Jumaat, Januari 22, 2010

Soal-Jawab..

ASSALAMUALAIKUM...


Sudah lama soalan2 ni diaju oleh sahabat-sahabat.Tapi, yelah diri ni sangat cetek ilmu, ibarat satu titik dari satu lautan. Alhamdulillah,time kasih ye bertanya sekurang-kurangnya menggerakkan minda ni untuk berfikir dan merenung kembali.Jadi let's share the knowledge!

Soalan yang pertama: Betulke solat isya boleh dilewatkan bertujuan untuk qiamulail terus?
herm..secara ringkasnya boleh dilewatkan.Antara dalil2 nya:

1)Dari Abu Hurairah,"kalaulah tidak memberatkan umatku tentu aku perintahkan mengundurkan waktu isya' sehingga sepertiga atau seperdua malam." HR At-Tarmidzi,Ibn Majah, Imam Ahmad.

2)Dari Anas,"Nabi S.A.W telah melewatkan isya' hingga seperdua malam barulah Baginda solat" (muttafaq alaih)

Namun terdapat beberapa dalil solat di awal waktu.

1)Ibn Mas'ud,"Aku bertanya Rasulluallah,apakah amal yang lebih disukai ALLAH?sabda Baginda, solat tepat pada waktunya"

kesimpulannya:Bagi lelaki solatnya di masjid dan surau jadi sudah tentu solat di awal waktu sebab kalau imam melewatkan pada waktu afdhal (10-11 malam) akan menyulitkan makmum.Jelas lelaki tak boleh aplikasikan melewat2kn isya' ni.

Bagi perempuan pula sebaik2 tempat solat kita adlh dkt rumah,jadi bolehlah kalau nak lewat2kan cuma syaratnya tidak menyulitkan dan membebankan kita.Dan seelok2nya solatlah di awal waktu kerana solat di awal waktu besar ganjarannya.

Nak ingatkan kalau kita rasa mengantuk dan nak tidur dulu baru bangun solat isya', nak pula kita jenis memang liat nak bangun,jadi segerakanlah solat jangan set mind nak lambatkan solat tu!takut2 kita tak terbangun dan kenalah qada' pulak.

Wallahualam..

p/s:1)sebarang salah-silap tolong2 betulkan ye.
2) lepas ni pasal isu yang tgh panas kat media k..



ISLAM ITU MUDAH!

2 ulasan: