Jumaat, Januari 14, 2011

pencerahan~~

Bismillah...


Pertama-tamanya tulisan ini hanya untuk perkongsian supaya sama-sama kita berfikir dan zikir kembali tentang nasib yang berlaku sekarang.


Saya hanya seorang remaja biasa yang bakal berumur 19 tahun beberapa bulan lagi. Saya masih pelajar dan masih bawah umur untuk mengundi. Saya berani katakan saya seorang penyibuk, busy body, suka jaga tepi kain orang. Ya, saya mengaku saya seperti di atas kerana saya suka ambil tahu hal-hal saudara seislam saya. Saya bukan jenis orang yang tak kisah orang lain. Saya ada rasa ingin tahu perkembangan semasa di sekeliling saya mahpun di Negara saya. Kerana saya ingat sabda Baginda,


“Tidak sempurna iman seseorang selagi mana dia tidak mencintai sadaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.”



Saya mencintai saudara saya oleh itu saya kisah dengan apa yang berlaku dengan mereka samada ada kaitan atau tidak ada kaitan dalam hidup saya. Saya seorang remaja, jadi mungkin pemikiran saya tak sejauh mana, pandangan dan lontaran saya tak sematang umur saya. Cuma saya buat apa yang saya faham.


Kita tahu masalah yang berlaku sekarang. Saya ada beberapa soalan untk kita fikirkan bersama-sama.


Apakah keperluan untuk kita tubuhkan organisasi baru sedangkan organisasi sedia ada masih teguh?

Dan kenapa organisasi baru ditubuhkan tanpa penjelasan yang meyakinkan dari pihak bertanggungjawab?


Apa yang dapat saya lihat kita tiada masalah dengan organisasi yang sedia ada. Kebajikan, pendidikan dan hal-hal lain terjaga. Segala urusan berjalan dalam keadaan baik. Mungkin itu hanyalah pendapat saya tapi saya tidak dengar masalah2 yang berbangkit antara ahli dan organisasi.


Tapi tiba-tiba saya dan yang lain dikejutkan dengan berita penubuhan organisasi baru untuk menggantikan yang lama atas alasan yang lama tidak diiktiraf. Bangkit suara-suara dari kalangan kita untuk mempertahankan yang sedia ada. Kerana bukankah dengan penubuhan yang baru akan membawa perpecahan antara kita? Perpecahan itu menyebabkan kita lagi lemah. Sudahlah kita umat islam ni lemah tak kan kita nak lemahkan lagi kesatuan kita dengan wujudkan lebih banyak perpecahan antara kita?
Apa yang saya belajar dari sejarah islam. Rasulullah yang menjadi pemimpin Madinah dulu menyatukan Muhajirin dan Ansar untuk mendapatkan kerjasama dan kebersamaan. Kesannya Islam menjadi kuat walaupun bilangannya sedikit tapi kesatuan dari mereka yang sedikit itulah menyebabkan syiar islam tersebar hingga sekarang!


Saya masih ingat kisah Sultan Al-Fateh sebaik-baik pemimpin dan beliau mempunyai askar-askar yang merupakan sebaik-baik tentera. Bagaimana kesatuan mereka Berjaya membuka kota konstantinopel. Jika tiada kesatuan yang kuat maka tiadalah dalam sejarah tentang kehebatan mereka.



Saya berfikir satu situasi, katakanlah kita dalam peperangan kita bertempur dengan pihak musuh. Kita dapati dalam kalangan kita ada yang tidak cukup cirri untuk menyertai peperangan. Hal ini tersebar dan ada sebahagian dari kita berasa tidak puas hati lalu meninggalkan kumpulan kita. Sekarang kita sendiri sudah wujud dua kumpulan yang berselisih. Jadi bagaimana kita dapat mencapai kemenangan terhadap musuh? Pasti pihak musuh senyum sinis melihat kita semakin berpecah sedangkan mereka berusaha membina kesatan antara mereka untuk mengalahkan kita. Sekarang kita atau mereka yang ikut Quran & sunnah Baginda?



Dalam pilihanraya misalnya (walaupun saya bukanlah yang arif tentang ini).umat islam berpecah kepada dua atau tiga kumpulan. Hasil undian pihak lawan mendapat 4 dan kumpulan islam yang berpecah masing-masing mendapat 2,1 dan 3. Maka yang menangnya tentulah pihak musuh. Kalaulah disatukan kumplan-kumpulan itu pasti kita mampu mengalahkan musuh. Alangkah ruginya kerana kita berpecah kita telah memberi laluan kepada musuh untuk berkuasa. Jadi mana yang penting, bersatu atau terus dengan ego masing-masing?



Fikirlah bersama-sama kita umat islam sekarang ada matlamat yang sama iaitu menguasai dunia supaya syiar islam tersebar. Lupakah kita bahawa ISLAM pernah memayungi sehingga 2/3 dunia! Betapa pentingnya peranan kita yang kecil ini untuk bersatu bukannya berpecah, berpecah dan terus berpecah. Teringat saya kata Saidina Ali,” kebatilan yang tersusun mampu menjatuhkan kebenaran yang tidak tersusun.” Maka, disitulah perlunya kita BERSATU!



Ingin saya bertanya apakah asas penubuhan organisasi baru? Adakah kerana kepentingan individu atau kerana keuntungan peribadi, publisiti murahan, ataupun atas dasar ISLAM? Jika atas dasar islam saya fikir sangatlah tidak berasas untuk mempelbagaikan organisasi kita. Andai organisasi lama itu bermasalah, bukankah lebih baik kita mengambil langkah untuk menyelesaikan kekurangan yang ada dan bukannya mengambil tindakan dengan menubuhkan yang baru?


Ingat, panduan kita adalah Quran & sunnah. Allah mengingatkan kita dalam surah Saff ayat 4:


“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur mereka seakan-akan seperti 1 bangunan yang kukuh.”



Sahabat-sahabat saya yang disayangi, Saidina Ali pernah berkata,” lihatlah remaja zaman ini jika ingin melihat masa depan Negara.” Saya amat terkesan kerana saya adalah remaja. Saya, kamu dan kita adalah remaja maka sikap kita adalah pantulan kepada masa depan Negara. Jika kita berpecah sekarang bagaimana agaknya masa depan Negara?



Persoalan saya belum selesai. Adakah perkara yang diikitiraf itu sentiasa betul dan yang tidak diiktiraf itu sentiasa salah? Adakah kita mahasiswa langsung tidak ada hak untuk bersuara? Adakah kita mahasiswa tidak mempunyai ruang dan peluang untuk menyampaikan pendirian kepada pemimpin?



Pandangan saya, yang diiktiraf tidak semestinya benar dan yang tidak diiktiraf itu tidak semestinya salah. Itu hanyalah pandangan manusia yang tidak sempurna.Jadi pentingnya kita berfikir dan faham sebelum kita memilih yang terbaik. Ya, kita perlu memilih antara dua organisasi dan jadikan batu asas pemilihan kita adalah islam. Menjadi amanah pada kita untuk memilih kerana pilihan kita akan ditanya oleh Allah. Adakah kita bersatu kepada organisasi yang dasarnya ISLAM atau bersatu kepada organisasi yang melambatkan pergerakan syiar islam?


Pilihlah sebaik-baik pilihan sahabat-sahabat kerana Allah berfirman dalam surah Zalzalah ayat7-8:

“Maka barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah nescaya dia akan melihat balasannya dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah nescaya dia akan melihat balasannya.”


Saya masih ingat ketika saya belajar dulu. Ketika mana perang Khandak berlaku dan Baginda meminta pandangan untuk penyelesaian dari para sahabat. Akhirnya Baginda bersetuju dengan pandangan Salman Al-Farisi. Tahukah Salman Al-Farisi itu bukanlah saudagar kaya, bukanlah golongan bangsawan juga bukan pemimpin. Tapi ketika itu beliau hanya seorang yang biasa yang diilhamkan Allah idea yang hebat sehingga Baginda bersetuju dengannya.



Sungguh Baginda adalah insan contoh jadi bukankah pemimpin sekarang perlu mengikuti Baginda? Jadi dimana letaknya suara dan hak kami? Saya bukan me’nembak’ sesiapa Cuma membuat lontaran persoalan dari saya yang ingin tahu. Saya tegaskan sekali lagi saya hanyalah remaja yang penuh tanda tanya, dan semestinya saya seorang yang menjaga tepi kain saudara saya tambah-tambah lagi saudara seislam saya.



Secara peribadi saya memilih mengikut apa yang saya tahu dan apa yang saya faham. Saya memilih yang terbaik atas dasar islam bukan hanya terbaik atas dasar lain. Jadi saya mencari, mempelajari, memahami dan membandingkan apa yang saya tahu. Sebab saya tahu saya bertanggungjawab dengan pilihan saya bukan di dunia saja tapi juga di sana. Dan saya sangatlah tidak menggemari sesuatu yang membawa kepada perpecahan dalam kalangan kita.


Maaf andai saya terkeluar bahasa negeri yang memang saya tahu agak kasar. Itu kelemahan saya yang saya berusaha ubah. Saya hanya ingin meluahkan apa yang saya rasa kepada sahabat-sahabat supaya kita berFIKIR. Moga tulisan ini mendatangkan kebaikan kepada saya dan yang lain.
Wallahua’lam..

3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. insyaallah akht! maan najah. jmput ziarah blog ana jgak.

    BalasPadam
  3. jazakallah..bittaufiq jga di bumi kenyalang..insyaAllah ye..i'm coming

    BalasPadam