Selasa, Februari 09, 2010

Al-Fatihah..

Assalamualaikum warahmatullah...



Sekeluarga rentung
Oleh Ifwan Tun Tuah dan Tuty Haryanti Ahmad Rodzi
bhnews@bharian.com.my


SEREMBAN: Pengasas minuman herba Air Fadhilat, Suhaimi Ghazali, 41, rentung bersama isteri dan semua empat anaknya apabila kereta BMW 5 Series yang dinaiki terbakar selepas merempuh treler di Kilometer 252.3, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran hentian Senawang di sini, semalam. Dalam nahas kira-kira jam 1.30 pagi itu, isteri Suhaimi, Nor Fadilah Isnin, 32, ditemui berpelukan dengan anak bongsu mereka, Adi Putra, dua tahun, manakala Suhaimi putus sebelah tangan dan kaki. Tiga lagi anak pasangan berkenaan, Nurul Natasha Huda, 11; Mohd Daniel Iskandar, 10, dan Mohd Hanif Iman, 6, turut rentung dalam nahas yang berlaku ketika enam beranak itu dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas bercuti di Bukit Merah Laketown Resort, Perak.


Kereta itu dipercayai terbabas sebelum merempuh treler membawa pasir yang ditinggalkan di lorong kecemasan lebuh raya berkenaan kerana rosak. Rempuhan itu turut menyebabkan enjin kereta berkenaan tercabut dan tercampak sejauh kira-kira 40 meter. Seorang saksi, Rashid Razali, 38, yang tinggal di Taman Seremban Selatan, kira-kira 150 meter dari lebuh raya itu, berkata beliau terdengar bunyi letupan kuat sebelum melihat api menjulang. Katanya, beliau dan beberapa jiran bergegas ke lebuh raya itu dan ketika cuba menghampiri kereta yang sedang terbakar, satu lagi letupan berlaku.



ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memeriksa kereta BMW yang terperosok di bawah treler di KM252.4 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran hentian Senawang, awal pagi semalam.
Mayat enam beranak itu hanya dapat dikeluarkan pasukan bomba hampir tiga jam kemudian selepas dua kren digunakan untuk mengangkat treler berkenaan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Penolong Penguasa Bomba Jaafar Yusof, berkata ketika tiba di tempat kejadian, api masih marak menyebabkan pihaknya terpaksa mengawal kebakaran itu sebelum dapat menghampiri kenderaan berkenaan untuk menyelamatkan mangsa. "Bagaimanapun, selepas api berjaya dikawal kira-kira lima minit kemudian, semua mangsa didapati sudah rentung dan usaha mengeluarkan mereka menghadapi masalah kerana tersepit dalam kereta yang terperosok di bawah treler. "Kita terpaksa menggunakan dua kren untuk mengalihkan treler itu sebelum dapat mengeluarkan mayat mereka, kira-kira jam 4 pagi," katanya.
Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat sebelum dibawa pulang ke kampung mereka di Bukit Pegoh, Pernu, Melaka.




Allahyarham Suhaimi adalah Pengarah Urusan Fadhilat Herbs Sdn Bhd, manakala isterinya pengarah kewangan syarikat itu, yang mempunyai kilang di Teluk Mas, Melaka. Sementara itu, Ketua Pasukan Trafik dan Ketenteraman Awam Negeri Sembilan, Superintendan Junaidi Bujang, berkata siasatan awal mendapati kereta mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh treler terbabit. "Kita menemui kesan brek dari lorong kanan melintang ke lorong kecemasan ketika memeriksa tempat kejadian. "Ketika kejadian, pemandu lori tiada di kawasan itu, tetapi kita akan memanggilnya untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan," katanya. Beliau berkata, siasatan pihaknya turut mendapati pemandu treler itu sudah mengambil tindakan sewajarnya dengan meletakkan kon amaran dan menyalakan lampu kecemasan sebelum meninggalkan kenderaan itu di bahu jalan.


Semalam lepas asar hampir seluruh kampung berkumpul di masjid untuk menunggu ketibaan van jenazah.Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Kg Bkt Pegoh selepas disolatkan di msjd kg.Anak-anak Allahyarham semuanya mengaji kat uma mak lang (mak mertua kak yana).Seminggu sebelum kejadian Abg Sobri(adik ipar kak yana) bagitau yang semua manusia akan mati tak kira besar ke kecil.Dan mamat ( Mohd Daniel) tanya "budak kecik pun ALLAH matikan ea? ALLAH sayang ea?"

ALLAHU AKBAR..


Sementara jenazah diusung ke tanah perkuburan,kami hanya melihat di masjid.Saat tu terfikir,

Kalaulah aku mati adakah amalku sudah cukup utk ke syurga?


Adakah mak ayah meredhai aku?


adakah sudah selesai urusanku dgn manusia?


Adakah aku akan mndpt seksa atau nikmat?


Adakah aku akan didatangi malaikat yang cantik atau hodoh?


Adakah aku melaksanakan amanahku dgn sebaiknya?



Dan saat tu aku sedar betapa sikitnya amalan yg dilaksanakan.betapa lekanya dgn nikmat dunia ni sampaikan kematian berada di dpn mata baru teringat tntg mati

sedangkan orang yang paling bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati!

astagfirullahala'zim...

Betullah manusia tu sentiasa lupa,lalai dgn nikmat2 dunia.

Takziah buat keluarga Allahyarham.Semoga Allahyarham semua diredai dan diberi KeampunanNya.amin

AL-FATIHAH.

1 ulasan:

  1. subhanallah.. ad hikmah dsebalik kejadian.. truskan prtingktkn amaln kta.. sntiasa brdoa pdNya..

    BalasPadam