Rabu, Ogos 03, 2011

Andai kau tahu

 

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, masih diberi peluang meraikan bulan ‘bonus’ Ramadhan di Ardu Kinanah. Subhanallah! rasa lain daripada biasa ruh Ramadhan kali ni. Bagi yang betul-betul menghayati dan memanfaatkan masa Ramadhan kat sini pasti merasai ‘ruh’nya. Tapi kalau segelintir masih meneruskan aktiviti yang agak membazir masa, mesti menganggap puasa kat sini ‘biasa-biasa’ saja.

Sini Subuhnya lebih kurang 3 lebih. Ye, pukul 3 pagi! Jadi kenalah bangun at least 1 jam lebih awal. Lebih kurang pukul 2 pagi, siap-siap bersihkan diri, qiam, masak-yang-agak-lama.heh. dan sahur.

SAHUR

Perkara yang berkait rapat dengan puasa dan kepentingannya sering dilupakan. Jadi kali ni jom kita singkap kelebihan-kelebihan di sebalik S.A.H.U.R

1) Membezakan dengan ahli kitab.

 “ Perbezaan antara  puasa orang islam dan puasa ahli kitab adalah berSAHUR” (HR MUSLIM)

 

 

sahur

2) Keberkatan puasa.

“Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada berkatnya” (HR BUKHARI & MUSLIM)

Benda yang kita nak sangat dalam setiap perkara yang kita buat mestilah mendapat berkat dari DIA. Cuba bayangkan penat-penat kita siapkan assignment, susah-payah cari rujukan segala bagai, ‘stay up’ tiap-tiap hari, tak keluar rumah, makan pun tak jaga. Tiba-tiba bila hantar terus kena ‘reject’. Apa rasa?

Macam tulah kalau puasa kita, solat kita, muamalah, ibadah kita yang lain tak ada berkatNya.Sia-sia.

Jadi penting kita bersahur kerana ada keberkatan puasa kita di situ!

3) Peluang untuk bangun malam.

Sahur adalah salah satu  waktu yang terbaik untuk kita taqarrub ilaihi.  Antara kesilapan terbesar kita umat islam sekarang ialah bangun untuk bersahur sekadar makan & minum SAHAJA. Sedangkan waktu sahur sangat elok diserikan dengan solat tahajud, taubat dan sebagainya.

Tak pernah buat?

Buatlah sekarang. Bila lagi kita hendak berubah kalau tidak Ramadhan kali ni?

Hendak tunggu esok?

Kalau anda pasti boleh hidup esok. Silalah tangguh sehari baru berubah.

Berubah ke arah kebaikan. Itu bukan HIPOKRIT.

Dan banyak lagi kelebihan sahur. Antaranya secara ringkas sahur membekalkan tenaga untuk kita berpuasa seharian tanpa letih dan penat. InsyaAllah. Cuba buat eksperimen satu hari tanpa bersahur dan satu hari dengan bersahur. Bandingkan macam mana kita dalam seharian berpuasa.

Dan melambatkan sahur itu adalah sunnah Baginda!

 

Andai kau tahu kelebihan bersahur itu, pasti puasamu tidak pernah culas dari bersahur.

 

Moga bermanfaat. Doakan saya thabat dan beramal dengan ilmu di dada ni. AMIN.

Barakallahu fik ;D

Rujukan: Ustaz Zaharuddin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan