sebab memang diakui
agak susah nak jumpa majalah ni kat pasaran.
Tapi kalau pandai cari dan tanya insyaAllah dapat.
Solusi ni keluaran Telaga Biru. Antara kolumnis dia Ust Pahrol as ket. editor
Ust Zahazan, Ust Zaharuddin, Ummu Sakinah, Fatimah Syarha dan ramai lagi
yang hebat2 sokmo..

antara koleksi majalah Solusi

Tentang kandungannya pula bagi saya menyeluruh dan kekuatannya setiap kolumnis menghuraikan dengan cukup terperinci dan baik. Isinya mudah difahami dan amat terkesan di hati. Ayat yang digunakan mudah, ringkas dan penuh penghayatan. Sesungguhnya majalah ni meningkatkan kefahaman kita tentang pelbagai isu melalui pandangan syara'. Antaranya ialah tentang fiqah wanita, murabbi, remaja,haramain dan sebagainya. Isu yang dikupaskan berkisar tentang isu semasa yang terjadi di negara kita serta masalah yang sering umat islam pandang remeh tetapi amat penting dalam kehidupan.

Jadi,kepada sesiapa yang tersinggah di blog ni tidak rugi memilikinya! Harga 1 majalah ni hanya rm 9 sahaja. Kalau kita boleh berhabis duit untuk shopping barang2 yang tidak berapa penting tidak salah jika korbankan sedikit untuk membeli majalah ni kan? Bukan selalu sebab kalau tidak silap majalah ni dikeluarkan sebulan 1 isu.kalau salah betulkan

Jadi automatiknya antara azam tahun ni ialah MEMBACA!! Sesungguhnya membaca tu jambatan ilmu, Ilmu itu cahaya, Ilmu itu juga penyuluh kehidupan kerana Ilmu itu sumber HIDAYAH

Wallahualam






4 ulasan:

  1. yer betul!azam thn baru,read a lots!!sy akan sentiasa ingt,'ilmu itu cahaya,macam mne ilmu nk melekat pd hati yg melakukan mksiat kn?' thnx ustazah!

    BalasPadam
  2. uiks....word las tuuu...haish degil lah awak ni!!
    papepon, jom bace buku!!hehe

    BalasPadam
  3. baru beli yg celik mata hati ^_^
    sedap2,setiap mukasurat yg kita belek tu,sume penting,ye timi,tambah ilmu,jom kita membaca!

    BalasPadam
  4. betul!! tula kekuatan die...ase setiap ayat tu sedap je bace..insaf betul bace nak2 isu celik mata hati ngan ikhlas dalam bekerja...
    jom2!!

    BalasPadam