Selasa, Ogos 02, 2011

Pilihan HATI

Murabbiku bertanya,

Macam mana awak pilih ubat gigi ?

Pasti ada beberapa ciri yang kita nak. Ubat gigi tu mestilah HALAL, sebaik-baiknya produk muslim, rasanya yang segar, kandungannya tiada yang syubhah dan mendapat pengiktirafan dari pihak bertanggungjawab misalnya.

Banyak sangat pilihan di pasaran.Macam mana nak pilih?

Pilihlah yang TERBAIK dari kalangan yang baik mengikut ciri-ciri yang terbaik. Ubat gigi mempunyai matlamat yang sama tapi di pasaran dari sehari ke sahari semakin banyak syarikat memperkenalkan produk ubat gigi dengan formula dan kelebihannya yang bervariasi. Pasti untuk memenuhi permintaan pasaran.

 

                          images (1)

Maka bersainglah sesama syarikat untuk ‘menghangatkan’ pasaran. Masing-masing mengejar keuntungan dengan pelbagai cara. Sehinggakan sanggup menjatuhkan produk lain. Meniru ‘trademark’ produk lain dan sebagainya.

Murabbiku berpesan,

Dalam hidup buatlah apa-apa pilihan berdasarkan ciri-ciri dari Al-Quran dan Sunnah Baginda S.A.W

“Telah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selagi mana berpegang kepadanya iaitu Quran dan Sunnah” [HR Muslim]

Dari sekecil-kecil hinggalah pilihan perkara yang paling besar dalam kehidupan. Dalam segala aspek misalnya pendidikan, ekonomi mahupun siasah.

Bermusafirlah kamu kemana-mana jika dua perkara tu dijadikan panduan, insyaALLAH hidup pasti diiringi keberkatan.

Dalam kehidupan kita, kita pasti berhadapan dengan banyak perkara yang mempunyai matlamat yang sama tapi cara yang digunakan ke arah matlamat itu pasti berbeza antara satu sama lain. Kalau sama pasti tidak wujudlah kepelbagaian.

Kita mesti memilih. Jadi kita runsing untuk membuat pilihan. Resolusinya kembalilah kepada rujukan teragung kita. Pilihlah yang mengikut Quran & Sunnah. Jika masih keliru pilihlah yang TERBAIK daripada yang baik. Pilihlah yang paling dekat dengan ciri-ciri dalam Quran & Sunnah. Kerana kita akan bertanggungjawab dengan apa yang kita pilih. Pasti akan ditanya oleh Pencipta.

Sahabatku mengingatkan,

Berdoalah kepada Allah supaya melapangkan & mencampakkan rasa tenang jika itu adalah pilihan yang terbaik untuk kita. Jika itu bukan yang terbaik, mintaklah kepadaNya moga dicampakkan rasa gelisah dalam hati. Moga tanda itu membantu kita mencapai redaNYA.

p/s: *Kalau tak faham, anda normal.

      * Kalau faham, anda juga seorang yang normal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan