Sabtu, Mac 06, 2010

Singgah sini kejap! =)

Bismillahirrahmanirrahim..



Oleh sebab dah lamaa juga tak makan kurma ni,kita taaruflah (kenal) dengan makanan utama Rasul kita Nabi Muhammad S.A.W.Pokok kurma ni banyak hidup kat negara2 Arab.Tak melampau kalau nak dikatakan kurma ni adalah salah satu buah yang terbaik antara yang terbaik.Banyak bukti yang menunjukkan kebaikan memakan kurma ni.Antaranya:




Dalil melalui Al-Quran:


Berdasarkan surah Maryam ayat 25 "dan goncangkan batang kurma itu kepadanya,nanti ia gugurkan ke atasmu kurma yang masak"


Ayat ni menunjukkan kurma bagus untuk wanita yang sedang dalam nifas.Allah menyuruh maryam memakan kurma selepas dia lemah kerana melahirkan Nabi Isa.Hal ini telah dibuktikan melalui perubatan saintifik.Kurma mengandungi zat besi dan kalsium untuk penghasilan susu ibu.Selain itu sangat bagus untuk pembesaran bayi, pembentukan darah, sumsum tulang.Kurma juga adalah makanan yang paling cepat diproses kepada sumber tenaga.


Hadis Rasulullah s.a.w.:


"Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. "





Banyak lagi hadis yang mengatakan kelebihan kurma ni.Zaman Rasulullah dulu kurma adalah makanan utama Baginda.Sebab itu kita disunatkan berbuka dengan manisan iaitu kurma dan sebagainya.Kurma ni memberi tenaga segera menyebabkan kita terus segar dan berenergi selepas berpuasa lebih kurang 12 jam.





Khasiat kurma diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai salah satu makanan yang terbaik. Selain bagus untuk wanita yang mengandung dan bersalin, kurma juga bagus untuk semua.Selain zat besi dan kalsium,kurma mengandungi protein, karbohidrat, gula dan nutrient lain yang penting dalam kandungan yang tepat.Maka jika ada yang mengatakan kurma ni menyebabkan kencing manis dan implikasi lain, salah sama sekali.





Melalui kaca mata seorang muslim pula, setiap yang disarankan Allah dan kekasihNya pasti mengandungi 1001 hikmah.Khasiat kurma yang menakjubkan ni menzahirkan bahawa kurma bukan sahaja bagus untuk masyarakat setempat dan hanya sesuai dengan iklim Arab sahaja. Selain tu menunjukkan bahawa Al-Quran tu bukan kitab yang ketinggalan zaman kerana keistimewaan Al-Quran ada tiga:



1) Bahasa yang digunakan sangat indah dan tinggi.


>Tiada sesiapa yang mampu menandingi ketinggian bahasa Al-Quran dan mematikan hujah kafirun yang mengatakan Al-Quran tu adalah kalam Baginda sedangkan Baginda tidak boleh membaca dan menulis.




2)Al-Quran menceritakan kisah pada waktu lampau, semasa dan perkara yang bakal terjadi.


>Jadi amat mustahil Baginda dapat mengetahui sirah rasul2 dan nabi2 terdahulu melainkan Allah yang mewahyukan kepada Rasulullah s.a.w.



3)Al-Quran sesuai untuk semua makhluk sepanjang zaman.


>Banyak pengkaji Al-Quran atau pakar sains yang memeluk islam kerana kajian mereka bertepatan dengan fakta yang ada dalam Al-Quran.Contoh kejadian manusia, kejadian alam semula jadi dan sebagainya.











Memetik kata-kata Dr. Gary Miller pakar matematik dan tokoh ilmu teologi Kristian


"Seperkara yang mengejutkan golongan bukan islam ialah bagi mereka kitab ini kitab tua yang datang dari padang pasir dan berumur 14 abad.Tentu isinya kuno dan hanya untuk kehidupan padang pasir. Selepas mengkaji, rupanya sangkaan salah kerana quran dapat dikaji secara saintifik.Quran mampu menyahut cabaran para saintis dan mengutarakan apa yang tiada dalam kitab lainJusteru Quran adalah kitab yang benar."





Beliau memeluk islam selepas dihadiahkan sebuah Quran tafsir bahasa Inggeris.Subhanallah.




p/s: currently simptom2 'pelik' berlaku..adakah penangan 11 Mac?hukhuk



WallahuAlam..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan