Memaparkan catatan dengan label cerita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita. Papar semua catatan

Ahad, Februari 27, 2011

Jom kahwin!

Alhamdulillah...


Kelmarin 26 Februari tarikh keramat kerana ....

penamaan calon di Merlimau..

eh,silap channel.

Pak Lang Auzani selamat ditunangkan ! alhamdulillah. Bakal maklang Hajar cantik =) promote pula. Mak kata jumpa atas kapal..waaaaaaa..cam cerita Titanic je.
Bukan.Bukan. paklang kerja atas kapal di Lumut. Maklang sekali la. That's why nampak bakal maklang macam tu. Hebatla.

Pagi-pagi lagi dah bertolak ke Teras Jernang, Bangi jumpa paklong Faisal & co.
Sampai-sampai, lepas salam-salam sedara-mara dari Perlis terus diaju soalan yang ber'das-das'

Toksu: Macam mana okay ka?
okey je toksu.Alhamdulillah.

Paklong: dekat tak dengan rusuhan? berapa radius cairo tu?
jauh juga.Ermmmm...sudah memang gaya engineer bridge ni accurate habis! ingatkan tanya besar ke tak cairo tu. Ini radius bandar yang ditanya.fuhh. Pandang ayah bagi sign 'macam mana nak jawab?"..Ayah senyum kemudian ayah jawab lebih kurang dari sini ke sanalaa..Nasib baik =.=


Toksu: makanan cukup?
Lebih dari cukup..mahal sedikit kut.

Paklong: Balik bila hang ni? da agak da soalan ni
InsyaAllah dalam pertengahan Mac.


Ayah mencelah, Dulu semua connection takda. Call dia tak dapat. Bila dapat pula tiba2 pak arab pula angkat.Berderau darah mi. Kenapala fon anak aku kat pak arab ni. Lepas dah dapat tu barulah lega sikit..

Laaaa...awat ayah tak habaq awal2..patutlah hari tu ayah tanya kenapa pak arab yang angkat.

Lepas borak punya borak, kami pun berkonvoi ke sngai Besi. Yang seronoknya ramai pula join konvoi ni. Ketuanya mestilah paklong & keluarga



Ini Atiqah..Atiqah jr =)..mulut ada emas. Punyalah susah nak bercakap. Bila tanya, dia pandang jer. Tapi bila sekali dia dah bercakap kalah dj radio tau.hehee~








Ini pula adik dia, Alia. Comel, cute, manja. Baru nak masuk setahun. Bila menangis cepat-cepatlah cari ummi dia. Pecah speaker!




Kacak kan? aha..namanya Muhammad Darwish. Anak paklang. Aktif, hyperactive. lincah, petah macam pendebat, bijak, dan semestinya NAKAL. Tapi dia takut dengan papa. Setiap kali buat kerja 'nakal' tu mesti papa dia panggil, 'Mohammad Darwishhh'. Terus dia tak buat dah. Lepas beberapa saat tu buat balik lah =.=





Si comel ni namanya Dahlia. Nama lain dia tak ingat pula. Canggih sangat ;)
Adik Darwish. Suka berlari-larian dengan abang dia. Kira kamceng juga. Suka tersenyum. Kawaiiiii!



Ini pula adik mereka. Muhammad Khalif. *tak pasti ejaan*. slow & steady. Tak takut orang tapi pemalu. Bakal mencontohi perangai abang dia.hehe~


Ramai rupanya sepupu cilik ..Nanti dua tiga tahun masing-masing dah besar boleh buat team bola sepak dengan anak buah diaorang dari Melaka pula :



Muhammad Umar bin Sofian. Esok genap 4 bulan. Peramah & mudah senyum. Paling mahal lesung pipit Umar! hensem~ bakal tergugat Darwish nanti. Sangat bulat sampaikan walid dia panggil budak debot. 'Habislah melekat nama debot sampai besar nanti' nenek kata.
Umar ni pula ada favism a.k.a G6PD. Kesian pula kecik2 dah ada penyakit.





Sepupu Umar paling dekat. Beza 1 minggu. Sepupu ye bukan kembar mahupun adik beradik Umar. Khaulah binti Ahmad Kamal Ariffin. *nama abi panjangggg*.
Khaulah ni boleh dapat award paling murah senyuman. Senyum je memanjang. Kecualilah kalau nak susu & nak tidur. Berkerut-kerut nak ummi & abi dia. Nama pun perempuan kalau nak pujuk dia bawalah pergi depan cermin, sure dia senyum balik. ;D


Nanti dah balik sana, tak dapat tengok 'live' aksi-aksi anak2 buah ni. *tacing*
Moga-moga membesarlah menjadi seseorang yang hebat untuk ISLAM.
Nak membesar untuk jadi yang HEBAT, kena banyak Sabar. Mencabar juga nak jaga budak kecil ni.ehe~ Test powerla dulu kan.Practise makes perfect. ^.^




selamat bertunang paklang!

