Sabtu, Februari 13, 2010

Kiamat sudah dekat

Assalamualaikum..
seminggu dua ni memikirkan isu-masalah-problem-ujian dan segala bagai istilah yang sama maksud dengannya boleh pecah kepala ni.Hati ni pun makin membengkak je.Jantung pun rasa nak meletup.
Fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh.
Satu ayat ni pun da boleh menakutkan untuk sesiapa yang SEDAR sahaja.
Ye la.try kita bunuh orang.Mesti takut yang amat rasanya.Ni apatah lagi MEMFITNAH!
Baginda pun ada bersabda manusia ni boleh masuk ke neraka kerana mulutnya.Mulut tempat terbitnya kata-kata.Kalau tak dijaga mulut kita binasalah kita!
Nak kata tak tahu,mestilah tahu rasanya segala hadis dan ayat quran pun da hafal.Ilmu agama di dada bukannya sikit.Bersusah payah belajar agama tinggi2 kat luar negara tapi tak amalkan.Ilmu yang tak diamalkan adalah ilmu yang tak berfaedah.
teringat satu peringatan ni, Kita akan diuji berdasarkan keimanan kita.Apa y kita tahu tu y akan diuji oleh Allah sebab Allah tak akan bebankan hambaNya.Tapi sekarang berapa ramai yang tersungkur ketika diuji?Berapa ramai yang berpaling dari kebenaran?Moga kita dijauhkan dari golongan tu.aminn
Betullah kiamat dah sangat hampir.Benarlah seorang sahabat yang mengingatkan satu hadis yang maksudnya lebih kurang ni, orang yang munafik dalam umatku adalah pembaca2 al-quran.
Ayat yang sangat mendalam.Hmm..Apa rasanya bila orang yang arif ilmu agama memfitnah tak tentu hala.?astagfirullahalazim..
Entah.akal budak 18 tahun yang baru nak kenal dunia luar sangat cetek pengalaman.Masalah tak boleh selesai ikut cara kat sekolah dulu.Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bersabar.Bersabar perlu dididik dalam hati betul2 dengan ikhlas.Orang kata sabar tu ada had dia tapi ada ustaz kata sabar tu infiniti,takde had.Sebab tu kita kena selalu sentiasa didik diri dengan kesabaran.Bukan boleh dapat terus macam tu je.Sabar dan ikhlas tu adalah base bagi sifat mahmudah.Kalau nak selesaikan masalah,macam-macam cara boleh guna.Tapi islam melatih kita bersabar.Sebab kalau kita marah on dat time la syaitan melonjak-lonjak suka sebab dia dah berjaya.Sabar tu menebalkan iman.Sebab dengan sabar kita rasa Allah dekat dengan kita.dekat sangat.Sabar tu membuahkan kejayaan.TAPI dalam masa yang sama kita kena tegakkan kebenaran,bukan diam-sabar-kosong.Kita kena lah diam-sabar-zikir-fikir-tindak.
Moga Allah menunjukkan cahaya petunjuk kepada kita dan yang pastinya islam akan tertegak di atas kebenaran bukan atas kemungkaran
p/s:post ni jujurnya tak ada kena mengena dengan sesiapa pun.Hanya buah fikiran yang sedang mengumpul kekuatan menghadapi realiti dunia luar. Yang baik silalah ambil yang buruk sila2lah tinggalkan dan jauhkan.Harap maklum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan