Isnin, September 13, 2010

kes NATRAH : sejarah membuktikan...

Assalamualaikum warahmatullah

Bismillah...



Semalam abang ipar pegang satu kayu yang tergantung belakang pintu rumah. Terus nek bersuara nek kata tu kayu arwah atuk masa jadi polis. Dah banyak kepala kena pukul tu masa zaman kes natrah dulu.


NATRAH?!




Lepas abang ipar keluar terus suruh nek cerita. Nek antara yang hidup zaman tu dengan atuk dan merasai ketegegangannya.Nek cerita yang ayah Natrah tu askar Belanda. Jadi dia ni tak tetap tempat tinggal dia. Jadi sebelum dia pergi berperang dia serahkan anak dia pada satu pasangan Melayu ISLAM untuk menjaga anak dia. Dia ini pun didik seperti anak melayu ISLAM. Berkawan dengan kanak-kanak ISLAM. Didik dengan macam-macam ilmu, ilmu agama, budaya macam-macam. Natrah membesar sebagai MUSLIMAH dan kehidupannya aman.





Satu masa dia telah dikahwinkan dengan lelaki Melayu ISLAM bekerja sebagai guru. Sedang mereka bahagia tiba-tiba ayah dia tu pulang dan ingin mengambil anak yang dia dah serahkan pada keluarga angkat dia. Saat tu berlakulah satu ketegangan yang serius dan ketegangan tu berlaku atas hal yang sensitif iaitu AGAMA. Bapanya sekeras-kerasnya mahu Natrah kembali kepada dia dan automatik bertukar agama. Tetapi Natrah yang sudah ISLAM dan redha dengan agamanya itu enggan menurut ayah kandung dia. Sehinggalah kes ini dibawa ke mahkamah.




Dalam masa yang sama berlaku pergaduhan dahsyat antara Melayu untuk mempertahankan keISLAMAN Natrah dengan kaum Cina yang menyokong Belanda. Ketika itulah atuk dan rakan-rakan polisnya bergaduh dengan Cina. Mujur atuk hanya cedera ringan.




Pihak Belanda jelas menunjukkan KETIDAKADILAN mereka. Mereka tangkap gambar dengan menaiki kapalterbang, mengesan orang Melayu ISLAM yang terlibat dan mereka dibuang kerja serta-merta. Sekali lagi mujur atuk terselamat tapi ramai kawan atuk yang dipecat. Namun mereka tak mengaku kalah tetap mempertahankan AGAMA Natrah. Keluarga angkat Natrah menangis hingga hampir gila kerana masalah ni. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Natrah hanya menangis dan selalu solat supaya dia dapat mempertahankan KEISLAMANNYA. Namun pihak Belanda yang memerintah masa tu pasti menyebelahi bapanya.





Akhirnya Natrah terpaksa mengikut bapanya dan berpisah dengan keluarganya, suaminya tapi tidak dengan agama ISLAMnya. Dia masih berpegang dengan ISLAM.




Nek cerita lagi dulu selalu keluar surat khabar. Tapi bila kes tu dah 'disenyapkan' atuk dan nek pun dah pindah ke tanah Melayu, mereka hanya mendengar berita kematian beliau.Agamanya?
Wallahua'lam.Hanya ALLAH mengetahui isi hati hambaNya.




Kes Natrah salah satu sejarah yang membuktikan betapa Belanda atau umumnya pihak bukan islam berusaha merosakkan akidah, menjatuhkan maruah Islam walaupun satu nyawa! Namun bersyukur kerana masa tu umat islam 1 negara malah 1 dunia prihatin dan berjuang untuk mempertahankan akidah walaupun untuk SEORANG, walaupun mereka tidak kenal siapa itu NATRAH tapi mereka menangis bersama, berdoa bersama demi menyelamatkan 1 akidah.





Kes Natrah bukan berlaku zaman tertentu tapi realitinya zaman sekarang lambakan kes yang sama berlaku Nauzubillah. Sama-sama kita renung apa yang terjadi pada ISLAM bukan pada agama itu sendiri tapi pada penganutnya kerana ISLAM itu sendiri sudah SEMPURNA, yang bermasalah kritikal sekarang ni UMAT ISLAM itu sendiri.



Wallahua'lam. Asif ala kulli hal..Allahu yusallimik.

3 ulasan:

  1. ridha dah bace buku pasal natrah..beshh2 :)

    BalasPadam
  2. Ada 2 buku setakat ni yang akak tahu cerita pasal Natrah. 1) Atas Nama Cinta (Isa Kamari) 2) Natrah (Tak ingat penulis tapi ditulis oleh seorang datin) Ni buku baru. Tebal. Warna coklat kulitnya.

    BalasPadam
  3. salam kak...time kasih byk2 akk bgtau psl kes natrah ni. bnde ni yg sy cari..kalau akk tau akk tulis lg eh.....

    BalasPadam