Isnin, April 26, 2010

alahai~~

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum..


Ke hadapan blog yang ku sayangi..ecece..cam ape jer

Hmm..ada sesapa yang simpan penawar untuk virus kemalasan? Sila beritahu penulis k?

Currently sibukkkk menghabiskan praktikal kereta moto yang sangat 'mencabar'
Doakan dapat buat yang terbaik lepas ni!..aminn Ya Allah.. =)

Medical check up tak buat lagi..passport lagilah.. tak jejak lagi pejabat imigresen tu..Kesian pula ayah,fenin2 nak uruskan 2 anak dara ni..sorang praktikal kat hospital sorang lagi ni..haih..


Moga segala urusandiiringi berkat dan dipermudahkanNya..aminnn


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

A journey kat INTEC Alhamdulillah segalanya baik2 sokmo..lepas lebih kurang seminggu program ala-ala orientasi *sbnrnya 90% taklimat panjanggg belaka* lastly dapat cuti untuk siapkan homework yang berterabur kat rumah ni.huhu


Paling best kuliah subuh dan maghrib.Kebanyakannya ust Rida yang bagi.Beliau ni suka lah sangat memanaskan hati students dengan soalan2 dia.Tapi bukan salah beliau pun k?
Soalan-soalan yang ditembak semuanya panas2 belaka.Semua yang berkaitan dengan akidah.Questions die simplest.Antaranya:

#Apa bukti ALLAH wujudkan bumi.langit dan semesta?

#Syiah, islam atau kafir?

#Macam mana riba menjejaskan ekonomi dunia?

dll...

Kesimpulannya,beliau nak kami ni dan kita sekali jadi muslim yang bukan taklid semata-mata.Kami dan kita sekali mesti jadi muslim y kuat i'tikadnya percaya berdasarkan bukti,dalil dan hujah. Selain tu untuk merantau ke bumi orang..asas agama mesti kuat.Maka dengan itu, jinak2 kan diri mencari hujah untuk memperytahankan agama dan yang aulanya mendalami ISLAM ITU SENDIRI.


Wallahualam..

p/s: tak sabar jumpa ustaz nak debatkan hujah! ^_^

Rabu, April 07, 2010

JPA~~

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum.. =)

