Jumaat, April 02, 2010

"Saya TIDAK TAHU"

Bismillahirrahmanirrahim








A: Wey, pena dengar tak pasal ni?





B:Ntah, tak sure la.





A:Haish ko ni, tak kan tak tau.





B:ey.betul ak tak tau.siyes.Nantila ak cari,da tau nanti ak bagitau la k?





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Boleh jadi perbualan kat atas tu selalu je jadi kat diri sendiri. Kadang2 kalau sapa2 yang tanya kat kita nak-nak kalu yang lagi muda kan, lepas tu pula kita memang tak dapat nak jawab soalan tu mungkin sebab kita memang tak tahu atau tak pasti. Mesti rasa segannnn nak jawab "erm..akk tak tahu la pasal tu" ke "akk tak pastila..tak pernah dengar pon".Sebab kita rasa malu kot yela tak dapat jawab soalan tu.Tak pun rasa macam jatuh maruah je bila tak dapat jawab.


Dn segala bagai fikiran datang, mungkin lepas ni dia dah tak nak tanya kat kita sebab kita ni jenis yang tak tahu..hmm..





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Dulu masa zaman Imam Malik, ada seorang lelaki yang bermusafir dari Morocco ke Madinah semata-mata nak jumpa dengan Imam Malik.Lelaki tu membawa beberapa soalan yang nak ditanya pada beliau.Bila lelaki tu sampai ke majlis ilmu beliau, terus dia betanyakan soalan tu.


Beliau berkata " Saya tidak tahu, masalah ni tak terjadi kat sini."








Esoknya lelaki tu terus bertanya lagi dan jawapan beliau masih sama " aku tidak tahu wahai pemuda".





Orang itu berkata,"Wahai Imam bagaimana saya ingin berhadapan dengan penduduk kotaku.Mereka berkata tiada orang yang lebih alim daripada Tuan di muka bumi ini".





Beliau menjawab,"Katakanlah bahawa Malik tidak tahu jawapannya."





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Jadi, adakah kita patut segan nak menjawab 'saya tidak tahu' pada soalan2 yang betul2 kita tak tahu atau ragu nak jawab.?





Ucapan 'saya tidak tahu' bukanlah penghinaan pada mata ulama' tetapi satu kebangaan pada mereka. Ini menunjukkan:





1) Para Ulama' sangat merendah diri. Walaupun mereka terkenal dengan kepakaran mereka dalam agama. Namun apabila ditanya dengan soalan yang mereka tak tahu, kalimat tu yang mereka ucapkan.



2)sikap ni mencerminkan sifat berhati-hati yang amat tinggi dalam urusan agama. Sebab agama ni daripada Allah.Tanpa izinNya setiap orang tidak boleh sembarangan mengatakan itu halal dan itu haram.





3)Para Ulama' sangat memelihara Islam.Mereka akan berhujah berdasarkan Quran dan Sunnah serta pengetahuan yang mereka ada.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Ada lagi satu contoh dari sahabat Baginda. Apabila mereka ditanya mereka akan menjawab dengan ketakutan kerana mereka takut termasuk sekali pandangan peribadi.Sesungguhnya mereka amat malu pada Allah apabila diminta pandangan peribadi.Subhanallah.





Jadi berhati-hati la lepas ni dalam hidup kita.Jangan berasa segan untuk berkata 'saya tidak tahu' kerana tu adalah 1 sikap yang mulia..







WallahuA'lam =D

2 ulasan:

  1. oo..faham2 mende yang tqa nak sampaikan ^_^
    mmg ada org gitu ork
    malu nak mengaku x tahu sbb mungkin dia takut org anggap dia x pandai..serba serbi x tahu

    tapi kita kene jujur sbnrnya...kalau tahu, ckp tahu....kalau x tahu...cakap x tahu..

    BalasPadam
  2. ha..pandai..tepat sekali..dlu2 pon tqa rase mcm tu gak..tp bile da bsr ni sedar kite ni ad klmhn gak bknny serba tahu pon.. =)

    BalasPadam