Khamis, Februari 25, 2010

Kerana mulut masuk neraka!!

Assalamualaikum warahmatullah




Alhamdulillah syukur lillahitaala..









Ada satu cerita yang selalu kita dengar tentang seorang wanita yang mayatnya rentung disebabkan MULUT celupar.Secara ringkasnya ada seorang perempuan tua mendekati wanita tu dengan niat nak menasihati supaya menutup aurat dengan sempurna.Tetapi apa yang dijawabnya,"Makcik ni sape? makcik tak ada hak nak tegur saya.Ini kad saya ada numbur telefon sekali.Makcik tolong telefon Allah cakap saya nak tempah satu bilik kat neraka jahanam.Lepas dah dapat bilik tu jangan lupa bagitau saya ye." sambil tersenyum sinis.






Dan akhirnya..dengan takdir Allah yang Maha Kuasa,wanita tu menemui ajalnya dan mayatnya tiba2 bertukar hitam kesan hangus terbakar.Tengok,balasan Allah kepada hambaNya yang menyalahgunakan nikmat MULUT.






Itu kisah wanita malang.














Dulu masa form 3 Alhamdulillah dengan takdirNya aku dilantik menjadi pp.Oleh sebab freshie dalam pp makanya agak 'takut' juga bila kena duty ambil markah kat rumah Usamah Zaid tu.Cerita yang memang aku tak boleh lupa,hari jumaat pagi lepas hostel kosong sebab semua dah gerak ke sekolah,pergilah amik markah dorm.Sampai kat dorm f0*...hehe..



sedap je potong markah dorm tu sebab agak 'kucar-kacir' jugalah.Petang tu sedang sedap2 duduk atas katil tiba2 dengar suara aku kena panggil.Gulp! KD dorm tu panggil rupanya sebab tak puas hati.haha..cuak jugala masa tu.Akak tu dah la memang TOP kat batch aku.Then, dormmates kata tak payah abaikan je.hihi..okok samikna waato'na.Yelah memang dah salah tetap salah.Ikutkan hati nak jugala pegi jumpa akak tu.Tapi akak2 pp lain kata tak payah.DIAM je.Lepas 2-3 hari senyap juga akhirnya.Atas bantuan akak2 pp lain.Alhamdulillah. = )










Satu malam ni pula,kena buat spot check kat aspuri.Hmm, malam tu duty kat dalam musolla bahagian belakang.Masa budak2 lain keluar dengan gelojohnya dari musollaa tu.aku pun rilek2 cek kat bahagian belakang.Tengah2 syok tarik2 langsir tetiba pap!..owh ada barang jatuh.Barang haram pula tu!Nak jadi sadis lagi cerita tuan punya barang tu ada kat situ.Habislah kena sedas dengan geng akak tu.huhu~ sabar je hati ni bila kena 'ancam' depan2.kak safira ingat lagi tak..hek2..Lepas solat isya' naik dorm..nangisla..hihi..klaka je masa tu.thanks bbyk kat kak baz. rabie n dormmates.supportive! diaorang plak yang emo kat akk tu.haha.













Saban tahun bila dah naik upper form lagi banyak mashaqah yang datang.Dan makin pendiamlah aku.maksudnya sangat susah nak cerita semua masalah tu kat orang lain.Dah sangat selesa mengadu kat DIA.sebab tu tiba2 je kawan nampak mata bengkak.Takda angin takda pe tetiba je budak ni nangis..hehe..Dan melalui diamnya aku maka banyak kebaikan yang aku dapat yang orang lain tak dapat. ^_^ Alhamdulillah..






Ibrahnya dari cerita zaman dahulu kala ni yang nak di HIGH LIGHT kan:



1)Diam nya kita bukan bermaksud kita kalah, bukan bermakna kita tiada maruah
tapi diam tu menjadi benteng yang tidak berpagar. Kemenangan yang besar.


