Jumaat, Jun 11, 2010

Medicine=Civilization???

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam..



Mula2 dulu peliklah apalah kaitan medik dengan s
Sudah lama jari tak menari2 atas keyboard ni.Rindu nak cerita kat sini.Semenjak dua menjak ni terkesan dengan beberapa insiden yang berlaku kat kelas *perhatian semua MEG5 K* Tapi hari ni nak cerita satu jela.Satu perkara menarik mula2 dulu ialah prep medicine pun kena belajar sejarah(ULANG:SEJARAH).Subjek tu namanya Civilization in medicine.Ustaz yang ajar pun memang suka membunuh kata2 kiteorang ni dengan soalan kritikal yang dijawab dengan senyuman yang manis dari kiteorang dan gelak tawa.Ok,sekarang ada improve sikit kot =D

ejarah.Hm lebih tepat lagi sejarah perubatan dalam tamadun Islam.Perlu ke? tula benda2 yang keluar 1st tyme tau subjek ni.Nak2 1st kelas ustaz speaking,:sudahhh..sejarah dalam bi ke?? adusss =",=.Tapi2 abis kelas ustaz pun cakap silibus dalam bm.fuh,legaaa~~




Bila recall2 zaman sekolah dulukala *cehh* majoriti mesti tak minat sejarah kan? kan?..Ha,ada kata susah nak ingatlah,malasss,banyak sangat,tak reti nak wat esei dan 1001 alasan yang variasi versinya.Zaman sekarang pon budak2 remaja ni susah nak minat sejarah apatah lagi nak hayati.Filem2 sejarah pun tak dapat sambutan,menang lagi filem hantu,Twilight dan sebagainya lah.Tapi pendekatan ustaz sangat menarik,ustaz bukannya huraikan sejarah tapi memberikan 1 analogi yang menunjukkan kepentingan sejarah dalam perubatan islam sekarang.








Tak melampau kalau nak kata bangsa yang maju adalah bangsa yang mengkaji sejarah.Sekarang ni kita nampak obviously Barat memang maju.Sangat maju.Ekonomi dunia diaorang yang pegang sekarang.Guna mata wang diaorang.Kita banyak bergantung baragan dari sana.Kalaulah kita tak bergantung pada diaorang tak mustahil negara bankrap.Salah satu faktor ialah mereka MENGKAJI SEJARAH.Ada 1 tempat kat Barat *maaf terlupa* dikumpulkan semua artifak2 sejarah.Even Malaysia punya artifak yang ori simpan kat situ.Yang ada kat sini hanyalah salinan bukan yang asli betul2.Pelik kan khazanah negara,mereka yang simpan.Logiknya buang masa je simpan kat arkib sana tapi mereka bijak,dengan mengkaji sejarah,diaorang come up dengan kemajuan yang sekarang kita boleh tengok.





Tak jelas lagi???





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Contoh PPSMI sekarang dah dimansuhkan sebab dapat tentangan yang hebat *muut dari macam2 pihak.Padahal Tun M kata dengan PPSMI bangsa kita boleh maju dalam era globalisasi.
Tapi praktikalnya agk mengecewakan sebab ramai students tak boleh cope cara ni.Even tak disangkalkan ada juga positifnya cuma negatifnya lebih akbar.



Sekarang kita akan kaitkan dengan zaman tamadun Islam:Zaman Abbasiyah





ZAMAN KEEMASAN/ZAMAN KEGEMILANGAN


Antara khalifah yang terlibat ialah Khalifah Harun Al-Rashid dan anaknya Khalifah Al- Makmun.



Ada beberapa perkara yang nak dihighlightkan iaitu macam mana zaman ni boleh maju esp dalam perubatan sehinggakan dalam beberapa bidang contohnya oftalmologi(kajian ke atas mata dan penyakitnya) dikatakan lebih maju dari barat lebih ratusan tahun maju:




Khalifah



Khalifah di atas sangat mementingkan ilmu bahkan mereka pun berusaha menuntut ilmu sains dan agama.Mereka menjemput cendekiawan dari tamadun2 lain untuk mengajar mereka dan cendekiawan islam.Kerana mereka tahu dengan ilmu:


-Dapat membentuk masyarakat yang bertamadun dan intelektual


-Luaskan kuasa dan pengaruh


-Memajukan negara



Sifat Toleransi





Keterbukaan dalam menuntut ilmu memberikan hikmah yang besar pada umat islam zaman tu.Mereka belajar,menilai dan mengkaji ilmu dari tamadun lain untuk perbandingan dan penyelidikan.Jelas menunjukkan tak salah kita mempelajari ilmu apa pun janji jangan sesekali pisahkan ilmu tu dari Islam maka jadilah sekular.Sedangkan semua ilmu baik atau tidak datangnya dari Allah dan manusia hanya mengkaji ilmuNya.Kesedaran para ulama zaman tu menunjukkan mereka juga pakar dalam aspek sains.





Penterjemahan


Cendekiawan dan ulama bersama2 menterjemah pelbagai karya2 tokoh tamadun lain ke dalam bahasa ibunda dan menambah baikkan berdasarkan penyelidikan yang berteraskan Quran dan Sunnah.Pelbagai teori Barat yang dibetulkan oleh tokoh islam seperti dalam bidang oftalmologi,Ibn Al Haytham telah membetulkan teori Euclid dan Ptolemy.Mereka mengatakan cahaya dari mata menyebabkan kita dapat melihat objek.Sedangkan Ibn Al-Haytham mengataan sebaliknyaa iaitu sinaran cahaya dari matahari memantulkan kepada objek dan kemudiannya dipantulkan ke mata.Maka terbentuklah imej di pusat penglihatan kita di dalam otak.















Fakta yang menarik yang menyokong teori Ibn Haytham yang terdapat dalam buku Keajaiban Al-Quran karangan Harun Yahya mengatakan:


1)Pusat penglihatan berada di dalam otak

2)Otak adalah kalis cahaya.Mungkin kawasan dalam otak adalah yang paling gelap kita pernah bayangkan.

3)Agungnya kebesaran Allah kerana melalui tempat yang gelaplah kita dapat lihat alam sekeliling ni dengan imej yang jelas dan tajam sehinggakan sampai sekarang teknologi moden (kamera,televisyen) tak dapat nak lawan kualiti imej mata.Allahu Akbar!











Mesej yang nak disampaikan oleh ustaz akhirnya sampai juga ke otak untuk diproses*faham bila ust da keluar kelas*.Sesuatu tamadun yang nak maju perlu mengkaji sejarah dan menterjemah ilmu dari pelbagai bahasa ke bahasa ibunda dan menjalankan penambahbaikan sepertimana yang dilakukan cendekiawan zaman Keemasan.











p/s:Jika saudara kita di Palestin berjihad dalam peperangan melawan Zionis LAKNATULLAH,kita kat sini yang tidak mampu berjihadlah di bidang masing dengan membawa nama ISLAM.Berjihadlah dalam bidang ilmu.


"Bukankah kejayaan dalam bidang ilmu adalah 1 dakwah?"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan