Ahad, Jun 06, 2010

Bulan JUN~ ^_^

Bismillahh..

Salam..



Setelah berhempas pulas melawan nafsu kemalasan untuk update blog ni.Akhirnya terhasil juga post ni.

Now,dah masuk bulan Jun.Agak2 dah 1 bulan lebih berjuang kat INTEC ni.Alhandulillah setakat ni segalanya berjalan lancar.Belajar pun dah makin lajuuu, so otak pun da makin improve..err..insyaAllah..doa2kan! ..Quiz pun da start banyak,lebih kurang 2-3 quiz 1 mggu plus assignment plus ag paper work nyer.fuhh~~..ya salaamm


Aktiviti bulan 6 nilah rasanya paling banyakkk 24/7.Ada...

*3 assignments plus paperwork y kena submit
*BTN(14-18)
*Mid-term (28-2)

Aktiviti kat sini untuk MEP takda lagi,jadi takdela macam buzy sangat.Setiap hujung minggu biasanya ada program tuk MEP.Yang bestnya pengisian hujung minggu ni matlamatnya membentuk pemikiran yang matang,kritikal thinking,ukhwah dan banyakkkkk lagi yang takda dalam silibus kuliah dari Isnin sampai Jumaat tu =D

Oleh tu,rugilah..serius rugi kalau yang balik tiap2 minggu tu kecuali yang mmg ada hal kalau tak attend program tu.Paling ketara sekali ukhwah.Sangat manis esp bila ukhwah tu dibina atas dasar keikhlasan kan korang?*wink*

Makan dalam talam,berebut-rebut nak suapkan,makan tambah2..hehe.paling kelakar semua nak berebut licinkn talam sbb nk dapat suami soleh!=p tp kalau bab nak basuh talam memang liat! ehee..=D
Kita masing2 lain.Bolehkan kalau luangkan masa ke program out of silibus kita tuk suai kenal.Taaruf tu kan proses yang lama dan faktor yang sangatttt penting lagi2 bila sampai ke bumi Kinanah.Berkesannya taaruf tu bila persahabatan kita diuji,Kat situ dapatlah nilai ukhwah kita dengan dia macam mana.Sama ada betul2 atas dasar yang betul atau hanya zahiriah saja.Wallahualam.Kita pun tak tahu selagi kita tak diuji.Musykidah? ^_^ kat sini ramai..nak kenal semua tu 1 proses yang agak lama dengan kekangan masa belajarnya



Betullah kata sorang senior,3 cara nak rapatkan ukhwah dengan makan berjemaah, solat berjemaah,dan tidur bersama.Tak boleh lupa betul macam mana kita berhimpit2 nak tidur atas tikar dengan berselimutkan tikar gulung yang lebih,berbantalkan tangan. ;D



Alhamdulillah..syukur sangat dapat sahabat2 yang macam korang.Kalau tak jumpa 1 hari tu tak boleh,mesti ada rasa lain.*rindu* gelak sama2 share2 cerita karut-marut,struggle sama2,g pasar malam sama2..kejar bas sama2..support yang korang bagi sangat bermaknaaa,truly!


Tak tahulah kenapa pagi2 ni nak cerita pasal ni.Dah tu je yang terlintas kat hati.Kredit pada k.safirah sebab suruh saya update blog ni.*pasni akk pula!*Okay.Siapkan Biochem ngan physiology..nex week nak quizz..huhu

PESANAN:SILA DOAKAN diri sendiri,ibu,bapa,guru,sahabat,orang sekeliling kita dan terutamanya saudara2 kita yang sedang memburu syahid diberi pertolongan dari Allah dan konvoi kemanusiaan.Moga YAHUDI LAKNATULLAH DIBINASAKAN! aminn...aminnn..aminn

2 ulasan:

  1. study molek yer.
    buat ape2 pon molek yer..
    Allah suke yg molek2 aje..

    p/s: ganbatte!!

    BalasPadam
  2. salam kak tiqah....
    igt sy lg tak???
    akak skang kat intec ye?
    kat mne tu?
    kakak sy pon skang ni kat intec uitm shah alam, die tggal sbilik ngan kak najiah
    ^^ hehe...
    best luck!!

    BalasPadam