2)Bukan mudah untuk menjadi pemimpin yang adil tapi bukanlah ia mustahil =)


3)Setiap orang yang hadir dalam hidup kita sangat BERMAKNA untuk kita mengenal erti hidup.Tidak kisahla orang tu hadir dan mengkhianati kita.Ada yang hadir sekadar menambah luka di hati.Sekurang2nya kita belajar rasa dikhianati,rasa di'ancam',dibenci sebagainya.Dan kita akan dekat siapa patut kita mengadu segalanya.Yup, betul Allah! = D


4)Walid ada beritahu orang lain akan nampak kita lemah bila kita diam even berada di tempat yang benar.Tetapi kalau dengan diam tu kita dpt menjaga maslahat komuniti maka besar ganjaran yang kita dapat.SubhanAllah!





p/s:Tapi dalam sesetengah hal kita tak boleh berdiam diri.Kebenaran mesti ditegakkan!









dan banyak lagi benda baik yang boleh diambil dari pengalaman pahit kita.Honestly aku tak pernah marah + benci dengan akak2 tu bahkan (ceyh) nak ucapkan syukran kerana hadir dalam hidupku..hehe.













Ok.Back to the main point.Nak kongsi kat sini BESAR hikmahnya bila kita pelihara mulut kita ni.



Sabda Rasulullah "Barangsiapa yang banyak perkataannya maka banyaklah silapnya.Barangsiapa yang banyak silapnya,maka banyaklah dosanya.Barangsiapa yang banyak dosanya maka nerakalah lebih utama baginya."







Keyword untuk hadis ni. Banyak perkataan.banyak silap.banyak dosa.neraka.










MasyaAllah! kerana mulut kita masuk neraka!








Oleh sebab itulah Baginda yang disanjungi mengingatkan kita dalam sabdanya "Barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari Akhirat, maka hendaklah ia BERKATA YANG BAIK atau DIAM" (muttafaqun 'alaih)







Dalam Solusi isu berapa tak ingat dah ada menceritakan tentang malaikat raqib dan atid.Diam itu adalah satu kerehatan bagi pencatat amalan.Sebab tulah kita disyorkan berckp yang baik atau diam.Supaya segala amalan yang dicatat tu baik2 belaka.Cuba bayangkan mulut kita ni tak bolehlah kalau sehari tu kita tak mengumpat,mengutuk,mencarut,bergosip,menyakitkan hati kawan,meninggikan suara kat mak ayah.Dan semua tu dicatatkan dalam buku amalan kita.Nauzubillah. tak ke rugi kita masuk dalam golongan tu.Ya Allah aku minta dijauhkan dari perkataan yang sia-sia.Amin...amin..amin.







Salah satu rahmat Allah yang ustaz tu kupaskan.Apabila kita berniat untuk melakukan kebaikan tapi belum lagi kita buat maka tercatatlah kebaikan tu dan akan diberikan ganjaran.Tambah2 lagi kalau kita buat lagilah besar ganjaran tu.Tetapi apabila kita niat nak buat jahat tapi kita tak buat pun maka tak dicatat oleh pencatat kita.SubhanaAllah.Betapa besar kasih sayang Allah pada kita.Kita pula dah dihidangkan dengan segala keistimewaan pilih juga benda2 yang mazmumah tu.








Tapi diam kita mesti diam-diam ubi berisi.Diam kita bukan diam kosong tapi diam yang ingatkan Allah,berfikir kebesaranNya,diam yang menyesali dosa kita.Dan bila diam ni kita akan kelihatan lebih tenang.Satu bonus untuk kita bila kita tenang kita lebih rasional. Ada satu kata-kata menyebut banyak diam tidak semestinya dia bodoh. banyak cakap tak semestinya dia cerdik.








Maka dengan penuh hormatnya saya mengajak semua sekali berubahlah.Kurangkan mencarut,mengumpat dan seangkatan dengannya.



Diamlah apabila kita tidak ada benda untuk dikatakan.Ibadah yang cukup mudah dengan diam.Diam yang dihiasi dengan mahmudah.Itu yang kita usahakan.Jom2!







p/s: time kasih anis 4 da award tu..terharu abisss.. T_T





WallahuA'lam..






Tiada ulasan:

Catat Ulasan