6 APRIL 2010
Tarikh keramat! hee~
hari tu ayah dengan mak amik cuti semata-mata untuk pergi PICC 4 temuduga biasiswa ke timur tengah (doakan!)
time kasih mak ayah!!!
Jangan ditanya kenapa jauh sangat pilih tempat temuduga
hukhuk.
Then sampai awal sebab nak solat kat situ,nanti senangla
tapi ayah pergi masjid juga.Masa salam ayah,
Ayah tanya,"nape tangan sejuk?"
"hehe.ayah pasang air cond kete max tadi"
jawapan bijak kan?. =p
"Ade2 jela.Jangan risau sangat.Allah dah tulis.Tiqa kenalah usaha
sikit.Lepas tu berserah je.Apa nak risau,doalah banyak2."
Tiba-tiba rasa macam nak nangis dengar ayah pesan macam tu
haish..tiqa ni haru!
Betul.Apa2 pun nak buat dalam hidup ni mesti doa dulu.Minta REDA DIA.
Moga apa yang kita buat tu adalah yang TERBAIK.
Ok.lepas masuk,terus pergi kat papan nak sign kehadiran
huh?PANEL 10.
Mak aih..4 orang je melayu! 10 orang lagi chinesse n indian
gulp!
ALAMAK!
"abislah broken sungguh bi ak nnt"
Next,cari tempat duduk ngan mak.Boraklah ngan makcik sebelah
"Anak ni sesi petang kan? amik kos apa?"
"Haah.medic timur tengah makcik."
"Oh,asing2 ye ada medic middle east pula?"
"Ada.syarat dia........anak makcik amik kos apa?
"Farmasi.dah lama masuk tapi belum keluar lagi."
"Oh,makcik , saya minta izin ye nak pergi solat jap."
"Baik2.sekolah mana dulu nak?"
"Smap kajang makcik"
"Oh,sekolah tu.Patutlah."
Huh? nape plak patutlah ea?tapi tak kanlah nak tanya..haha
Tepat pukul 2 maka bergeraklah semua calon2
kat panel2 masing2.
Sambil duduk tggu turn boraklah dengan kawan2
sepanel.Li Hwe,siyes awk sgtlah kelakar.Imaginasi tggi!
Ekhwan,member Hafiz kat ASIS rupanya.
Shuhada,ingat Faris Petra tu orang knl sgt ke?
smap kjg pun samela org mana nak kenal! =D
Sam,u r very calm.Lmbt knl kalu tak da lama sy ajar nak escape PLKN mcm mana
haha.
Time nak masuk jumpa panel, 3 orng 2 Melayu 1 Indian
Alhamdulillah.Panel2 memang sangatttt supportive!
=D
No psiko2..No tricky question and hah! takde isu semasa pun!
First2 kena ceritalah tentang diri kita.
Antara soalan yang ditembak:
1)Tuition Teachers prefer teach spot Questions than deeper knowledge
Makany mulalah broken english abis! adesss
takpelah janji panel tu angguk2 kepala
positive thinking,mereka fahamlah kot!
2)Do u have all da qualities to be a safe doc?
3)Tell me what u get from ur attachment?
4)kenapa pilih midle east?(soalan berfokus sbb y lain x pilih middle east)
5)Do u ready to memorize Quran when da uni ask u?
6)Last word,wat u want to say?
hehe..mcm killer question tp time nilah nak brth klbhn2 y kita ada.
Sesi yang sangat friendly sampai panel2 boleh gelak2
kan kiteorang ni.
Buat lawaklah.Cerita macam mana dia jumpa isteri dia,kat anat lab!
hahahaha..prof2.
Lepas salam dengan panel,Madam Subashini.
keluar bilik
ALHAMDULILLAH!!
Syukur sangat2 dah habis
hehe.
Great experience wit JPA.
Jadi,sekarang masa untuk terus berdoa dan terus berdoa, berdoa lagi dan lagi
Moga ada rezeki dapat juga ke sana!
amin..amin..aminn
Sebelum tu nak share.
pesan ayah dalam kereta.
"Usaha sudah.Lepas ni jangan berhenti doa tu.
Ayah mak tak kisah pun kalau tak dapat.
Belajar kat dalam bolehlah ayah mak tengok2 selalu.
Tapi kalau dapat pun bagus jg.Banyak pengalaman nanti.
Apa2 pun reda jelah tiqa.
Ayah mak percaya tiqa dah buat y terbaik tadi.
Jangan harap terlalu tinggi takut satu hari nanti
kecewa sampai nak salahkan takdir Allah pula tau."
Senyap sesenyapnya dalam kereta tu.Menghadam kata2 ayah
memang terkesan betul dalam hati ni.
Bila fikir2 balik betullah lemah betul iman ni.
Sebab lagi tinggi tawakal kita pada Allah.lagi tenang kita dalam hidup ni.
Lagi tinggi kita berserah pada DIA,lagi kuat kita nak hadapi hidup ni.
Itulah yang ayah nak cakap kat anak bongsu dia sorang ni
TAWAKAL sebulatnya pada DIA.
InsyaAllah..
Get da message my dear fren?
WallahuAlam.
p/s:ma'an najah pada yang akan ditemu duga:syah,najie,gha,fateen,aini,tasnim,
aini hafizah.All da bez!! =D
Terima kasih sangat mak ayah kak yana,abg kamal,k.lina,abg pian,k.daya
cikgu2.akak2 yang disayangi.aha! sahabat2 semualah
yang mendoakan.
Moga Allah memberi ganjaran yang terbaik dalam hidup masing2.
aminn =D

Selasa, Mac 09, 2010

Jangan Bazir Masa Baca Post Ni..

Bismillahirrahmanirrahim...
Oleh sebab Khamis ni keputusan bakal keluar
Jadi di kesempatan ini..hehe..
Wish ALL DA BEZ!!
untuk kawan2 yang ada test JPJ Khamis t
nasib korangla ada yang x dapat
amik result pagi tu~.
P/S: jangan asyik fikir sal rzult je masa atas jalan t!
Tentatif khamis ni:
12-12.10:Ibu bapa dn guru ambil tempat
12.10-12.45:bacaan doa, taklimat dr SU peperiksaan, ucapan pengetua
dan.........*tak ingat*
12.45-1.00:Serah SLIP SPM oleh guru kelas
Right after tu sepantas kilat nak balik Perlis! yeay!!
Line kat kg x elok sgt.Jadi....line x busy.haha
p/s:okey.seriusly.berdebar.tak tipu.