Isnin, Februari 01, 2010

cerita adik kakak

"Ha,akk wtpe tu!..owh chatting ea"…

"Mak!..haish bdk ni kan ketuk pintu ke mane salam ntah ke mane..terkejut akk tau.."

"Eh?adik da bagi salam cukup 3 kali da tau..akk x dgr jgk adik masuk jela..hehe," dengan nada tak bersalah.

"Hah.nak tanye ape? Math? Arab? Sains?"

"Semua bukan.haha..adik da siap da keje umah tinggal nak touch up2 cket je nnt.Adik bkn mcm akak.suke wat keje last minute patu gelabah.haha"

"Eleh..akak last minute pun xdla smpi x hantar kat cikgu tau.kire on the due date la tu.ok pe..wekk!" sambil menjelirkan lidah pada adik kesayangannya.

"Herm..yela..akk dulu kan sibuk.pegang jawatan segala bagai ntahpapename tu sampai tak cukup tanah nak pijak, tak cukup oksigen nak bernafas,tak cukup tangan kaki nak gerak,tak cukup mase nak makan.macam lah adik tak tau."

"Heh.sibuk tu sibuk la juga tapi adik akak sorang ni terjaga kan2?eh,tadi nak tanye ape ek?"

"Ni ha.ade aritu lepas game kawan adik name die Farah Tanya adik fasal kalimah Allah tu.boleh ke tak sebenarnya non-muslim guna kalimah tu?Adik baca surat khabar nak cari jawapan tapi pening2 lalat, nyamuk semua adela.ade kate bole hade kata tak.hm..adeh baca surat khabar pun adik tak paham la kak.hehe.."

"Adik bace surat khabar ape?" Haik..ape soalan aku ni, bisik hati kecilnya

"Semualah,kecuali nanyang sian pau je adik tak baca.hahahaha.."


Aku tergelak tanpa sengaja.aduhai adik aku sorang ni.lawak benua pula die buat.Sambil menatap skrin laptop aku berfikir.memaksa neuron-neuron bersambung menyampaikan maklumat ke otak.memerah segala ape yang dah tersimpan dalam cerebrum ni.hmm…hah,dapat!


"Apasal akak senyum kucing tu? Adik Tanya ni.punyela lama berangan..jawapannya?"

Hehe.".macam ni. "Akak ada teringat sorang ustaz ni cakap dalam forum kat mana ntah, tak ingatla.Dia cakap non-muslim boleh guna kalimah Allah tu tapi dalam keadaan yang betul dan dilarang guna di tempat yang tak betul"..aku menerangkan dengan satu lafaz.

Senyap seketika.

"Keadaan yang betul dan tak betul tu ape? Kurang pencerahan kat situ," Sambil menggaru kepalanya.

"owh, contohnya kalaula seseorang tu nak mendekati islam, berminat nak mendalami islam mestila dia akan Tanya tentang Allah.misalnya dia Tanya mana Allah? Dan secara logiknya sesiapa yang nak masuk islam mesti akan tertarik dengan keagungan Allah. Lagi satu kalaulah ditanya siapa yang buat Al-Quran? Mesti kita akan jawab Allah sebab Al-Quran tu kalam Allah yang diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagai bukti kerasulan Baginda.Jadi dalam sesi soal jawab ni surelah non-muslim akan Tanya tentang keesaan Allah dan segala bagai tentang Allah. Ada paham?"

"Hm..tak cukup cerah lagi la kak..Boleh je kan diaorang sebut tuhan?"


"Memangla boleh sayang oy.Tapi setiap agama tu ada tuhan yang mereka sembah.Dan tuhan agama lain banyak berbilang-bilang dan setiap satu tu ada nama. Tapi diaorang nak tahu apa beza tuhan yang diaorang puja dengan tuhan yang kita sembah iaitu Allah.
Lagi satu, kalimah syahadah tu kan kunci pada islam.Sesiapa yang nak masuk islam wajib lafazkan dua kalimah syahadah tu.Kalaulah non-muslim nak masuk islam macam mana diaorang nak lafazkan kalimah Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah."


Sunyi seketika.sambil tersenyum, "haahla kak..logik juga ek.maksudnya tak haramla kalau non-muslim guna kalimah Allah tapi kenalah di tempat yang betul kan?

Hah, faham pun adik akak ni.Lagipun dalam Al-Quran dah ada jawapan untuk soalan ni. Cuba ambil tafsir akak atas katil tu,tengok dalam tafsir surah Al-Ankabut ayat 61 :


Nisa lantas mengambil dan menyelak ke surah yang disebutkan akaknya itu dan membacanya, "Dan jika engkau bertanya kepada mereka ,"siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" pasti mereka akan menjawab Allah.Maka mengapa mereka dipalingkan (dari kebenaran).
Dalam surah yang sama cuba tengok ayat 63 tu:
Dan jika kamu bertanya kepada mereka,"siapakah yang menurunkan air dari langit lalu dengan air itu dihidupkan bumi yang sudah mati?" pasti mereka akan menjawab Allah. Katakanlah "segala puji bagi Allah," tetapi kebanyakan mereka tidak mengerti.



Sambil menutup tafsir dan tersenyum, "betullah apa yang Baginda pesan kalau kita berpegang pada Al-Quran dan sunnah Baginda, kita tak akan sesat.Jadi bolehlah adik terangkan kat kawan-kawan adik tu balik asrama nanti.syukran jazilan ye ustazah,"sambil ketawa berdekah-dekah.


"Ceyh,kan akak kata jangan panggil akak macam tu.Mandat besar tu.Berani panggil akak macam tu lagi siap la berdas-das akak piat telinga tu," sambil tangan berpura-pura ingin memiat telinga adiknya.

Dengan muka ketakutan sambil ketawa, "alaa akak ni take it as compliment tak boleh ke? Adik ikhlas ni puji. Akak kan nak jadi mukmin professional kalau macam tu mestila jadi doktor plus ustazah,"


"InsyaAllah.yela2. ada-ada je hujah dia ni tau.hurm..dik,akak nak tanya ni. Kenapa adik tergerak nak tahu sangat-sangat benda ni?"


Bukan sekali dua adiknya bertanya soalan-soalan yang luar silibus ni.Setiap kali balik dari asrama mesti ada je soalan agama tak pun isu semasa yang dia nak tanya.Setiap kali diberi 'ceramah' oleh kakaknya mesti nak minta pencerahan supaya tak berbelit-belit urat nak 'intepret' maklumat yang dihantar neuron-neoron.Pastinya setelah muncul mentol menyala atas kepala Nisa' dia akan tersenyum sambil menyatakan kesimpulan dia sendiri.


"because i know i must understand islam very well and make islam is the way of life.With more knowledge about islam, my iman will be upgrade and simultaneously my amalan will also increase. I am enthusiastically want to show to the others that islam is the only religion that be accepted and syumul. Hence,like you said to me ilmu is directly proportional to iman and amal,right sis?".penerangan yang panjang lebar dari adiknya yang membuatkan rahang bawahnya jatuh ke lantai.


"wey, berhabuk speaking dala guna istilah sains tu penangan latihan oral ke?."

Seketika kemudian pecah ketawa yang boleh memecahkan bilik tidur mereka.


"sungguh bertuah aku dapat adik yang secerdas dan matang ni.Semoga Allah meredhaimu adik." Hati kecil Sakinah berbisik lembut.


Wallahua'lam. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan